You are on page 1of 5

KERTAS KERJA PROJEK KHAS:

MEMBINA BLOG BILIK-BILIK KHAS


PROGRAM 3K SESI 2010
1. Anjuran

Anjuran :
Jawatankuasa Program 3K (Bilik-bilik Khas) , SK Jerantut Jaya, 27000 Jerantut, Pahang

2. Pendahuluan

TEKNOLOGI maklumat dan komunikasi (ICT) sememangnya dapat membantu 


meningkatkan komunikasi dalam sesuatu organisasi.  Hakikatnya  ICT sangat 
membantu untuk berfungsi dengan lebih cekap,  berkesan, mudah, cepat dan  membuat
keputusan yang baik yang melibatkan maklumat, proses dan kerja.  Ini bersesuaian 
dengan pendapat Laudon dan Laudon  ( 1997 ) yang menyatakan  sistem maklumat dan
komunikasi adalah komponen-komponen yang bersepadu yang mengumpul dan
menyimpan maklumat  bagi membantu organisasi membuat keputusan, merancang,
mengawal dan menganalisis.
     Reigelath   (1987)  berpendapat  struktur sistem pendidikan semakin rendah apabila
masyarakat  cepat berubah dengan teknologi tinggi yang berorientasikan maklumat.    
Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penguasaan kemahiran
komunikasi yang berasaskan teknologi terkini amat penting untuk dimanfaatkan
sepenuhnya oleh para pendidik  kerana ianya lebih memberi sumber maklumat yang
boleh diakseskan secara global  di samping ianya lebih cepat, lebih jelas dan menarik.
        Hakikatnya  memang teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT) dapat
meningkatkan komunikasi dalam organisasi sekolah yang mendorong untuk menjadikan
sekolah sebuah organisasi pembelajaran  dan mewujudkan persaingan yang sihat di
kalangan warga sekolah.  

3. Matlamat

Peredaran zaman dan perubahan revolusi maklumat membawa para pendidik kepada
cabaran yang hebat. Ia menuntut warga pendidik memahami informasi dengan lebih
bijak. ICT telah mendedahkan kita dengan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
laman blog yang merupakan salah satu saluran bagi penyebaran maklumat.
Membina blog ini akan menjadi platform untuk dengan membuka minda, medan
pertemuan dan perbincangan & penyebaran maklumat oleh semua bagi tujuan
perkongsian maklumat serta pengalaman bagi merealisasikan harapan kita ke arah
sekolah cemerlang.

4. Objektif

1. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan


pengetahuan menerusi ICT
 2. Membina blog dan menyebarkan maklumat tentang bilik khas menerusi blog tentang
pengurusan diri, persekitaran sekolah yang bersih,sihat dan selamat.
3. Meningkatkanjalinan permuafakatan strategik antara AJK Bilik-bilik Khas
dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama
dalam usaha  merealisasikan Pelaksanaan Program 3K.
5. Rasional
Sekolah sebagai institusi yang menterjemah,merealisasi dan membudayakan komponen
kebersihan,kesihatan dan keselamatan.

6. Tarikh / Jangka masa :

 Projek ini akan dilaksanakan dalam masa 2 bulan iaitu 27 Januari 2010 -
27 Mac 2010.
 Perlaksanaannya bermula pada bulan Januari 2010 dan dijangka siap pada
bulan Mac 2010

7. Jawatankuasa Pengelola

a. Jawatankuasa Induk

Pengerusi Pn. Rodziah bt Mohd Razali, AMP


Guru Besar
Naib Pengerusi Puan Rozilah bt Abu Bakar
Guru Penolong Kanan HEM

Setiausaha Encik Zulfaker bin Mat Sood


Naib Setiausaha Cik Hazlina bt Ramly
AJK Puan Huzaimah bt Masran
Cik Rosmawati bt Abd Majid
Cik Norul Faraliza bt Abdul Gany
b. Jawatankuasa kerja/pelaksana

JK Persediaan Tempat Cik Rusyeda Erni bin Ramly

JK Bahan & Alatan Encik Mohd Mazli bin Abd Malek


Puan Norhafidah bt Johari
JK Dokumentasi Encik Hamzan@Mazelan bin Ismail
Encik Mohd Zaki bin Kassim

8. Kumpulan Sasaran

AHLI JAWATANKUASA BILIK-BILIK KHAS PROGRAM 3K / SESI 2010

1 Puan Norhafidah bt Johari Setiausaha JK Bilik-Bilik Khas/


SPBT
2 Cik Hazlina bt Ramly Bilik Bimbingan & Kaunseling
3 Puan Bahriah bt Ramli Makmal Sains 1
4 Puan Zuraida bt Md Isa Pusat Sumber
5 En Mohd Zaki bin Kasim Makmal Komputer 2
6 Puan Rokiah bt Othman Surau Sekolah
7 En Nor Muhamad Riduan bin Arifin Stor Sukan
8 Cik Norul Faraliza bt Abdul Gany Bilik Kesihatan
9 Cik Rusyeda Erni bt Ramly Pusat Akses Sekolah
10 Puan Syamsina bt Noh Bilik Pengawas
11 Puan Sahida bt Omar Bilik PPSMI
12 En Shafizal bin Abd Wahab Bilik UPP
13 Puan Maryana bt Amer Bilik Muzik
14 Puan Norziaate Akhmal Bilik Guru
15 Puan Yuslina bt Jusoh Bilik Kemahiran Hidup
16 Puan Hasnora bt Ismail Galeri PPDa
17 Puan Radziah bt Yunus Stor Pekerja
18 Cik Nurul Fariza bt Ali Bilik Seminar
19 Puan Noraini bt Muhamad Nor Makmal Sains 2
20 Puan Asikin bt Said Bilik j-Qaf
21 Puan Siti Norma bt Ibrahim Bilik Pemulihan
22 En Mohd Bazli bin Awang Bilik Pendidikan Seni & Visual
9. Keterangan Program ( Jika ada )

1. Pembentangan tentang langkah-langkah membina blog


2. Perbincangan berkumpulan strategi/program/aktiviti yang dirancang untuk
tahun 2010 mengikut bilik khas masing-masing

10. Strategi Pelaksanaan

 AJK dibahagikan kepada 5 kumpulan seramai 4 orang sekumpulan.


 Setiap kumpulan dibantu oleh Jurulatih Utama yang dilantik.
 Pemudahcara ialah Puan Norhafidah bt Johari.

11. Jadual Pelaksanaan

MASA: Kelas 1 : 3 FEB 2010 ( Rabu 3.00 petang)


Kelas 2 : 10 FEB 2010 ( Rabu 3.00 petang)

TEMPAT : Pusat Akses Sekolah (PUAS)

12. Bahan / Sumber ( Jika ada )

 Laptop,
 Broadband (untuk internet)
 Softcopy dokumentasi,
 Gambar bilik dan
 Extension wire.

13. Anggaran Kos / perbelanjaan

BIL BAHAN KUANTITI JUMLAH


1 Nota Fotostat 15 helai X 22 X 0.05 RM 15.50
2 Whiteboard marker 1 X 5.80 RM 5.80

14. Sumber Kewangan

Wang SUWA

15. Penilaian

 Laporan / dokumentasi.
 Blog Bilik-bilik Khas
16. Penutup

Semoga para guru mendapat faedah yang diharapkan daripada bengkel blog yang telah
dijalankan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ...............................................
(NORHAFIDAH BT JOHARI) (RODZIAH BT MOHD RAZALI, AMP)
Setiausaha JK Bilik-bilik Khas Guru Besar
Program 3K SK Jerantut Jaya
SK Jerantut Jaya

You might also like