You are on page 1of 5

F) Mencipta / Menyata

Tujuan main peranan jenis ini adalah untuk menggalakkan murid supaya
mengembangkan pernyataan diri yang kreatif. Seseorang individu mempunyai nilai
kreativiti dalam mencipta tau menyatakan sesuatu. Oleh itu main peranan jenis ini
adalah amat sesuai digunakan bagi tujuan meningkat dan mengembangkan nilai
kreativiti individu tersebut.

Contoh aktiviti yang dapat dijalankan untuk main peranan jenis ini ialah lakonan
berbagai-bagai situasi dalam bentuk drama kreatif.

Implikasi daripada aktiviti main peranan jenis ini ialah murid berpeluang
meluahkan perasaan mereka secara kreatif dalam satu-satu situasi. Selain itu, murid
berpeluang untuk belajar kesilapan mereka secara tidak langsung dari segi tutur kata.
Murid juga dapat menggunakan imaginasi mereka dalam proses mencipta dan
menyatakan sesuatu.

Semasa tindakan susulan, guru perlu membincangkan tingkah laku yang tidak
baik jika ada. Guru juga perlu memberi kata-kata pujian atau penghargaan kepada daya
kreatif yang ditunjukkan oleh murid.
Walaupun terdapat beberapa jenis main peranan, namun terdapat tiga perkara
penting yang perlu guru lakukan semasa merancang dan menjalankan aktiviti main
peranan iaitu :

i. Jelaskan objektif dan tujuan


ii. Tentukan latihan itu saling berkaitan
iii. Main peranan digunakan sebagai alat memecah kebuntuan atau penyelesaian
masalah.

Main peranan bertujuan untuk melihat murid memperoleh sesuatu kemahiran.


Oleh itu, tidak wajar jika main peranan yang dijalankan itu menekankan sikap murid.
Jika murid mengambil situasi lampau, murid mungkin tidak dapat mengaitkan situasi itu
dengan situasi sekarang. Oleh itu, lebih baik jika guru menggunakan contoh-contoh
situasi masa kini.

Semasa guru merancang main peranan, semua unsur seperti senario, peranan
dan taklimat latar mesti dipadankan untuk menghasilkan main peranan yang
menyeluruh dan menyeronokkan.
Perancangan aktiviti main peranan

Untuk menjalankan teknik main peranan di dalam kelas, guru perlu membuat
persediaan yang secukupnya dan mengambil kira beberapa perkara penting.

a) Ketika aktiviti main peranan dijalankan suasana bising dan kelam-kabut pasti
akan timbul. Oleh itu, guru perlu mengawasi keadaan tersebut. Untuk
mengatasinya, guru boleh melaksanakan aktiviti main peranan secara
berpasangan terlebih dahulu. Murid tidak perlu berpindah dari tempat duduk
untuk membiasakan diri dengan aktiviti main peranan.

b) Aktiviti main peranan secara berpasangan juga boleh dijalankan, jika aktiviti ini
baru diperkenalkan di dalam kelas. Tujuannya adalah untuk memudahkan
perjalanan aktiviti. Dari aspek psikologi, komunikasi dalam bentuk pasangan
akan menjadikan aktiviti dijalankan lebih lancar dan dapat mengurangkan
perasaan malu di kalangan murid.

c) Laksanakan aktiviti-aktiviti yang pendek terlebih dahulu sehingga murid dapat


membiasakan diri dengan aktiviti tersebut. Aktiviti main peranan yang paling
mudah mengambil masa 5 hingga 10 minit. Secara umumnya aktiviti main
peranan mengambil masa 15 hingga 20 minit.

d) Rancangkan aktiviti yang tidak menghadkan bilangan murid, kerana jika ada
murid yang sakit atau tidak hadir, perubahan boleh dilakukan.

e) Pastikan murid memahami situasi, peranan dan apa yang tertulis pada kad
arahan (jika kad arahan digunakan) sebelum memulakan aktiviti.
f) Sebelum menjalankan aktiviti main peranan, murid perlu diberi motivasi.
Walaubagaimana, sekiranya ada sebilangan kecil murid yang tidak menumpukan
perhatian kepada aktiviti yang dijalankan, guru perlu meneruskan aktiviti
tersebut, tetapi pastikan merekatidak mengganggu aktiviti yang sedang
dijalankan.

g) Jangan gunakan aktiviti yang terlalu sukar atau terlalu beremosi sebelum murid
dapat membiasakan diri dengan aktiviti main peranan. Kerana ini mungkin
mengganggu kelancaran komunikasi murid.

h) Dalam main peranan, guru perlu menekankan penggunaan laras bahasa yang
betul. Sekiranya terdapat murid yang kerap menggunakan bahasa dialek.fikirkan
satu situasi yang senang terlebih dahulu dan kemudian diikuti dengan aktiviti
yang lebih sukar secara progresif. Selepas itu mulakan aktiviti dengan secara
berpasangan, dan beri maklumat yang lebih jelas tentang aktiviti yang dijalankan
supaya mereka dapapt menguasai laras bahasa yang betul.

i) Sediakan aktiviti susulan untuk murid yang lebih awal menyelesaikan aktiviti
daripada rakan-rakan yang lain.

j) Hadkan penggunaan masa dan tegas serta menepati dalam penggunaanya.


Sebagai panduan guru, senarai semak yang berikut boleh membantu guru
memilih main peranan yang sesuai untuk murid dalam kelasnya :

i. Adakah jenis peranan yang dipilih dapat memenuhi objektif latihannya?

ii. Bolehkah murid melakukan, membuat dan mengikuti kehendak-kehendak yang


diberi kepada mereka?

iii. Adakah sesi tindakan susulan yang dibentuk bersesuaian dengan jenis main
peranan yang dipilih?

iv. Apakah yang akan berlaku jika satu ciri main peranan ditukar dengan sengaja?

v. Adakah-sumber-sumber yang ada sesuai dengan jenis main peranan ini?

vi. Apakah main peranan ini akan melahirkan perasaan diri yang berlebihan?

vii. Apakah cara lain untuk memudahkan babak atau situasi main peranan?

viii. Adakah semua peranan diberi definisi yang sama?

ix. Adakah sesi main peranan merupakan cara yang paling berkesan untuk
mencapai tujuan pelajaran?

Penggunaan teknik main peranan yang tidak sesuai dengan tujuannya akan
menghasilkan perasaan tidak senang, membosankan dan mungkin merosakkan
pemikiran murid.

You might also like