Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Al-quran Dan as-sunnah Merupakan Panduan Ummat

Al-quran Dan as-sunnah Merupakan Panduan Ummat

Ratings: (0)|Views: 348|Likes:
Published by syimirahmadsafawi

More info:

categoriesTypes, Research, History
Published by: syimirahmadsafawi on Feb 21, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/21/2010

pdf

text

original

 
AL-QURAN DAN AS-SUNNAH MERUPAKAN PANDUAN UMMAT( 14 APRIL 2006M / 15 RABI 'ULAWWAL 1427H )
 
هُ وْذ ُ خخ ُ فَلُ  ْ خخسُ ر ّ ا م ُ كُخختَأَخخَ وَ:  ِ ئِقَْا  ِ  د ُ  ْ ح َ ْاَد ُ يْد ِ خخشَ َ خخا نّاِ َ خخا ا ْ خخقُتّاوَا ْ  ُ  َ ْخخفَ ُ  ْ عَم ْ  ُ  َ ََ وَ.بِقَ ِ ْاد ُ  َ خخشْأَ وَ، ُ َ َ يْ ر ِ شََهُد َ ْ وَ ُ ا ّإِ َ إِَنْأَد ُ  َ شْأَ م ْ   سَ وَ  صَم ّ  ُ   ا ، ُ ُ  ْ سُ َ وَهُد ُ  ْ عَاد ً  ّ ح َ ُَد َ   سَنّأَ  ْ َ وَ ِ ِح َ صْأَ وَ ِ ِ آ ى َ عَ وَد ٍ  ّ ح َ ُَد ِ   سَى َ عَْ ِَ وَ.يْد  ا ِ  ْ يَىَإِنٍ َ ْ ِ ِم ْ  ُ  َ  ِ تَ ِ تِخخق َتُ ّ خخَ َ خخا ا ْ خخقُتّإِ، ِ خخا َخخ َ عِخخ َ فَ،د ُ خخ ْ َخخّأَ .ن ْ  ُ  ِ  ْ ُم ْ  ُ ْأَ وَّإِ ّ تُ  ُْ  َ توَ
 
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian
Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah s.w.tdengan bersungguh-sungguh mengerjakan apa yang disuruh, dan menahan diri darimelakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t, mudah-mudahan kita semuatergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat nikmat kejayaan di dunia dankesejahteraan di akhirat .
Sidang Jumaat Yang Berbahagia
Kita baru sahaja menyambut ulang tahun keputeraan junjungan besar Nabi Muhammads.a.w . Walaupun baginda telah lama wafat, namun sebagai tanda kasih dan cinta kepada- Nya, kita telah berselawat beramai-ramai memuji Baginda nabi s.a.w, di samping itu kita juga mengadakan pelbagai program seperti ceramah, forum , Majlis ilmu dansebagainya. Semuanya ini adalah sebagai tanda ingatan kita kepada Baginda Rasulullahs.a.w yang membawa rahmat yang berkekalan sehingga ke akhir zaman . Firman Allahs.w.t. dalam surah al-Anbiyaa ayat107 yang berbunyi :1
 
Maksudnya :
" Dan tidaklah kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkanuntuk menjadi rahmat bagi sekalian alam " .
Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian
, Kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w umpama INTAN permata yang berkerlipan darisegenap penjuru. Setiap kerlipan itu, penuh dengan panduan dan pengajaran untuk dipelajari serta dihayati oleh umatnya. Kehidupan ummat Islam akan menjadi indahdengan diwarnai oleh sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang bersumberkan wahyuIlahi, sebagaimana Sabda Rasul Allah s.a w :
" قِل َ خْَا مَ رِك َ َ َ  ّ تَُ ُ ث ْ ع ِ بُ َ ناِ"
Maksudnya :
 
" Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaanakhlak . " 
Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.Tetapi, kita masih bertuah kerana Baginda Rasulullah s.a.w, telah meninggalkan dua perkara kepada umatnya sebagai panduan hidup, iaitu kitab Allah dan sunnahnya, sebagai pedoman bagi seluruh umatnya untuk dikaji, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan .
Hadirin Sidang Jumaat Yang Berbahagia
Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w,melalui malaikat jibril a.s secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun . Penurunannyaadalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu, yang memerlukan istinbathukum. Kandungan Al-Quran itu merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadat, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan Negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini tetapmenjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat .Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah s.a.w, ia jugamerupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca danmempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaan perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai, supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalamkeredaan Allah s..w.t. Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayaí kitab Al-Quran kerana ia2
 
merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun iman seseorang Muslim. Iaitu kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada rasul-rasulnya .
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian
Justeru, kita sebagai ummat yang mengaku beriman dengan kitab suci Al-Quran, mestilahmenjadikan Al-Quran sebagai kitab bacaan dan rujukan utama dalam kehidupanMenjadikan Al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohondilindungi Allah s.w.t. Oleh yang demikian, dalam kesibukan harian, kita hendaklah berusaha sedaya upaya meluangkan masa diri dan keluarga kita untuk mencari keredhaanAllah s.w.t. melalui pembacaan Al-Quran . Janganlah kita menjadi seperti segelintir orang yang mendakwa berilmu tetapi mereka tidak membaca Al-Quran dalam kehidupanseharian mereka .
Sidang Jumaat Yang Dikasihi Sekalian
Peninggalan nabi yang kedua ialah as-Sunnah . As-Sunnah membawa maksud apa-apayang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari segi ucapan, perbuatan dan perakuan.Oleh itu, apa jua yang dilafazkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w bukanlah terbit darihawa nafsunya, tetapi merupakan kata-kata yang berpandukan wahyu Allah s.w.tsebagaimana Firman Allah s.w.t, sebagaimana dalam surah An- Najm ayat 3-4 yang berbunyi :
Maksudnya :
 
" Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berbohong dengan Agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, Segala yang diperkatakan itu(samada Al-Quran ataupun Hadis ) tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukankepada-Nya " .
 
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah
Kita seharusnya merasa bangga jika mutiara as-Sunnah Rasulullah s.a.w yang merupakankhazanah peninggalan sentiasa menjadi bahan rujukan kepada setiap percakapan atau penulisan. Kerana suasana hari ini, terdapat orang yang lebih berbangga jika pengucapanatau penulisannya bersandarkan kepada pandapat sarjana-sarjana barat yang tidak diketahui asal-usulnya, sementara sangat sedikit usaha membawa hujah-hujah dan dalil-dalil yang bersandarkan as-Sunnah .
Sidang Jumaat Yang Berbahagia
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->