You are on page 1of 4

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


ARAS 7 & 8 BLOK D4, PARCEL D
62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN

PROGRAM / PROGRAM NCS-CORE ABILITIES(Z-009)

TAHAP / LEVEL L1

NO. DAN TAJUK


MODUL/MODULE NO. 04 - WORKPLACE CULTURE AND ETHICS
AND TITLE

03.02 : DEMOSTRATE INTEGERITY AND APPLY ETHICAL


KEBOLEHAN / ABILITIES
PRACTICES

AT THE END OF THIS MODULE, TRAINES WILL BE ABLE


TO:
1) APPLY CULTURE REQUIREMENTS TO THE
WORKPLACE
OBJEKTIF MODUL / 2) DEMOSTRATE INTEGERITY AND APPLY ETHICAL
MODULE OBJECTIVE PRACTICES
3) ACCEPT RESPONSIBILITY FOR OWN WORK AND
WORK AREA
4) SEEK AND ACT CONSTRUCTILY UPON FEEDBACK
ABOUT PERFORMANCES

NO. KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 1 drp : 4

TAJUK: MEMPRAKTIKAN INTERGRITI DAN AMALAN BERETIKA

TUJUAN:

Supaya pelatih-pelatih dapat mengetahui, memahami dan mengamalkan nilai-nilai murni


dalam melaksanakan tugas dan menjalani kehidupan seharian..

NO KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 2 drp : 4


1. PENGENALAN

Dalam keadaan biasa, kebanyakan manusia lebih suka kepada ketenteraman,


keamanan, keseronokan, kelazatan atau pun kebahagiaan. Jarang-jarang sekali
manusia biasa itu suka kepada peperangan, pembunuhan, kekacauan, porak
peranda dan sebagainya, seolah-olah keadaan yang negatif ini tidak secocok
dengan keadaan semula jadi manusia itu sendiri.

Jika kita tinjau dari apa yang diusahakan oleh manusia zaman berzaman, mereka
telah berusaha ke arah meningkatkan mutu hidup mereka. Mereka membina perahu
atau kapal untuk belayar mencari kekayaan, mencipta berbagai alat seperti kompas,
telefon, jentera, dan lain-lain yang membantu memudahkan lagi kehidupan mereka.
Segala usaha ini menunjukkan bahawa manusia itu tidak suka kepada kesukaran
tetapi lebih suka kepada kesenangan dalam hidup.

Bagi mereka yang miskin, mereka hidup dalam keadaan semampunya, bukan
kerana suka tetapi kerana terpaksa. Tetapi jika orang yang miskin menjadi kaya,
sudah tentu mereka tidak lagi hidup seperti mana mereka miskin dahulu. Mereka
akan mengubah cara hidup mereka dan akan mula sukakan kehidupan seperti orang
kaya juga. Ini juga membuktikan bahawa manusia itu lebih suka kepada kesenangan
dan kemudahan daripada kepahitan atau kesempitan. Sekiranya semua manusia
berusaha ke arah mencapai kesenangan dan kebahagiaan tanpa mencerobohi hak
atau milik orang lain, sudah tentu semua manusia akan hidup aman damai.

2. DEFINISI

Integriti sebenarnya berasal dari istilah Inggeris yang mungkin tidak ada terjemahan
yang tepat dalam bahasa Melayu. Maksud integriti mengikut:-

(a) Kamus Dwibahasa, DPB, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan;


kesempurnaan; keutuhan.
(b) Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan ialah mendifinasikan sebagai jujur
bererti ikhlas, adil dan terus terang.
(c) Webster`s New Worl Dictionary bererti berakhlak mulia.

Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti merangkumi juga keikhlasan,
keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah
dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh diterima cakapnya, dll

Etika terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah
etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada
'character', ataupun perwatakan dan keperibadian.

Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap
moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip
bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard
tingkahlaku ".

Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai


isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu
meningkatkan integriti profesyen mereka.
NO KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 3 drp : 4

3. ETIKA KERJA

Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh
manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan
yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara,
bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian
akhlak mereka yang mengamalkannya.

Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan
masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan
hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh
ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.

Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk


mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan
meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-
undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja
professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan
teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial
mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.

Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam
apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri.
Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat
mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita
simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin
dan kekuatan diri individu itu sendiri.

Berasaskan semuanya ini maka etika kerja adalah seperti :


(a) Bekerja Dengan Azam Mengabdikan Diri Kepada Tuhan
(b) Bekerja Dengan ikhlas Dan Amanah
(c) Bekerja Dengan Tekun Dan Cekap
(d) Bekerja Dengan Semangat Gotong-Royong Dan Berpadu Fikiran
(e) Bekerja Dengan Matlamat Kebahagiaan Manusia Sejagat

4. INTERGRITI DI TEMPAT KERJA

(a) Amalan intergriti dalam tempat kerja adalah mengandungi sifat-sifat mulia
dan akhlak tererpuji merangkumi :-
(b) Menyangi diri dengan mencernakan budiperkerti dan amalan baik
(c) Menyangi diri dengan mendispilin diri terhadap peraturan dan etika kerja
(d) Menyangi diri dengan mengurus masa yang betul dan optima.
(e) Menyangi keluarga dengan melaksanakan peranan dan tanggungjawab
terhadap keluarga
(f) Hidup bersama dengan rakan sekeliling, pihak atasan dan masyarakat
dengan harmoni.
(g) Bersedia menghadapi cabaran tugas dan tanggungjawab.
(h) Bersikap rasional terhadap diri.
(i) Usaha berterusan dan memiliki sumber bistari.
NO KOD Z-009 / M04 / P(2) Muka : 4 drp : 4

Di samping menjauhkan diri kita dari sifat-sifat yang negatif seperti :-


(a) Suka menyalahkan orang lain dan beranggapan kitalah sahaja yang betul
dalam semua keadaan.
(b) Menghabiskan masa dengan melakukan kerja-kerja persendirian
(c) Melakukan pembaziran dan berbual-bual kosong sesama rakan sekerja .
(d) Suka menonjolkan diri, berbanding sumbangan yang diberikan terlalu kecil . ini
akan melahirkan kesan yang lebih borok lagi iaitu berlakunya permusuhan dan
fitnah .

SOALAN:

1. Apakah yang difahami terhadap perkataan intergriti?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2. Bagaimana kaitan etika kerja dan intergriti?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3. Kehidupan tanpa intergriti, apakah yang akan berlaku pada persekitaran?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

4. Sebutkan tiga nilai murni terhadap rakan sekerja?


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

RUJUKAN:
1. www.upsi.edu.my/bi/am/assembly/mei.htm jam 10.00, 20/09/2006
2. www.islam.gov.my/pipa/ucpnksn.html jam 9.00, 20/09/2006

©AbdKadir/22Januari2008

You might also like