/  6
 
Wawancara Akhbar Siasah dengan Tun Dr. Mahathir 
Pada 9 Ogos lalu bertempat di Tingkat 86 Tower 1, KLCC, bekas Perdana Menteri, TUNDR. MAHATHIR MOHAMAD telah memberi satu interviu ekslusif kepada SIASAH. Dalaminterviu selama satu jam itu Dr.Mahathir bercakap pelbagai isu semasa denganmengkhususkan kepada isu Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor. Beliau turutmengulas mengenai peranan secara tidak langsung Singapura di dalam projek berkenaanyang dilihat akan turut mendapat keuntungan jangka panjang. Selain itu Dr Mahathir jugaturut mengulas mengenai sikap dan budaya kalangan ahli Umno hari ini yang menurutnyasudah hilang jati diri dan maruah diri. Ada sesuatu yang menarik Dr Mahathir perkatakanmengenai ahli-ahli Umno itu. Ikutlah wawancara wakil Siasah ABDUL AZIZ ISMAIL.———————————————————————————-
SIASAH: Projek mega Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah sebuah projekyang amat besar, menelan belanja yang besar dan dikatakan amat memberi faedahkepada negara khususnya negeri Johor, pada jangka waktu panjang. Tetapibeberapa pihak seperti Tun sendiri, termasuklah penganalisis kewanganantarabangsa yang berpangkalan di Singapura merasa skeptikal bolehkah projek ituberjalan lancar sebagaimana yang dirancangkan?
DR MAHATHIR: Kita boleh bangunkan wilayah kita di mana-mana pun yang kita suka.Tapiyang menjadi masalah ialah penglibatan Singapura dalam projek pembangunan itu.Kenapa perlu ada Jawatankuasa Khas Peringkat Menteri untuk menentukanpembangunan di Malaysia? Kenapa kita harus bergantung sangat dengan penyertaanSingapura untuk membangun WPI? KaIau pun mereka bersetuju untuk terlibat dalam WPImereka nanti akan membeli rumah atau kilang dan menginap di situ. Singapura dikatakanada rancangan untuk menambah jumlah penduduknya sehingga 8 hingga 10 juta orang.Dan sebahagian besar orang-orang itu akan diimport dari tanah besar Cina. Oleh kerana dinegaranya sendiri hanya boleh memuatkan setakat lima hingga enam juta maka bakipenduduk itu mungkin akan ditempatkan di WPI. Jadi kalau kita kita tidak berwaspada,WPI akan akhirhya dipenuhi oleh penduduk warga Singapura.Pengalaman silam telah mengajar kita bahawa kita kehilangan Singapura dulu , keranapenduduk Cina lebih ramai dari orang Melayu. Dan esok jika kerajaan membiarkan wargaCina Singapura ramai menduduki WPI (dengan berniaga, bekerja dan membeli banyakhartanah di situ) lebih dari penduduk Melayu, maka WPI akan dikuasai oleh orang CinaSingapura kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah di wilayah itu. Melaka danPulau Pinang kekal dalam Malaysia adalah kerana jumlah penduduk Cina dapat diimbangidengan jumlah penduduk Melayu yang ramai. Sebaliknya, di Singapura lebih 75 peratuspenduduknya adalah kaum Cina dan orang Melayu cuma 15 peratus. Orang-orang Cina disana kaya dan menguasai ekonomi. Oleh sebab itu, kita terpaksa lepaskan Singapurakerana mereka terlalu ramai dan telah menguasai pulau itu. Dan ketika itu Lee Kuan Yewyang pada mulanya berjanji tidak mahu mencampuri hal ehwal politik Semenanjung. Tapibeliau telah mungkir janji dengan bertanding pada pilihan raya tahun 1964 di Bangsar yang menyebabkan Almarhum Tunku jadi marah dan menyingkirkan Singapura.
1
 
Wawancara Akhbar Siasah dengan Tun Dr. Mahathir 
Dan sekarang kita cuba mengundang Singapura memasuki negara kita melaluipenyertaan aktif mereka dalam WPI dengan berbagai insentif dan galakan pelaburan. Satuhari nanti orang Melayu Johor yang pada mulanya berkeras tidak mahu menjual tanahmilik mereka tetapi dengan pujukan tawaran harga berlipat kali ganda yang tinggi danlumayan ini mungkin ada orang Melayu Johor yang jadi kelabu mata dan menjualhartanahnya kepada orang Cina Singapura kerana boleh jadi kaya cepat.Selepas itu orang Melayu mahu duduk di mana? Mereka akan sendirinya terusir keluar dari wilayah pesat WPI itu. Mereka tidak mampu membeli hartanah yang mahal di situ danterpaksa tinggal di luar WPI. Jadi WPI akan dipenuhi oleh orang-orang Cina Singapura danorang Cina kita yang mampu. Apa jadi kalau mereka terlalu ramai dibandingkan denganpenduduk Melayu. Kita akan kehilangan sekali lagi wilayah Melayu kepada orang CinaSingapura seperti kita kehilangan Singapura dulu.
SIASAH : Bagaimana dengan penglibatan aktif pemerintah Singapura sehinggadiwujudkan Jawatan Kuasa Khas Peringkat Menteri di antara kedua buah negara.Adakah Jawatankuasa Khas itu perlu dan relevan?
Selama ini kita tidak pernah meminta bantuan dan nasihat sesiapa untuk bangunkannegara kita. Kita bangunkan KL dulu sendiri tanpa bantuan sesiapa. Kita tidak panggilmana-mana menteri dari negara luar memberi nasihat cara bagaimana kita harusbangunkan KL. Kita ada EPU -
Economic Planning Unit
(Unit Perancangan Ekonomi)untuk memberi nasihat dan merancang bagaimana kita harus membuat dan melaksanakanpembangunan. Contohnya Putrajaya, Labuan, Langkawi dan seluruh negara semuanyaadalah buah tangan dan kepakaran orang kita. Mengapa kita harus bangunkan WPIdengan meminta nasihat dari Menteri Singapura? Mereka pun sama seperti kita. Kitabangunkan negara ini semua tanpa bantuan nasihat orang asing, tanpa bantuan nasihatmana-mana menteri negara luar termasuk Singapura.Menteri Singapura itu yang duduk dalam Jawatankuasa Peringkat Menteri itu punsebenarnya tidak boleh membuat keputusan sendiri melainkan dengan arahan danpersetujuan orang yang paling berkuasa di pulau itu, Lee Kuan Yu.
SIASAH: Adakah ini bermakna PM Datuk Seri Abdullah telah tidak mendapat nasihatyang tepat dalam projek WPI itu?
Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat nasihat yang tidak tepat atau tidak. Tapi yangpasti keputusan yang dibuat (mengenai WPI) beliau itu adalah salah. Beliau seringmelaungkan bahawa projek WPI adalah cetusan dari idea beliau sendiri. Dan seorangpemimpin harus bertanggungjawab kepada setiap keputusan yang diambil sama adabeliau mendapat nasihat dari orang lain atau keputusan yang beliau buat sendiri. Beliauberhak menolak nasihat yang tidak tepat jika beliau fikir nasihat itu tidak baik untuk negara.Dan jika beliau bersetuju dengan nasihat orang lain bermakna beliau tidak boleh lepas
2
 
Wawancara Akhbar Siasah dengan Tun Dr. Mahathir 
tangan dengan mengatakan projek itu dibuat atas nasihat orang lain kerana akhirnyaseorang Perdana Menteri harus bertanggungjawab terhadap semua keputusan yangdibuat.
SIASAH : Jika kerajaan tidak berhati-hati nasib bumiputra dan penyertaan peniagaBumiputra Johor khususnya dalam projek WPI itu akan terusir keluar dari kawasaanpembangunan pesat itu kerana mereka tidak mampu. Apakah peranan dantanggungjawab kerajaan bagi memastikan nasib mereka ini tidak ketinggalan,terbela malah kalau boleh untuk sama aktif dalam pembangunan projek itu?
Mudah saja. Jangan libatkanpemerintah Singapura. Kita buatsendiri. Kalau mereka melabudalam WPI kita teliti danpertimbangkan penyertaanmereka, tapi tidak perlumendengar nasihat mereka. Kitaada kebolehan kita sendiri. Kitaada badan-badan tertentu yangboleh menjalankan peranan.Kalau kita lihat apa yang berlaku disekeliling kita ini (KL) dan seluruhnegara adalah usaha kita sendiritanpa bantuan dan nasihat asing.Semua pembangunan yang dibuatdari zaman Tunku, Tun Razakhingga zaman saya tidak pernah mendapat nasihat dari orang luar. Kita ada EPU yangboleh menasihat kita, Ketika kita mengambil keputusan mahu menjadikan negara ininegara perindustrian, kita tanya EPU dan bukan nasihat pihak luar.Kita boleh buat kalau kita mahu sebab itu kita ada slogan ‘Malaysia Boleh’. Tetapi hari ininampaknya Malaysia tidak boleh kerana kita cuba minta nasihat orang luar. Apa yangorang lain boleh buat sebenarnya kita boleh buat juga. Kita patut merasa malu kalau kitaterpaksa mendengar nasihat orang asing sedangkan kita sudah merdeka 50 tahun. ContohBangunan Berkembar Petronas ini kita bangunkan dengan kebolehan dan keyakinan kitasendiri. Saya banyak melawat keluar negara seperti ke Jepun, Amerika, Eropah danbeberapa pa negara maju lain. Saya lihat kita boleh bangunkan bangunan tinggi sepertimereka kalau kita mahu. Kebanyakan rakyat mulanya curiga bolehkah kita bina bangunanyang paling tinggi di dunia. Saya kata kita cuba. Dulu jalanraya kita dibuat oleh buruh asingdari tetapi sekarang syarikat kita dipelawa membuat projek jalanraya dan lebuhraya dinegara itu.
SIASAH : Jika Tun diberi peluang memberi pendapat dan pandangan mengenai WPIitu, bagaimanakah Tun melihat projek sebesar dan semahal itu harus dibangun,
3

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...

kartoleft a comment

Sebagai ahli UMNO,kecewa la dengan cara pak Lah tak ada kerja lain kah nak buat,cari kesalahan tun mah aja sebelum ini,kes-kes yang dah tutup tu tak paya menyibuklah,semua bekas PM sebelum ini bila ambil alih pemerintahan tak pun buat kerja macam ni sengaja buat hal,Pak Lah kerja la untuk rakyat jaga keluarga tu jangan cakap pasal islam hadari tapi anak bini tak amal pun isal tu,pakai tudung tutup aurat,ni cakap pasal islam tapi menantu buat perangai tak baik,

aqballleft a comment

Sebagai Ahli UMNO,perkara ini terutama dizaman era pak lah sindrom yes adalah satu kewajipan.banyak projek negara yg telah di ilhamkn oleh tun Mahathir bagi menjana ekonomi malaysia telah di batalkan dengan alasan yg tidak munasabah walaupun terang-terang bagi menjamin kesejahteraan rakyat malaysia.terserahlah pada mereka yg memikulnya.

ain1111left a comment

setuju sangat saya dengan komen tun m.so , kita sebagai rakyat malaysia terpaksa setuju apa yang bakal dirangcangkan nnt.sepatutnya pemimpin terpilih daripada golongan yang benar benar berfikiran macam tun. tapi tak semestinya pak lah tidak dapat buat ape yang difikirkan oleh tun.