You are on page 1of 4

MODULE 1

KONSEP TAMADUN DAN BUDAYA

OBJEKTIF
Di akhir kuliah anda akan:
1.  Mengetahui pentakrifan tamadun
2.  Mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam
pembentukan sesebuah tamadun
3.  mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan
dan keruntuhan sesuatu tamadun
 

KERANGKA

1.  Definisi tamadun


2.  Elemen-elemen asas pembentukan tamadun
3.  Ciri-ciri tamadun yang utama
4.  Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan
tamadun
5.  Interaksi antara tamadun
6. Pengertian Budaya
7. Kesimpulan

Definisi Tamadun - berasal dari perkataan Arab yang bermaksud


kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku.

Pandangan Barat

- M.A.J Beg – pencapaian manusia – kota, skrip, kesenian, seni bina,


agama, undang-undang dan politik
- Edward L. Farmer – satu unit budaya yang merangkumi norma-
norma sosial, tradisi dan institusi yang diwarisi dari satu generasi ke
satu generasi.
- Arnold J. Toynbee – suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang
melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,
kesusasteraan, agama dan akhlak.

Pengertian Tamadun Secara Umum


Satu konsep yang luas dan kompleks. Ia merujuk kepada pencapaian
sesuatu masyarakat/negara dalam bidang ilmu pengetahuan, pentadbiran,

1
undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem
tulisan, moral dan adat resam.

Ciri-ciri Tamadun
- Kemajuan teknologi
- Sistem pemerintahan yang teratur
- Urbanisasi yang terancang
- Kewujudan organisasi sosial yang teratur
- Sistem kepercayaan sebagai pegangan
- Budaya dan kesenian
- Sistem tulisan dan bahasa

Perkembangan Tamadun
- Faktor geografi
- Kedudukan yang strategic
- Factor agama
- Pengamalan nilai moral
- Kesengsaraan hidup
- Interaksi antara tamadun
- Peperangan

Keruntuhan Tamadun
- Pemerintahan yang lalai
- Pengaruh luar
- Bencana alam

Interaksi Antara Tamadun


Interaksi antara tamadun berlaku melalui
a) Peminjaman
b) Pemerintahan
c) Perdagangan
d) Perkembangan ilmu pengetahuan
e) Persaingan kuasa

Perbandingan Antara Tamadun


Perbandingan antara tamadun dibuat untuk melihat perbezaan pencapaian
setiap tamadun dan untuk membezakan antara tamadun (pengenalan
tamadun melalui budaya).
a) Agama
b) Budaya
c) Kerajaan/sistem pemerintahan

2
d) Masyarakat
e) Ekonomi

Tamadun-tamadun yang awal


a) Mesopotamia
b) Mesir
c) India
d) China
e) Arab
f) Eropah
g) Melayu

KONSEP BUDAYA

E.B. Tylor – merujuk kepada ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,


kesusilaan, undang-undang dan adat resam.

Malinowsky – dalam bukunya “A Scientific Theory of Culture” –


mengkelaskan budaya sebagai suatu tindak balas terhadap keperluan
manusia.

Budaya – budaya merupakan keseluruhan aspek kemanusiaan – sejarah,


kesusasteraan, institusi politik, muzik, lukisan, falsafah dan sebagainya.

Budaya secara umum – cara/gaya hidup sesebuah masyarakat/bangsa. Ia


meliputi semua aktiviti harian manusia. Ia juga berperanan membezakan
antara bangsa-bangsa tertentu.

Kesimpulan
Secara umumnya setiap tamadun mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan ciri-ciri
itulah yang membentuk jati diri dan identiti sesuatu tamadun. Malahan sesuatu
tamadun itu melambangkan bangsa, agama dan budaya. Walaubagaimanapun,
pertembungan antara tamadun telah memperkayakan lagi nilai-nilai yang ada
pada sesuatu tamadun.

Kajian Kes
1. Pada hari ini, dapat dilihat beberapa buah negara dengan
senang dapat digulingkan dan ditakluki oleh negara-negara
yang lebih besar dan berkuasa. Pada pendapat anda,

3
bagaimanakah Malaysia sebagai sebuah negara Asia (negara
yang telah bertamadun) hendak memelihara kedaulatan dan
jati diri negara ini daripada ditakluki dan dijajah oleh kuasa-
kuasa tertentu. (sila rujuk nota perkembangan tamadun dan
keruntuhan tamadun, dan pertembungan antara tamadun).
2. Bincangkan kota sebagai pusat perkembangan peradaban di
Malaysia.

Rujukan
1. Sivachandralingam Sundara Raja, Ayadurai Letchumanan (ed),
Tamadun Dunia, Siri Sejarah Fajar Bakti, Shah Alam, 1999.
2. Azhar Haji Mad Aros, Azharudin Mohd. Dali, Suffian Mansor,
Zulkarnain Abd. Rahman (ed), TITAS KERTAS 2, Fajar Bakti, Sdn.
Bhd., 2000.
3. Norani Othman, Sumit K. Mandal (ed), Malaysia Menangani
Globalisasi, Peserta atau Mangsa, Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, 2000.

You might also like