Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
17Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Punca Punca Lesbian

Punca Punca Lesbian

Ratings:

1.0

(1)
|Views: 2,601 |Likes:
Published by kain_langsir

More info:

Published by: kain_langsir on Feb 24, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/09/2013

pdf

text

original

 
PUNCA-PUNCA LESBIAN
Umumnya, keruntuhan moral di dalam masyarakat kini dipengaruhi oleh pelbagai faktor  pendorong. Begitu juga dengan kewujudan golongan lesbian di mana ia amatlah bertentangandengan nilai kehidupan bermasyarakat. Namun, golongan seperti ini seperti menyalahkankehidupan mereka yang telah menjerumuskan diri mereka ke arah gaya hidup songsang.Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa individu mahupun kumpulantertentu, 70% daripadanya berpendapat bahawa punca lesbian adalah daripada sejarah hidupmereka. Salah satu daripadanya adalah mereka pernah dicabul ketika kecil. Perkara seperti ini juga sudah semakin banyak berlaku. Lambakan kes-kes pencabulan di dada-dada akhbar sudahmenjadi kemestian setiap hari. Tanpa kita sedar, ia sebenarnya menjadi punca kepada satukeruntuhan akhlak jangka masa panjang kepada mangsa. Mangsa yang dicabul berkali-kali berpotensi untuk terjerumus ke dalam gaya hidup songsang.Mereka yang menjadi mangsa cabul akan mempunyai rasa fobia terhadap kaum lelakidek kerana sejarah hidup mereka. Tanpa iman yang kuat di hati, mereka akan lebih merasasenang mendapat kasih sayang daripada kaum sejenis kerana pada hemat mereka, ia lebihselamat. Namun, tanpa mereka sedar ia umpama keluar kandang harimau masuk ke mulut buaya.Masalahnya, mereka merasakan mulut buaya itu pilihan yang lebih baik daripada berusahamencari sangkar emas. Mereka seolah-olah redha dengan ketentuan bahawa mereka memangdinasibkan untuk menjadi lesbian.Ini amat bertentangan dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud “Aku tidak akanmengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka berusaha untuk mengubah nasib merekasendiri”. Seandainya mereka berpegang teguh pada tali-tali Allah s.w.t, mereka akan sedar  bahawa perasaan sayang luar biasa terhadap kaum sejenis yang ada di dalam diri merekamerupakan satu ujian daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu Maha Adil lagi Maha
 
Mengetahui. Allah s.w.t. tidak akan memberi ujian yang tidak mampu hambanya pikul. Oleh itu,mereka seharusnya sedar bahawa mereka boleh mengelakkan diri mereka daripada terjerumus kelembah hina.Selain itu, cara hidup seseorang di besarkan juga menjadi satu faktor kuat ke arah wujudnya lesbian. Contohnya di sini, seorang anak perempuan di besarkan seperti lelaki cuma keranaibunya mahukan anak lelaki. Siapa yang harus dipersalahkan andai situasi seperti ini terjadi?Kalau dilihat, ianya adalah salah ibu bapa anak tersebut yang tidak berlaku adil terhadapanugerah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Anak itu umpama kain putih yang harus dicorakkanoleh ibu bapa mengikut fitrah yang sebetulnya.Apabila cara didikan daripada kecil sudah terpesong, maka akidah anak-anak ini denganautomatiknya tergadai dek ibu bapa sendiri. Inilah yang menyebabkan wujudnya bukan sahajagolongan lesbian malahan gay. Mereka membuat penilaian menggunakan akal fikiran tanpadibimbing oleh iman. Maka, jalan yang dipilih itu hanyalah untuk keseronokan dan keselesaanduniawi semata-mata dan menggadaikan akhirat.Ada juga di antara individu yang menyalahkan golongan lelaki yangmengecewakan mereka, menyebabkan mereka memilih jalan gelap ini. Kekecewaan berkali-kaliterhadap kaum Adam ini mendorong mereka mencari cinta sejenis yang dianggap tidak mengecewakan mereka. Mereka lupa bahawa setiap yang terjadi itu merupakan ujian daripadaAllah s.w.t. agar mereka mereka menerima qada’ dan qadar Allah s.w.t. dengan hati yangterbuka dan bukannya memprotes dengan memilih cara hidup songsang ini. Ujian itu diturunkanagar mereka sentiasa menyandarkan hidup ini kepada Allah s.w.t. agar apabila kita gagal dalamsesuatu,tiada perasaan terlalu sedih dan apabila berjaya mahupun mendapat kebaikan, tiada perasaan riak singgah di hati.
 
 Namun, punca utama dalam segala masalah sosial adalah iman yang tidak kukuh di hati.Iman itu yang akan mencorakkan segala perbuatan kita di dalam hidup dan menentukan samadakita mahu memilih kebaikan ataupun keburukan. Iman juga yang akan membantu kitamenghalang nafsu dan bisikan syaitan daripada menguasai diri. Andai iman di dada itu goyah,maka anasir-anasir yang tidak elok mudah untuk meresap masuk. Individu-individu ini akanmenyalahkan takdir hidup yang menjerumuskan mereka ke arah keruntuhan moral sepertimemilih untuk menjadi lesbian. Menyalahkan takdir sama juga seperti menyalahkan Allah s.w.t.kerana memberi ujian sebegitu rupa. Apakah kita makhluk-Nya yang hina lagi lemah ini layak untuk menyalahkan Maha Pencipta yang mengetahui apa yang lebih baik buat diri kita?Golongan lesbian ini juga seperti tidak mahu menyalahkan diri mereka yang memilihcara hidup yang songsang ini. Mereka sedar yang mereka tidak hidup mengikut fitrah alam yang betul namun keegoan yang menguasai diri untuk mempertahankan apa yang mereka lakukanmembutakan mata hati untuk menerima kebenaran. Menurut Imam Ghazali, sebesar-besar dosaadalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya. Mereka sedia maklummenjadi lesbian bukanlah pilihan yang baik namun perasaan bersalah dan berdosa itu dibuang jauh demi untuk menghalalkan cara hidup mereka.Di dalam satu blog yang penulisnya mengakui bahawa dia adalah seorang lesbian, diamenyatakan ‘
 semua orang patutu nya bersyukur sebab ada nya golongan lesbian dan gay seperti kami sebab itu merupakan petunjuk bahawa kiamat sudah dekat”.
Jadi, mereka tahukiamat itu pasti dan apa yang mereka buat itu salah namun mata hati mereka dibutakan dengankeegoan sendiri. Mereka masih mahu mempertahankan benang yang basah.Segala masalah boleh diselesaikan andai kita mengetahui punca segala masalah itu bermula. Keruntuhan moral seperti lesbian ini harus dipantau dari rumah kerana didikan dirumah itu merupakan asas dalam memberi bimbingan kepada anak-anak untuk hidup merekaagar mereka memilih jalan yang betul.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->