Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAMADUN MESOPOTAMIA tamdun dunia stpm

TAMADUN MESOPOTAMIA tamdun dunia stpm

Ratings: (0)|Views: 927|Likes:
Published by bibi

More info:

Published by: bibi on Feb 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/26/2013

pdf

text

original

 
TAMADUN MESOPOTAMIA
 Pada zaman Empayar Ur Ketiga, sistem pemerintahan berpusat adalah kukuh. Rajamerupakan pemerintah berkuasa mutlak. Raja dibantu oleh sistem birokrasi yang amatcekap. Di samping itu, urusan dan komunikasi yang melibatkan pelbagai unit pentadbiran dikendali dengan lancar oleh satu rangkaran messengers. Semasa pemerintahan Assyria, sistem pentadbiran pusat menjadi kompleks dan birokratik. Raja merupakan pemerintah mutlak dan mempunyai tanggungjawab dalam bidang keagamaan dan pentadbiran. Baginda dibantu oleh gabenor di peringkat provinsi dan juga ambassador yang membantu menyampaikan maklumat. Raja adalahketua kerajaan dan dilantik melalui divine election. Walaupun raja merupakan ketuakerajaan, baginda masih memerlukan pengiktirafan daripada golongan bangsawanyang dikenali sebagai mar banuti (sons of creation). Tanpa sokongan golongan ini,raja tidak dapat mentadbir negara dengan berkesan. Selepas raja, terdapat sekumpulan pegawai tinggi seperti ketua komander, chief cup-bearer, pengawas istana, abarakkudan shaknu yang bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan pusat. Selain itu,terdapat ummane yang merupakan kumpulan profesional seperti pemilik bank, pedagang, doktor dan sebagainya.
TAMADUN MESIR
 Sistem pemerintahan pusat di Mesir diketuai oleh Firaun. Selepas Firaun, terdapat pegawai tinggi seperti Wazir, Canselor dan Wizurai. Terdapat juga jabatan-jabatanyang mempunyai fungsi yang khas di peringkat pusat. 
Wazir
Wazir merupakan pegawai yang paling berpengaruh. Pada zaman Thinite danKerajaan Lama, beliau dilantik di kalangan raja. Selepas itu, jawatan ini dilantik darikalangan bangsawan dan paderi. Menjelang zaman Kerajaan Baru, dua orang Wazir dilantik bagi mentadbir Mesir Utara (kawasan menganjur dari Elephantine hinggaCusae) dan Mesir Selatan (kawasan menganjur dari Delta hingga Cusae). JawatanWazir ini boleh diwarisi. Tugas seorang Wazir adalah berat, iaitu:a.Memeriksa laporan perangkaan binatang ternakan, mencatatkan pembekalan barang makanan dan memeriksa tangki air. b.Mengawasi kerja menebang pokok.c.Membina terusan bagi tujuan pengairan.d.Menyimpan rekod terperinci mengenai hujan dan banjir di Sungai Nil.e.Menyelia ekspedisi raja, bengkel dan projek pembinaan.f.Memilih dan melantik kaki tangan yang berkhidmat untuk keluarga di raja.g.Memeriksa akaun mengenai cukai.h.Merekrut pengawal keselamatan bagi raja.Selain tugasan di atas, Wazir juga menjadi hakim. Dalam menjalankan tugas, Wazir dibantu oleh Canselor. 
 
Canselor
Tugas utama seorang Canselor ialah:a.Menguruskan hal-ehwal ekonomi negara yang kompleks.Urusniaga di Mesir dijalankan secara sistem barter. Canselor perlu menetapkancukai yang perlu dibayar. Oleh sebab cukai dibayar secara barangan sepertitepung, ikan dan sebagainya, Canselor harus memastikan barang ini disimpandengan baik dan barang yang mudah rosak harus diedarkan dengan segera. b.Menentukan gaji yang dibayar kepada pekerja di estet-estet raja.c.Menjadi pengerusi hal-ehwal ekonomi rumah berhala.d.Menentukan gaji yang dibayar kepada anggota tentera laut dan darat. 
Wizurai
Jawatan ini diwujudkan semasa Dinasti ke-18 ekoran daripada kolonisasi Nubia yangmenganjur hingga ke Napata. Wizurai Nubia dikenali sebagai royal son of Kush.Beliau adalah ketua bagi satu organisasi yang dibentuk berdasarkan jentera politik diibu kota. Bidang kuasanya tertumpu pada aspek polisi awam. 
Jabatan-jabatan
Dalam pentadbiran pusat, Mesir dipercayai menubuhkan 6 jabatan kerajaan yangdikenali sebagai six great houses. Di antara jabatan-jabatan ini, jabatan perbendaharaan merupakan jabatan yang paling penting. Ia ditadbir oleh 2 orang penyelia yang merupakan ejen kepada Wizurai. Dalam menguruskan perbendaharaandi raja, terdapat hubungan dan kerjasama yang erat dengan pentadbir wilayah atau provinsi. 
Mahkamah
Dalam perundangan Mesir, mahkamah yang paling tinggi adalah mahkamah Wazir.Dalam melaksanakan tugasan, Wazir dibantu oleh golongan eksekutif, pengarahkabinet dan kerani-kerani (scribes). Dalam membuat keputusan penghakiman, Wazir  bertindak sebagai medium untuk menyampaikan idea firaun. Perlu ditekankan di siniialah Firaun merupakan ketua hakim yang sebenar. Dalam sistem perundangan Mesir,terdapat satu majlis yang dikenali sebagai Kenbet yang merupakan badan penasihatyang mengawasi dasar dan hukuman yang diamalkan oleh sebuah tribunal perundangan yang dikenali sebagai Zazat.
TAMADUN INDIA
 
Zaman Klasik 
Raja menjadi ketua kerajaan. Di bawah raja, terdapat Majlis Menteri-menteri, MantriParishad dan jabatan-jabatan. 
 Raja
Raja merupakan ketua kerajaan. Baginda bertindak sebagai ketua dalam bidangeksekutif, kehakiman dan ketenteraan. Lazimnya, jabatan ini diwarisi secara turun-temurun. Raja ini dianggap suci dan bersifat ketuhanan tetapi baginda masih tidak 
 
terlepas daripada hukuman sekiranya tidak menjalankan tugas dengan sempurna. Rajadikehendaki menjalankan tugas dalam masa yang ditetapkan, di mana waktu siangdan malam dibahagikan kepada 8 bahagian. Sebagai contoh, pada waktu siang ke-3,raja dikehendaki mandi, makan dan belajar dan pada waktu malam bahagian ke-8, baginda dikehendaki menjalankan tugas dalam negeri dan upacara keagamaan. Tugasutama raja ialah melindungi rakyat jelata dan kebajikan mereka. Dalam melaksanakantugasnya, baginda dibantu oleh menteri-menteri. Menteri-menteri ini pula dilantik  berdasarkan kebolehan dan kelayakan mereka. 
Majlis Menteri-menteri
Bilangan anggota berubah mengikut keadaan iaitu 3 hingga 12 orang. Salah seorangmenteri menjadi Perdana Menteri. Setiap menteri yang lain pula mengetuai sesebuahkementerian seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Peperangan danPerdamaian dan sebagainya. Raja akan membandingkan pendapat para menteri dan pendapat sendiri, biasanya baginda akan mempersetujui pandangan majlis ini. 
Mantri Parishad 
Majlis ini ditubuhkan untuk membantu raja dalam pentadbiran. Ia terdiri daripada 2majlis iaitu Majlis Negeri dan Majlis Eksekutif. Anggota Majlis Negeri berubahmengikut keperluan negara. Mengikut petikan dan Mahabaratha, majlis inimengandungi 37 orang ahli, iaitu 4 Brahman, 3 Khastriya, 21 Vaisya, 3 Sundra dan 1Sutta. Majlis ini sangat penting. Raja harus mendapatkan pandangan daripada anggotayang tidak hadir sebelum membuat keputusan. Mengikut petikan Mahabaratha juga, 8orang dari majlis ini akan dipilih menjadi menteri. 
 Jabatan-jabatan
Mengikut Kautilnya, terdapat 28 jabatan kerajaan seperti perlombongan, akaun, emas, perbendaharaan, gudang dan sebagainya. Setiap jabatan diketuai oleh seorang penguasa. Mereka dibantu oleh sebilangan kakitangan sokongan. Penguasa inidiwarisi oleh Komisioner yang dilantik oleh Collector General (Ketua PemungutCukai). Penguasa-penguasa ini boleh ditukar antara jabatan ke jabatan. 
Zaman Kesultanan Delhi
Sultan adalah ketua pentadbir dan juga ketua hakim. Sultan mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang sivil dan politik demi kepentingan rakyat tetapi tidak  boleh bercanggah dengan Hukum Syariah. 
Wazir 
Wazir merupakan pegawai tertinggi. Beliau bertanggungjawab terhadap jabatan yangdikenali sebagai Diwan-i-wizarat. Jabatan ini adalah untuk mengawasi pejatankewangan dan pejabat lain di kerajaan pusat. 
 Naib Wazir 
 Naib Wazir ialah pembantu Wazir. Beliau dibantu oleh pegawai penting iaituMushrif-i-mumalik (akauntan jeneral) dan Mustaufi-i-mumalik (auditor jeneral). 
 Jabatan
Terdapat 3 jabatan utama iaitu:1.Diwan-i-risalatBertanggungjawab terhadap hal ehwal keagamaan.

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Lee Ching liked this
Nazierah Zierah liked this
Kye Ikki liked this
khomala liked this
Sandra A Jeffery liked this
asyema liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->