You are on page 1of 10

Apakah perpaduan?

Konsep
Perpaduan
Perpaduan dapat diertikan sebagai suatu
proses untuk mewujudkan identiti nasional
dalam kalangan masyarakat berbilang
kaum dan terpisah dari aspek
kebudayaan,sosial, dan penempatan dalam
sesebuah negara.Negara kita sentiasa
berusaha dengan bersungguh-sungguh
untuk mengekalkan perpaduan di kalangan
rakyat melalui kesedaran dan tindakan-
tindakan kerajaan yang serius serta
perlunya sokongan yang padu daripada
rakyat.
Prinsip
Perpaduan
Terdapat beberapa prinsip yang perlu diutamakan dalam mencapai
Perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum antaranya:

•Penghayatan dan amalan prinsip Rukun Negara oleh setiap rakyat


•Menyemai dan memupuk semangat saling membantu dan sikap toleransi antara
kaum
•Pelaksanaan dasar kerajaan dan rancangan pembangunan negara dijalankan
dengan berkesan
•Meminimumkan karenah birokrasi dalam memberikan pendidikan kepa
da rakyat
•Menggalakkan kerjasama rakyat daripada pelbagai kaum untuk membantu dalam
mencapai matlamat negara.
Konsep Perpaduan
Negara
Perpaduan Ekonomi
Dasar-dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan akan memberikan manfaat
kepada semua rakyat .Rakyat akan bersama-sama menikmati faedah keadaan
ekonomi yang memberangsangkan.Kerajaan akan menentukan segenap lapisan
masyarakat mendapat bahagian daripada sumber ekonomi negara.

Perpaduan wilayah atau negeri


Keseimbangan pembangunan dan sosioekonomi antara negeri dititikberatkan.Tidak
campur tangan dalam hal-hal negeri kecuali diminta.Kerajaan perlu memajukan
negeri kurang maju agar tiada jurang antara negeri maju dengan negeri kurang
maju.
Perpaduan politik
Kerajaan Barisan Nasional wujud disebabkan adanya perpaduan dan
persefahaman antara beberapa parti politik yang sanggup berkorban demi
kemajuan negara.Persefahaman ini menjadi contoh terbaik kepada rakyat dalam
usaha untuk menyatupadukan rakyat melalui usaha ,kerjasama ,tolak ansur serta
pembahagian kuasa politik.

Perpaduan pendidikan
Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berpendidikan
sempurna.Pendidikan juga melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu
dan berbudi pekerti.Akta Pelajaran 1961,memperuntukkan hak pendidikan kepada
semua rakyat

Perpaduan cara hidup


Meliputi cara hidup yang mencakupi kepercayaan,bahasa,agama,ekonomi,dan
politik.Dasar kebudayaan Kebangsaan digubal bagi mencapai perpaduan melalui
program sosial.
Kekangan Mencapai
Perpaduan
Berlainan agama
Agama yang berlainan akan mewujudkan kepercayaan yang berlainan juga.Secara
umumnya,orang Melayu beragama Islam,Orang India beragama Hindu,dan orang Cina
beragama Buddha,Kung Fu-tze.Kepercayaan yang berbeza menimbulkan masalah
kerana pantang larang,adat,dan amalan yang saling bercanggahan.Kerajaan terpaksa
mengamalkan dasar yang proaktif demi memastikan pelbagai kaum di negara ini saling
menghormati kepercayaan dan agama kaum lain.

Masalah komposisi penduduk dan penempatan


Lokasi dan penempatan yang berbeze menyebabkan kaum-kaum di negara ini tidak
dapat berkomunikasi dengan baik.Orang Melayu lebih gemar tinggal di kampung-
kampung manakala orang Cina lebih suka mendiami kawasan bandar.Orang India
kebanyakkan tinggal di kawasan estet yang kurang kemudahan asas.
Pengaruh keadaan politik negara
Masalah kepelbagaian pengaruh dan pegangan politik rakyat dalam negara
menyukarkan usaha-usaha untuk memupuk perpaduan.Terdapat ideologi atau
fahaman politik yang berlainan telah memberikan kesan sampingan dan
menjurus kepada masalah pengasingan hubungan antara kaum.

Terdapat akhbar pelbagai bahasa


Terdapat akhbar yang diterbitkan khusus untuk tatapan sesuatu kaum mampu
menimbulkan syak wasangka kaum lain.Setiap akhbar sesuatu kaum akan
memaparkan berita,budaya dan apa-apa jua perkembangan yang berlaku di
sekitar kelompok mereka dengan menggunakan huruf atau bahasa yang tidak
difahami oleh kaum lain.Akhbar-akhbar begini tidak mampu membantu kerajaan
dalam menyemai semangat kecintaan kepada negara.
Implikasi
Rakyat sentiasa berasa selamat dan bebas bergerak

Perpaduan
Perpaduan membolehkan segala urusan kehidupan harian dilaksanakan dengan licin
dan lancar.Aktiviti perdagangan dalam dan luar negara dijalankan dengan baik
untuk membangunkan negara

Hubungan mesra keluarga dan semangat muhibah terjalin


Hubungan sesama ahli keluarga dan kaum lain akan terjalin dengan baik.Semangat
muhibah akan terjalin dengan baik.Semangat muhibah akan bertambah erat dengan
amalan berkunjung ke rumah terbuka apabila sesuatu perayaan disambut.

Negara dapat ditadbir dengan baik


Terdapat pelbagai kaum yang memimpin negara akan mewujudkan perasaan
perkongsian yang bermakna kepada kesejahteraan negara.Saling mempercayai
antara kaum akan menghasilkan budaya dan etika kerja yang baik.
Pelbagai adat dan budaya dapat dipelajari
Rakyat beruntungan kerana dapat mempelajari pelbagai warisan,budaya,dan adat
resam kaum lain.Kekayaan kebudayaan yang dimiliki oleh negara akan menjadi
kebanggaan rakyat untuk diperkenalkan kepada masyarakat luar.

Semangat Patriotik
Perpaduan yang baik akan membuahkan semangat patriotik yang tinggi di
kalangan rakyat berbilang kaum.Rakyat akan sentiasa sepakat dengan pihak
pemerintah dalam menentukan arah tuju negara.Negara kana lebih kukuh dan
ancaman luar dapat ditangkis dengan terbinanya rakyat yang bersatu padu.

You might also like