Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
34Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
pendidikan kesihatan

pendidikan kesihatan

Ratings: (0)|Views: 765 |Likes:
Published by sugicg

More info:

Published by: sugicg on Feb 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as TXT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/28/2013

pdf

text

original

 
a. PENDAHULUANSesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijayakan dengan penggunaan pelbagai strategi, kaedah dan teknik. Strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan dan susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya (Dick & Carey 1996).Strategi juga merujuk kepada perancangan tindakan yang menjurus kepada pencapaian objektif yang telah ditetapkan. Rancangan tindakan ini merangkumi kaedah dan teknik mengajar. Dengan adanya perancangan strategi, kaedah dan teknik dapat diatur secara sistematik. Pengagihan masa, penyediaan bahan mengikut kesesuaian dan kawalan kelas diurus rapi dengan adanya perancangan strategi.Pada kebiasaannya strategi pengajaran pembelajaran berasaskan kepada tiga unsurutama iaitu guru, murid dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu strategidalam Pendidikan juga dirujuk sebagai pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan.Menurut Daniel Muijs dan David Reynolds (2008) Suatu pengajaran yang efektif harus jauh dari sekadar menyampaikan isi pelajaran dengan gaya ceramah kepada murid. Guru harus mementingkan interaksi dua hala dan aktiviti ’hands on’’ supaya murid melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, memusatkan pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menjamin pembelajaran yangefektif.Penggunaan pelbagai strategi, kaedah dan teknik seperti pembelajaran masteri, konstruktivisme, kontekstual dan sebagainya juga dapat menimbulkan minat murid dalam sesuatu pelajaran. Guru-guru juga boleh menggunakan formula yang memudahkanmurid mengingat sesuatu fakta. Contohnya Matematik, murid yang mahir menghafalatau memahami formula dapat menyelesaikan masalah dengan mudah.b. Pembelajaran secara Kontekstuali. Maksud Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran kontekstual ialah satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan isikandungan dengan pengalaman harian individu masyarakat dan alam pekerjaan.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands on dan minds on (PPK)Suasana pembelajaran kontekstual merupakan suasana yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi(D.A. Kolb)John Dewey 1916 pula berpendapat bahawa murid-murid akan belajar dengan baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku di persekitaran. Menurutteori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri contonya dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri.Oleh itu, kaedah kontekstual iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isidan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian mereka.ii. Kepentingan Pembelajaran Secara Kontekstual dalam P&PSesuatu konsep dihayati melalui proses penemuan. Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.
 
Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim digunakan sepertikaedah syarahan yang abstrak, namun mereka amat perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan bekerja.Pendekatan kontekstual menyedari hakikat bahawa pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latihtubi dan rangsangan dan tindak balas. Secara lazimnya, pelajar dijangkakan mampumembuat kaitan ini dengan sendiri apabila berada di luar bilik darjahPendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.Berdasarkan pemahaman ini, teori pembelajaran kontekstual tertumpu pada aspek pelbagai bagi mana-mana persekitaran pembelajaran, sama ada dalam bilik darjah, dalam makmal, dalam makmal komputer, tempat atau lokasi kerja, atau di ladang tanaman.Ia menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan.Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. iii. Proses ”REACT” Dalam Pembelajaran Secara KontekstualPembelajaran secara Kontekstual menggunakan modal atau bentuk ”REACT” dalam aplikasinya. Apabila kita meneliti ”REACT” iaitu Menghubungkait (Relating),Mengalami (Experimenting), Mengaplikasi (applying), Kerjasama (Cooperating), Memindahkan(Transfering) ia menunjukkan satu urutan aktiviti yang meningkatkan tahap pembelajaran murid.Menghubungkait(Relating)Murid belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalamanhidup. Contohnya murid belajar mengenai makanan seimbang di sekolah. Murid dapat membandingkan dengan makanan harian mereka dan mengetahui makanan yang seimbang dan berkhasiat serta makanan yang tidak boleh dimakan dengan kadar yang banyak.Mengalami (experimenting).Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta merupakan langkah mengalami. Dalam langkah ini murid diberi peluang bagi meneroka pengetahuan dan mempelajarai sesuatu yang baru. Murid berpeluang meneroka sesuatu semasa mereka melayari memperolehi maklumat bagi buku skrap atau folio mereka.Mengaplikasi (applying)Merupakan belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.Bekerjasama (cooperating)Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi merupakan langkah seterusnya. Kerjasama dan komunikasi boleh diwujudkan dalam aktivitikumpulan contohnya perbincangan atau sumbangsaran.Memindahkan (transfering)Setelah murid mempelajari sesuatu kemahiran yang baru, murid menggunakan pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui kini.
 
C. KEMAHIRAN BERFIKIRMaksud Kemahiran BerfikirPemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami.Beyer 1984, berpendapat berfikir ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep,memberi sebab atau membuat penentuan. Chaffee (1998) pula mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.Kemahiran Berfikir ialah pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkanpelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah (Edward De Bono 1976)Berfikir biasanya dikaitkan dengan dengan perkataan seperti mengingat, merenung,membuat keputusan, meramal ,membuat jangkaan,membayangkan,menilai, mempercayaidan sebagainya. Berdasarkan beberapa pengertian tentang berfikir, maka dapat dirumuskan bahawa berfikir merupakan proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan ataumenyelesaikan masalah.Kepentingan Kemahiran Berfikir dalam P&PSistem Pendidikan negara kita bertujuan menyediakan generasi masa akan datang yang berkeupayaan untuk menangani masalah peribadi dan negara di masa hadapan yang tidak dapat tentukan keadaannya. Kemahiran berfikir juga memberi pengetahuan kepada murid menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di masa akan datang.Kemahiran berfikir juga penting bagi memnuhi tuntutan Falsafah Pendidikan iaitu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani, jasmani dan emosi. Aspek ini bertujuan melahirkan individu yang bijaksana dan bermoral. Insan yang yang seimbang dan harmonis juga penting bagi menangani masalahsosial seperti dadah, rasuah,stress atau tekanan emosi dan lain-lain lagi.Kemahiran berfikir juga panting bagi pelaksanaan dan kejayaan konsep-konsep terkini negara seperti KBSR,KBSM, Sekolah Bestari dan sebagainya yang menghendakai pelajar yang berkemampuan dari segi intelek, kemahiran berkomunikasi, berfikir secara kritis dan kreatif, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.Kemahiran berfikir memang wujud secara semulajadi dalam diri setiap individu. Strategi yang baik harus diatur supaya kemahiran ini diasah bagi pemindahan paradigma dari berfikir secara tradisional kepada berfikir secara lebih kretif, membangun, meneroka dan proaktif.Kemahiran berfikir digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk membolehkan pelajar mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama adadi dalam atau di luar sekolah serta menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatifdan inovatif mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.i. Kemahiran Berfikir Kritis
MaksudKemahiran berfikir secara Kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan mindauntuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, menilai kebernasan, ke

Activity (34)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
nickzen liked this
soffiandy liked this
gempurmalaya liked this
Fizza Ochee liked this
Nurul Afina liked this
Peter Ung liked this
Abdul Hasim Shim liked this
Eline Chong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->