http://www.jawatankosong.com.my/kareer/Cara-Membuat-Resume.htmlCara membuat resume
Bilangan muka surat
Muka surat memainkan peranan penting dalam menghasilkan resume yang dikehendaki sesebuah syarikat.Ada sesetengah syarikat hanya mahukan resume yang pendek, namun ada juga sesetengah syarikat yanglebih cenderung kepada resume yang panjang dan terperinci. Namun pada hakikatnya, seseorang pembacaatau penemuduga hanya memerlukan seminit sahaja untuk membaca segala isi resume itu. Jadi resumeperlulah ringkas dan padat. Resume yang terlalu panjang menyebabkan pembaca tidak menghiraukan isiyang panjang dan akan menyebabkan pembaca terlepas isi – isi yang mungkin penting. Resume yangdisarankan tidaklah melebihi dua muka surat .
Gambar
Di Malaysia , ia menjadi amalan kepada syarikat – syarikat mengkehendaki gambar disertakan dalam resume.Sebenarnya gambar merupakan persepsi awal seseorang pembaca itu mengenai individu tersebut. Gambar yang memiliki ciri – ciri kemas, ceria dan bersemangat lebih menarik perhatian pembaca. Kebanyakanpemohon – pemohon gagal meletakkan gambar yang menepati ciri – ciri itu dan menyebabkan pembacamempunyai persepsi yang kurang elok terhadap pemohon.
Maklumat peribadi
Maklumat peribadi perlulah diisi bersesuain dengan kerja yang dipohon. Sekiranya kerja itu memerlukanketinggian dan berat yang tertentu, perlulah pemohon meletakkannya. Namun kebanyakkannya, perkaratersebut tidak dititik beratkan dalam proses pemilihan. Apa yang paling utama adalah nama, alamat, nombor telefon, emel, faks dan sebaginya. Perkara – perkara lain seperti jantina, agama dan seangkatannya adalahtidak perlu kerana ianya boleh diketahui hanya dengan gambar dan nama. Dinasihatkan, sekiranya resumeanda lebih dari satu muka surat , perlulah meletakkan nama anda pada setiap helaian seperti di
header.
Tujuan
Perkara yang paling penting tetapi biasanya diabaikan oleh para pemohon. Biasanya syarikat yang dipohonitu gagal mengenal pasti tujuan yang dimahukan pemohon. Tujuan yang dimaksudkan adalah berkaitandengan jawatan yang dikehendaki. Pemohon perlulah memperincikan jawatan yang dikehendaki agar syarikatitu boleh meletakkan titik timbang tara bagi menilai pemohon itu. Anda tidak perlu segan untuk meletakkan jawatan yang diidamkan dan bersesuaian dengan kelayakkan anda.
Pendidikan
Pendidikan yang dimaksudkan adalah pencapaian akademik yang diperolehi anda. Tidak perlu andameyelitkan keputusan PMR dan UPSR anda kerana ianya tidak diperlukan dalam penilaian syarikat yangdipohon. Mungkin anda boleh meletakkan keputusan SPM anda dengan sekadar berapa A dan sebagainyayang diperolehi. Apa yang paling penting dalam ruang ini adalah pencapaian anda di universiti. Letakkankelulusan anda serta nilai CGPA yang diperolehi anda. Untuk lebih jelas, letakkan nilai CGPA setiapsemester.
Aktiviti dan anugerah
Segmen ini hendaklah diberikan perhatian kerana ianya melambangkan diri anda. Senaraikan aktiviti – aktivitiluar anda serta jawatan yang disandang. Sekiranya terlalu banyak aktiviti yang anda sertai, letakkan beberapayang terbaik sahaja. Jangan malu untuk meletakkan aktiviti yang biasa walaupun hanya sekadar penyertaansahaja. Ia melambangkan usaha anda untuk mencuba. Selain itu, pengiktirafan anda dalam bidang akdemikmahupun kokurikulum perlulah disenaraikan dalam ruang khas. Senaraikan segala anugerah yang relevenyang pernah dimenangi anda. Ia adalah mata bonus untuk anda dalam saingan pemilihan pertama.
Kemahiran dan kursus