Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
57Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Apakah Pendidikan Khas? Pengenalan Kita Bermula Dengan

Apakah Pendidikan Khas? Pengenalan Kita Bermula Dengan

Ratings: (0)|Views: 1,696 |Likes:
Published by shanlis

More info:

Published by: shanlis on Feb 23, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/31/2013

pdf

text

original

 
APAKAH PENDIDIKAN KHAS?PENGENALANKita bermula dengan perbincangan konsep asas pendidikan khas dengan melihat pelbagai definisi dikemukakan. Kemudian,tumpuan ialah kepada perkembangan pendidikankhas di Malaysia. Sejarah dan peristiwa-peristiwa penting dikaji dan bagaimanaia mempengaruhi perkembangan pendidikan khas. Peranan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia mengawal dan memantau pendidikan khas ditinjau. Sebagai perbandingan, perkembangan pendidikan khas di Britain dan Amerika Syarikat dibincang. Kanak-kanak yang belajar di sekolah khas atau dalam program pendidikan khas dikenali sebagai ‘kanakkanak berkeperluan khas’. Tiga klasifikasi umumdikemukakan yang terdiri daripada kanak-kanak bermasalah fizikal, bermasalah mental dan bermasalah emosi dibincangkan sebagai pengenalan kepada topik-topik seterusnya.APAKAH PENDIDIKAN KHAS? TOPIK 1DEFINISI PENDIDIKAN KHASOrang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyaianak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakarpakardalam bidang: Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003): Pendidikankhas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkinmemerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain. Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, Heward(2003): Pendidikan khas dijelaskan daripada beberapa sudut, iaitu:
 
SIAPA? – Ia adalah guru yang dilatih khusus untuk mengajar kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas. Guru-guru ini telah menerima latihan khusus tentang psikologi, kaedah mengajar, kaedah penilaian dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Bersama dengan guru pendidikan khas, pakar-pakar lain juga terlibat dalam pendidikan khas yang terdiri daripada ahli psikologisekolah, terapis bahasa, kaunselor, terapis fizikal dan lain-lain. Pakar-pakar ini bekerja dengan guru pendidikan khas serta keluarga pelajar terbabit dengan tujuan membantu. APA? – Secara umum, kurikulum pendidikan khas tidak jauh berbezadaripada kurikulum yang diikuti oleh pelajar biasa. Contohnya, pelajar bermasalah penglihatan atau bermasalah pendengaran menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Bagaimana pun, bagi pelajar yang mengalami masalah pembelajaran tertentu memerlukan kurikulum yang telah diubahsuai. Contohnya, sesetengah pelajar kurang upaya perlu diajar memakai baju, makan, membersihkan diri sendiri, membaca dan menulis dalam braille, menggunakan bahasa isyarat, bercampur gaul dengan orang laindan sebagainya. Oleh itu, kurikulum perlu diubahsuai untuk mengambil kira pengajaran pengetahuan dan kemahiran tertentu. DI MANA? – Pelajar yang mengikuti pendidikan khas mungkin ditempatkan dalam kelas bersama dengan pelajar biasa atau ditempatkan dalam kelas berasingan atau sekolah berasingan. Bagaimana pun, isu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas masih dipertikaikan [Kita akan membincang isu ini dengan lebih mendalam Secara umum kanak-kanak yang memerlukan pendidikankhas selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menghalang mereka mengikuti persekolahan seperti kanak-kanak biasa. Mereka memiliki satu atau gabungan kecacatanatau kekurangan atau kelemahan sama ada daripada segi fizikal, deria, mental, emosi, sosial, kesihatan atau tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Justeru itu, kanak-kanak ini dikatakan ‘bermasalah’. Mereka memerlukan satu bentuk pendidikan yang sesuai untuk dapat belajar dengan kecacatan atau kekurangan atau kelemahan yang dimiliki. Dengan kata lain, pendidikan khas adalah satuperkhidmatan pendidikan yang dibentuk khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanakini.PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIASejarahPendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan khas.
 
Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanakkanakbuta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di PulauPinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.Peristiwa Penting yang Mempengaruhi Perkembangan Pendidikan KhasDalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam Persidangan Dunia bertemakan ‘Pendidikan Untuk Semua’ di Jomtien, Thailand yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya menuntut perhatian khusus.Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan] 2. Pada tahun 1959, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak KanakKanak Sedunia dan antara yang ditegaskanialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapanormal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untukmuridmurid yang kurang upaya”. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacatadalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Disamping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Activity (57)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
arinzam liked this
Chung Jennyfer liked this
Tiekah Mk liked this
Tgt Titania liked this
Saljue Juhaida liked this
Ieqa Kecik liked this
Selbiah Ahmad liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->