You are on page 1of 1

MENGHIMPUNKAN NIAT PUASA ENAM DENGAN PUASA QADHA

Soalan; Adakah harus menghimpunkan niat puasa enam hari di bulan Syawal dengan puasa Qadha’ iaitu satu
puasa untuk dua niat/tujuan?

Jawapan;

Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah (Mufti Mesir sekarang) dalam buku himpunan fatwanya menjelaskan; “Jika seseorang
itu mampu menunaikan puasa Qadha yang tertanggung atasnya terlebih dahulu kerana berbuka pada bulan
Ramadhan, kemudian setelah itu ia menunaikan puasa enam, maka itu yang paling baik (afdhal) kerana
Rasulullah s.a.w. bersabda;

َ‫ضى‬
َ ْ‫دَ ْينُ الُ أَحَقّ َأنْ ُيق‬
“Hutang dengan Allah lebih utama untuk ditunaikan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Ibnu ‘Abbas
r.a.)

Dalam pada itu, harus dihitung puasa enam dari puasa Qadha yang dilakukan dalam bulan Syawal mengikut
pandangan mazhab Syafi’ie.[1] Namun yang paling baik ialah mengasingkan kedua-duanya (yakni dilakukan
berasingan) untuk mengelak pertikaian dari pandangan mazhab lain (yang tidak mengharuskannya) di samping
dapat memperbanyakkan amal soleh. Dan harus juga ia mendahulukan puasa enam hari dalam bulan syawal dan
menunaikan puasa qadha di bulan-bulan yang lain (selepas syawal) sebelum tiba Ramadhan berikutnya”.

Wallhu A’lam.

Rujukan;

1. al-Kalimu at-Thayyib; Fatawa ‘Ashriyyah, Syeikh Dr. ‘Ali Jum’ah, hlm. 99.

[1] Lihat dalam al-Majmu’, 3/235.

You might also like