Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
52Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seminar_ Muzik Sebagai Satu Mata Pelajaran Wajib

Seminar_ Muzik Sebagai Satu Mata Pelajaran Wajib

Ratings: (0)|Views: 1,263 |Likes:
Published by Saufi bin Abdullah

More info:

Published by: Saufi bin Abdullah on Feb 27, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/02/2012

pdf

text

original

 
LANGKAH-LANGKAH MEWAJIBKAN MATA PELAJARANPENDIDIKAN MUZIK KE SEMUA PERINGKATPERSEKOLAHAN DI MALAYSIA
Oleh:Saufi bin Abdullah M20072000716 (SPM6443 Seminar Dalam Pendidikan Muzik)Fakulti Seni & Muzik Universiti Pendidikan Sultan Idris
Latar Belakang
Pada tahun 1979, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telahmembuat keputusan menjadikan pendidikan muzik sebagai satu subjek yang digalakkanbagi semua pelajar peringkat sekolah rendah di Malaysia. Menurut Johaimi Abdullah(1993), tahun 1983 merupakan satu detik sejarah yang amat penting bagi pendidikan muzik di Malaysia apabila mata pelajarn pendidikan muzik telah dimasukkan dalam KurikulumBaru Sekolah Rendah (KBSR) dan telah dilaksanakan di seluruh negara. Objektif utamasukatan pelajaran ini memberi tumpuan kepada pembentukan kemahiran murid.Pada tahun 1995, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) yang kini dikenali sebagaiBahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah menerbitkan satu lagi sukatan pelajaranmuzik yang baru. Kurikulum baru ini bertujuan untuk memperkembangkan potensi,kebolehan dan kualiti diri individu dari aspek nilai estetika muzik dan etika melalui pelbagaipengalaman muzik ke arah meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup. Ini selarasdengan konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, bangsadan budaya serta amat bersesuaian dengan aspirasi negara.Bidang seni muzik tidak sama dengan bidang profesion yang lain. Bakat menjadielemen yang sangat penting untuk membolehkan seseorang itu menjadi seorang pemuzik ataupun penyanyi. Bakat yang sedia ada perlu digilap dengan bentuk latihan demi latihansehingga bakat itu menjadi satu bentuk kemahiran. Pada amnya kemahiran bermainperalatan muzik atau menggunakan suara dalam nyanyian adalah amalan dan latih tubi yangdilakukan secara amali.
Isu Perbincangan
Umum mengetahui, pendidikan muzik bukan mata pelajaran yang diuji dalampeperikasaan awam seperti subjek-subjek utama yang lain. Ekoran daripada itulahsesetengah sekolah tidak mementingkan mata pelajaran ini. Tahap pendidikan muzik secara
 
formal hanya di peringkat rendah sahaja. Peluang untuk pelajar mengembangkan potensi danbakat dalam bidang muzik adalah amat terhad, manakala kegiatan kokurikulum muzik seperti kelab dan persatuan muzik sekolah hanya wujud di sekolah-sekolah yang mampumenyediakan kemudahan peralatan muzik sahaja.Semenjak tahun 1996, pendidikan muzik hanya menjadi mata pelajaraan elektif untuk 20 buah sekolah menengah di seluruh negara. Berasaskan kepada senario inilah,beberapa langkah telah dicadangkan untuk menjadikan pendidikan muzik sebagai matapelajaran wajib dan diperluaskan ke semua peringkat sekolah menengah seluruh negara.Atas kefahaman ini juga, kurikulum pendidikan muzik diperingkat sekolah rendah dansekolah menengah perlu dikaji semula agar wujud kesinambungan dari peringkat rendah keperingkat menengah rendah dan seterusnya ke peringkat menengah atas. Jika selama ini diperingkat sekolah rendah tumpuan adalah kepada pengetahuan asas muzik, adalahdicadangkan pendidikan di peringkat menengah rendah menjurus kepada pengkhususansebagai persiapan melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya menghadapipeperiksaan asas di peringkat sekolah menengah.
Langkah-langkah Mewajibkan Pendidikan Muzik Ke Semua Peringkat Persekolahan
Pendidikan muzik memainkan peranan penting untuk melahirkan kumpulan pelapisdan penggiat muzik yang mahir serta kreatif disamping mempunyai nilai estetika yangtinggi. Disamping itu juga pendidikan muzik juga berperanan untuk mencipta kesedaran danpemahaman tentang seni muzik sebagai satu kerjaya serta boleh menjana ekonomi diri,keluarga dan negara. Oleh yang demikian, institusi pendidikan seni muzik sedia ada haruslebih berperanan membantu menjana pertumbuhan ekonomi dalam aspek membekalkantenaga kerja seni muzik yang mahir, kreatif serta serba boleh. Pendidikan muzik yangbermula dari peringkat yang paling rendah sehingga ke peringkat yang tertinggi adalah asasyang sangat penting untuk meningkatkan kefahaman, kemahiran, keilmuan dankebijaksanaan berfikir secara kreatif yang menjadi elemen penting dalam prosesmembangunkan seni muzik dalam sesebuah negara.
Hubungan pendidikan muzik dengan Teori Perkembangan Kanak-kanak
Jean Piaget (1896-1980, disebut dalam Mohd Sharani Ahmad, 2005) telahmembentangkan satu teori tentang perkembangan kanak-kanak. Beliau telah mengutarakanperkembangan pemikiran dan kognitif kanak-kanak. Menurut beliau perkembanganpemikiran kanak-kanak terbentuk dalam satu struktur yang mempunyai empat peringkatiaitu Peringkat Sensori Motor (dari masa lahir hingga ke umur 2 tahun), PeringkatPraoperasi (dari umur 2 tahun hingga 7 tahun), Peringkat Operasi yang Konkrit (dari umur 7hingga 11 tahun) dan Peringkat Operasi Formal (dari umur 11 hingga 15 tahun). Dengan
 
wujudnya hubungan pendidikan muzik dengan teori perkembangan kanak-kanak makapendidikan muzik boleh diwajibkan ke semua peringkat persekolahan.
Hubungan pendidikan muzik dengan Teori Pelbagai Kecerdasan
Satu lagi teori yang berkaitan dengan pendidikan muzik adalah Teori PelbagaiKecerdasan yang diasaskan oleh Gardner (1983) dalam bukunya berjudul
Frame of Mind :The Theory of Multiple Intelligences.
Teori ini mengemukakan lapan domain intelektualyang perlu diambil kira. Lapan kecerdasan tersebut ialah Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzikal, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis.Tiga darinya iaitu muzikal, ruang/visual dan kinestetik ada hubungkait dengan ciripelaksanaan kaedah Dalcroze
 Eurhythmics.
Gardner mengatakan bahawa antara tujuhkecerdasan tersebut, kecerdasan muzikal adalah yang paling awal (Mark, 1978). Namunbegitu kecerdasan-kecerdasan lain dalam teori Pelbagai Kecerdasan ini juga terdapat dalamkurikulum muzik. Contohnya Kecerdasan Linguistik yang berkait dengan penggunaanbahasa, perkataan, sebutan dalam menyanyikan lagu dan memainkan alat muzik.
Peningkatan kemudahan infrastruktur untuk pengajaran dan pembelajaranpendidikan muzik di sekolah
Terdapatnya kemudahan seperti bilik muzik dan keperluan peralatan yangmencukupi di sekolah-sekolah terutamanya sekolah yang dibina dalam Rancangan MalaysiaKe Sembilan (RMK 9). Menurut Penyelia Pelajaran Kanan (Muzik) Jabatan Pelajaran
Kelantan, Mohd A‟seri bin Mahmud yang menyatakan
pada tahun ini 15 buah sekolah dinegeri Kelantan telah menerima peralatan muzik tradisional dan moden dengan anggarankos sebanyak RM 100,000.00 (Ringgit Malaysia seratus ribu) setiap sebuah sekolah. Inimenunjukkan pendidikan muzik semakin mendapat perhatian Kementerian PelajaranMalaysia.Dalam RMK 9 juga Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkankan duabuah sekolah seni pertama di Malaysia iaitu di negeri Johor dan Sarawak. Sekolah seni iniadalah sekolah perintis yang menjelaskan kesedaran kerajaan terhadap kepentinganpendidikan muzik dalam melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang di bidangakademik tetapi pada masa yang sama mempunyai kemahiran muzikal dan nilai estetikayang tinggi di dalam bidang muzik. Dalam konteks ini, adalah diharapkan sekolah seni dapatdiwujudkan di semua negeri untuk memberi lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajaryang cemerlang dalam bakat dan seni untuk mendapat pendidikan formal dalam bidang ini.Dengan adanya peningkatan kemudahan infrastruktur untuk pengajaran danpembelajaran pendidikan muzik di sekolah adalah diharapkan satu hari nanti pendidikan

Activity (52)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nadiahsabudin liked this
Nor Azziah liked this
cikguhanimsp liked this
ewilliecharles liked this
ewilliecharles liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->