You are on page 1of 7

Perdagangan

*Pedagang Arab dalam perjalanan ke China telah singgah di pelabuhan di


Asia Tenggara.

*Mereka mengambil kesempatan untuk menyebarkan agama Islam dengan


cara berdakwah.

*Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan beberapa perkampungan Arab seperti


di Sumatera, Champa dan Kemboja.

*Para pedagang juga menunjukkan sikap yang baik dan berhemah.

*Pemerintah tempatan menjalin hubungan baik dengan pedagang Islam.

*Pemerintah memberikan keistimewaan kepada pedagang Islam. Ada pedagang


yang dilantik sebagai Syahbandar.
•Raja Melaka
mengahwinkan puteri
mereka dengan anak
Raja Siak,Kampar dan
SIASAH Jambi
*Puteri Raja Melaka
berkahwin dengan
Raja Pahang dan Raja
Kedah

PERKAHWINAN

Perkahwinan antara
ulama/pedagang Islam
BIASA India dan Arab dengan
Penduduk tempatan
PENGISLAMAN RAJA
DAN GOLONGAN BANGSAWAN

*Pengislaman Megat Isklandar Syah diikuti oleh pembesar


Melaka,keluarga di raja dan rakyat Melaka.

*Pengislaman Raja Malik al Salih di Pasai diikuti oleh para


pembesar seterusnya Pasai menjadi sebuah kerajaan Islam.
KELAHIRAN KERAJAAN ISLAM

•Antara contoh kerajaan Islam ialah Perlak,Samudera-Pasai,Melaka,Acheh,


Demak,Mataram,Sulu dan Mindanao.
*Bendahara Tun Perak meluaskan jajahan takluk dan menyebarkan Islam ke
Aru,Rokan,Siak, Kampar dan Indragiri.
*Kerajaan Demak meluaskan Islam ke seluruh Jawa selepas menakluki
Majapahit.
*Usaha kerajaan Demak diikuti oleh Pajang dan Mataram.
*Acheh menjadi kerajaan Islam yang kuat semasa Sultan Iskandar Nahkota
Alam.
*Acheh berjaya menyekat pengaruh agama kristian dan menakluki negeri-negeri
di Tanah Melayu.
*Kehebatan Acheh menyebabkan ianya di gelar Serambi Mekah.
*Kerajaan Patani menjadi Islam apabila Phya Tu Nakpa memeluk Islam dan
memakai gelaran Sultan Muhammad Syah.
*Brunei menjadi kerajaan Islam setelah pembesar Pu Ali ke China pada tahun
977M.
*Islam tersebar di brunei dan Borneo melalui Syariff Ali Mufaqih Muqaddam.
PERANAN PUSAT KEBUDAYAAN

*Pusat Kebudayaan lahir di Perlak, Samudera-Pasai,Riau dan


Acheh.
*Pusat kebudayaan bertindak sebagai pusat ilmu dan juga pusat
penyebaran agama Islam.
*Kerajaan Samudera Pasai pernah menjadi pusat penterjemahan.
Banyak kitab bahasa Arab diterjemahkan di sini.
*Kitab al-Dur-al-Manzum pernah dihantar ke Samudera Pasai
untuk diterjemahkan.
*Semasa keagungan Kerajaan Melayu Melaka, buku
kesusasteraan dipengaruhi bahasa Arab seperti Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah,Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Nabi
Bercukur.
*Di Acheh, karya puisi seperti syair dihasilkan oleh penulis
tempatan seperti Bustanus Salatin
*Terhasil karya tentang pemikiran Islam oleh Hamzah al Fansuri,
Syeikh Nurudin al Raniri. Abdul Rauf Singkel.
*Kerajaan Johor Riau pernah menjadi pusat kebudayaan Islam
yang penting.
PERANAN MUBALIGH

*Mubaligh dan ulama berperanan besar untuk menyebarkan Islam.


di Asia Tenggara.
*Syeikh Ismail dan Fakir Muhammad adalah pendakwah terawal
berdakwah di Asia Tenggara.
*Syarif Amir Sayyid al-Syirazi dan Tajuddin al-Asfahani menyebarkan
dakwah di Pasai.
*Di Melaka terdapat Syeikh Abdul Aziz,Maulana Abu Bakar dan
Maulana Yusof.
*Di Melaka, peringkat awal penyebaran ialah melalui pendidikan
tidak formal kemudian berkembang secara formal.
*Di Acheh,pondok dikenali sebagai dayah.
*Di Jawa, Wali Songo berperanan besar dalam menyebarkan Islam.
Demak menjadi pusat pergerakan dakwah Islamiyah.
*Masjid Agung Demak menjadi markas dakwah.
KEISTIMEWAAN ISLAM

*Keistimewaan ajaran Islam mencakupi kesemua bidang kehidupan


menarik orang ramai menganut agama Islam.

*Ini termasuk konsep Tauhid, keadilan, hak individu dan masyarakat


keharmonian, akhlak mulia, konsep kebahagiaan dunia dan akhirat.

*Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w merupakan agama


yang menuntut manusia berfikir secara rasional dapat diterima oleh
ahli masyarakat di Asia Tenggara.

You might also like