Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
7Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Tajuk Rencana Kepimpinan Berkualiti ( Kumpulan 1 )

Tajuk Rencana Kepimpinan Berkualiti ( Kumpulan 1 )

Ratings: (0)|Views: 525 |Likes:
Published by skskjb

More info:

Published by: skskjb on Feb 26, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/26/2012

pdf

text

original

 
Tajuk RencanaKepimpinan Berkualiti - Satu Proses Pengaruh Dua HalaPenulisMd. Hasidin bin ZainiJurnalJurnal Tanjung Puteri - Diterbitkan sempena PersidanganPPD/PPB Malaysia Kali Ke-XIV, 1996, hlm. 55 - 63PenerbitJabatan Pendidikan JohoPengulasAzman Hj. Adnan
Sinopsis :
Rencana ini cuba memberi gambaran bagaimana konsep kepimpinan mempunyaihubungkait yang erat di antara pemimpin dan subordinatnya serta elemen-elemenkepimpinan untuk mewujudkan keberkesanan pengurusan organisasi.Cabaran utama yang sedang dihadapi oleh sistem pendidikan ialah menyediakan suatu perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti untuk melahirkan
‘output’ 
insan yang berketerampilan dan kemahiran sesuai dengan kehendak negara. Ini memerlukan penilaian semula terhadap pengurusan organisasi melalui anjakan-anjakan ekonomi dansosial dan melalui peningkatan profesionalisme pengurus-pengurus pendidikan.Dua paradigma yang sering menjadi penghalang dan perlu diubah untuk kecemerlangan pengurusan ini ialah konsep ‘kita adalah manusia biasa’ yang tidak dapat lari darisebarang kelemahan/kecacatan dan ‘sentiasa ada peluang kedua’ jika melakukankesilapan.Oleh itu sebenarnya kualiti dalam pengurusan organisasi bergantung kepada kepimpinanyang utuh dan mapan dan bagaimana kepimpinan dua dimensi ini dapat dibangunkan. Iniakan memudahkan pengwujudan pengurusan pendidikan yang lebih berkesan. Pemimpindan pengikut seharusnya saling pengaruh mempengaruhi. Pemimpin perlu memahamidan menghayati dua elemen yang saling berkuasa iaitu kuasa atau pengaruh pemimpindan pengaruh atau kuasa subordinat.Penulis juga telah menyarankan beberapa ciri dan peranan pemimpin yang berkesandalam pengurusan organisasi pendidikan. Antaranya ialah konsep perwakilan kuasa
(delegation)
dan keupayaan pemimpin untuk mengambil dan melaksanakan keputusan-keputusan dalam organisasi.Keberkesanan pengurusan organisasi pendidikan juga melibatkan elemen manusia dan produk atau perkhidmatan yang dilihat secara sepadu dalam pengurusan. Pemimpin juga perlu berfikir secara ‘lateral’, berfikir ke hadapan untuk menjelmakan pengurusan
‘zerodefect’ 
, mewujudkan
‘Advance Alert System’ 
(AAS) sebagai satu cara menanganimasalah dalam pengurusan pendidikan, melaksanakan TQM untuk peningkatan kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan serta mengimplimentasikan amalan
kaizen
dalam pengurusan untuk mewujudkan penambahbaikan yang berterusan dalam perkhidmatanyang diberi.
 
Lampiran
 
Ulasan dan Komentar:
Pada bahagian awal penulisan rencana ini, penulis cuba memperkatakan tentang cabaransistem pendidikan kini iaitu untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti sesuai dengan kehendak pembangunan negara. Beliau mengaitkan kejayaandalam kualiti perkhidmatan yang disediakan dengan pengurusan organisasi denganmemetik pendapat pelopor TQM, Dr. Edward Deming iaitu perkhidmatan yang berkualitidatangnya 80% daripada pengurusan dan 20% daripada pekerja. Kualiti yang baik datangnya daripada pengurusan dan bukannya pekerja.Saya akur dengan pendapat ini kerana pada dasarnya personel dan pemimpin dalaminstituti pendidikan khususnya di sekolah yang rata-ratanya memiliki kelayakanakademik dan ikhtisas profesional bukanlah kakitangan yang semulajadinya buruk. Apayang paling penting ialah kepimpinan dan polisi dalam instituti pendidikan itu sendiri.Sekiranya pemimpin organisasi sentiasa prihatin terhadap komponen dalam mewujudkankualiti iaitu budaya kerja, persekitaran, dasar dan matlamat yang jelas, alat (tools), latihandan sokongan sudah pastilah personel pelaksana tidak akan melakukan sebarangkesilapan
(mistakes).
Untuk mewujudkan kualiti ini perlu pula anjakan paradigma yang perlu dimulakan di peringkat pengurus pendidikan paling atas. Di sekolah misalnya, pengetua adalah pengurus yang mesti memulakan anjakan paradigma diikuti oleh staf di bawahnya.Dua paradigma yang dikatakan menjadi penghalang kepada kecemerlangan dan kualitikerja ialah konsep`Kita Manusia Biasa’ iaitu kecacatan
(defect)
yang berlaku adalahkerana kelemahan manusia dan yang kedua iaitu
‘There is always a next time’ 
yangdisifatkan oleh T. Domingo sebagai `anti kualiti dalam pengurusan’. Kedua-dua halanganini sebenarnya perlu dielakkan, apabila mahukan kualiti. Rasionalnya sebagai pelanggandi sekolah, pelajar, ibu bapa dan masyarakat sudah pasti tidak dapat menerima konsepyang pertama kerana mereka mahukan perkhidmatan yang berkualiti
(zero defect)
manakala konsep yang kedua hanya akan melemahkan organisasi dan membazirkanmasa, tenaga alat serta kewangan. Dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan, pengurusan seharusnya telah membuat keputusan-keputusan yang muktamad denganmengambilkira kemungkinan-kemungkinan melalui audit atau jangkaan luaran dandalaman terhadap proses masalah dan penyelesaiannya.Penulis seterusnya melihat kepimpinan ini dalam konteks proses hubungan dua hala.Kepimpinan yang utuh dan mapan merupakan asas kepada kualiti dan kecemerlangandalam organisasi, pendekatan yang dinamis dan berdaya maju. Oleh itu pemimpin bukansahaja mempengaruhi pengikutnya seperti pengertian yang sudah diterima umum tetapi pengikut juga turut mempengaruhi pemimpin. Dengan erti kata yang lain pemimpin dan pengikut saling mempengaruhi dan hakikat ini wajar difahami oleh semua pemimpin dan pengurus pendidikan.Kuasa pemimpin terhadap pengikut boleh dilihat melalui keupayaan pemimpinmemberikan ganjaran dan pengiktirafan, kuasa menghukum seperti mengkritik danmengambil tindakan tatatertib, kuasa sah atas kedudukannya atau jawatannya dalam
 
organisasi yang perlu dipatuhi, kepakaran dan kemahiran pemimpin berkenaan serta perwatakan peribadi yang boleh mempengaruhi subodinat. Pengaruh pengikut
(subodinat)
yang boleh mempengaruhi pemimpin pula boleh dilihat melalui sifat, perwatakan subodinat dan faktor kekuatan kelompok subodinat. Sikap pemimpinmungkin berbeza terhadap kelainan jantina, latar belakang pendidikan, umur dan lain-lain. dan kekuatan kelompok sudah pasti mempengaruhi gaya seseorang pengurus dalammemimpin.Ini menunjukkan bahawa pemimpin dan pengurus tidak mungkin dapat melaksanakan pengurusan organisasinya tanpa mengambilkira faktor-faktor dalaman organisasinyatermasuk subodinat. Dalam konteks pengurusan di sekolah kedua-dua elemen iaitu pemimpin dan subodinat akan saling mempengaruhi dalam bentuk proses dua hala untuk melahirkan pengurusan sekolah yang telus dan berkesan.Selain itu faktor yang menentukan keberkesanan sekolah dalam konteks proses dua halaini ialah sejauhmana pemimpin mampu menggunakan kaedah perwakilan kuasa
(delegation)
dalam pengurusannya. Pengurus yang
‘action-oriented’ 
gemar melakukansendiri semua tugas daripada menyelia dan mengawal yang menyebabkan mereka terlibatdengan terlalu banyak aktiviti, lebih banyak tekanan, mengejar masa, malah terlibatdengan tugas remeh temeh. Oleh itu sekiranya mereka ini mewakilkan kuasanya sudah pasti akan mempunyai lebih banyak masa untuk memenuhi tanggungjawab,membangunkan kemahiran diri, merancang, mengatur, mengarah, mengawal danmembuat inovasi serta berpeluang mendekatkan diri dengan subodinat dalam kontekshubungan interpersonel. Selain itu menerusi perwakilan kuasa ini bukan sahaja memberi peluang kepada subodinat untuk mengembangkan potensinya tetapi jugamembolehkannya menerima tanggungjawab dalam semua persekitaran, membangunkandiri dan menggalakkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah.Dalam konteks sekolah, pengetua selalunya tidak mampu untuk melaksanakan semuatugas. Oleh itu kebiasaannya pengetua akan memberikan pengupayaan
(empowerment)
kepada personel-personel di bawah seliaannya seperti Penolong Kanan 1, PenolongKanan HEM, Penyelia Petang dan guru-guru lain. Walaupun begitu saya berpendapat, proses pengupayaan ini tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana ia mungkin boleh menyebabkan dua implikasi iaitu mereka yang diberikan pengupayaan akan bertindak berlebihan dengan cara menyalahgunakan kuasa dan pengaruh baru yangdiberikan atau mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa kerana sudah terbiasa dikawaldan diarahkan oleh pemimpin paling atas.Oleh kerana pengurusan pendidikan adalah antara bidang yang memberi tekanan yangtinggi di kalangan pengurus-pengurusnya maka pelaksanaan perwakilan kuasa ini juga perlu ada landasan yang kukuh. Justeru dalam melaksanakan urusan harian mereka, para pengurus harus tahu dan memahami cara-cara mewakilkan kuasa
(to delegate)
bagimengurangkan stress dan melaksanakan pengurusan yang lebih efektif dan cekap. Berikutdicadangkan beberapa perkara sebagai panduan mewakilkan kuasa dalam pengurusan pendidikan. Pertama ialah wakilkan kuasa mana-mana tugas yang dirasakan sesuai.Kedua, wakilkan kuasa kepada staf yang paling muda tetapi berkemahiran dan

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nazirah_saad liked this
henson0804 liked this
yasmie_95 liked this
s.inah liked this
ila liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->