You are on page 1of 1

Perancangan dan pembelajaran KAP0013

Model Dreikurs

-menekankan kepentingan kerjasama antara guru dan murid bagi memastikan peraturan yang
dibangunkan di dalam kelas dan di luar bilik darjah diikuti oleh semua murid.

-menggunakan cara demokratik dalam interaksi antara guru dan murid menimbulkan kesan
kerjasama yang berasaskan pertimbangkan hak dan minat murid. Model ini turut menggunakan
galakan.

Model Ginot (humanistik)

-menekankan kepada komunikasi bagi menyelami ke dalam diri kanak-kanak untuk mengetahui dan
memahami pameran tingkah laku mereka.

-komunikasi dua hala antara guru dan murid adalah penting bagi mengetahui masalah seperti
perlakuan termenung, membuat bising/semasa waktu belajar, bersikapdegil, suka merajuk dan
sebagainya yang dilakukan oleh murid tersebut.

-cara ini menggalakan murid untuk menjelaskan tingkah laku tidak wajar dan mendengar penjelasan
guru terhadap kesan tingkah laku murid itu kepada perasaan kawan-kawan yang lain di dalam kelas.

Model Lee Cantor (behavioris)

-menekankan kepada cara yang lebih bersifat ketegasan nilai yang tinggi untuk pengawalan dalam
bilik darjah dan di luar bilik darjah.

-faktor ketegasan ini turut membawa tindak balas guru secara terus dirasakan dan dihormati oleh
murid-murid.

“8 Golden Rules”

-contoh yang baik kepada yang lain

-yang aktif

-menggunakan fikiran

-mendengar daripada orang lain

-membuat yang terbaik

-belajar sesuatu yang baru

-mengambil berat terhadap apa yang diminta oleh guru

-bijak menggunakan masa

You might also like