perlu bersikap kritis supaya dapat memastikan diri mereka tidak menerima sebarang maklumatyang diberikan di dalam internet secara bulat-bulat.
KEBAIKAN PENGGUNAAN INTERNET
Masyarakat hari ini sering kali menggunakan perkhidmatan seperti pembayaran bil,mengisi borang permohonan pekerjaan, menjalankan urusniaga dan sebagainya secara onlinecontohnya seperti urusan perbankan boleh dilakukan secara online seperti perkhidmatanMaybank2u.com,perkhidmatan kerajaan seperti MyE-Goverment (MyEG) dan sebagainya.Perkhidmatan ini sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa pengguna kerana pengguna hanya memerlukan sebuah komputer dan talian internet dan hanya perlu menekan butang pada komputer tersebut. Mereka tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter pembayaran bil dan beratur panjang untuk menyelesaikan urusan bil mereka. Selain itu, penggunaan teknologi komputer di dalam bidang pendidikan bukanlahsesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika danEropah sejak awal tahun 60-an lagi. Malaysia tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang berasaskan komputer ini. Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanyamampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi berpotensi sebagai alatuntuk mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran. Penciptaan mikro komputer pada awal tahun 70-an telah memberi kesan yangmendalam kepada penggunaan teknologi tersebut dalam bidang pendidikan di Malaysia(NorHashim, Mazenah & Rose Alinda, 1996).Penggunaan dan perkembangan internet yang meluas dalam bidang perniagaan dankomunikasi, akan memudahkan lagi pelaksanaannya di dalam bidang pendidikan. Sebagaicontohnya penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat