You are on page 1of 7

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... .

"
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.


SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "


Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "


makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,


hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "


maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu
maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

<< Isteri Tersayang - Kelambu Pak Pandir >>  


(1) 2 3 4 ... 141 »
Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Asal Nama Elektrik
Posted by admin on 2008/7/29 19:15:13 (4187 reads)

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan


Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari
perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu,
saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup.
Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah
Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak
percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh
Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun
berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala
disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang
dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup
Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang
yang dinamakan lampu kalimantang

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Thank You Seven


Posted by admin on 2007/5/17 23:42:54 (7673 reads)
Hendak dijadikan cerita, ada seorang pemuda yang baru je pandai bercakap Inggeris.
Perkataan yang dia tau plak seperti ; ok never mind, thank you, one, two, three, four
five, six, seven dan bye-bye

Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil
membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar
seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu
pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.

Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya


dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil
mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-
bye .
Mat salleh ; ( bingung )

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Seman Si Mat Rempit


Posted by admin on 2007/5/17 23:32:37 (10880 reads)
Satu lagi malam kemenangan buat Seman Wheelie. Terbeliak matanya mengira wang
yang dimenanginya setelah mengalahkan Awang Neo dalam perlumbaan tadi. Khusyuk
mengira, tidak disedari lansung dek Seman yang Ani, antara gadis yang paling anggun
di kawasan Pertama Kompleks, sudahpun membonceng motornya.

Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,


"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."

Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya
yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani
yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan
dipanah petir.

Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas
dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk
situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut
meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.

"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang
malam kau la ni..."

Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.

Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta
tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak,
semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak
diendahkan Seman.

"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."

Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah
flatnya.

Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat
sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya.
Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang
menjadi pujaanya.

Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan
tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu
kalimantang yang malap dipasangnya.

"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."

"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-
sorang..."

Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.

Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya.
Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-
jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu
Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh
Seman.

"Tok! Tok! Tok!"

Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.

"Jais... Jais..."

Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.

Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan
dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan
keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap
sambil bergayut pada engsel tingkapnya.

"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat
s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."

Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.

Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri
sambil bertanya,

"Ni rumah encik Jais ke?"

Ani tergamam.

"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."

Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya
ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Peristiwa di Twin Tower KLCC


Posted by admin on 2007/5/14 22:49:37 (10856 reads)

Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office
dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m.
Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk
lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai
ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia
tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau
sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus
kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi
tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun
meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba
itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan
sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan
berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan
sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam.
Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan
amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula
menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang
untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu
maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya
yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Tammatlah satu kesah.

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Pantun Ikut Slang Negeri-Negeri Di


Malaysia
Posted by admin on 2007/5/14 22:27:43 (12260 reads)

Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

You might also like