Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
233Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KEMAHIRAN LISAN

KEMAHIRAN LISAN

Ratings: (0)|Views: 5,924 |Likes:
Published by pakuwhm
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu

More info:

Published by: pakuwhm on Feb 28, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2013

pdf

text

original

 
KEMAHIRAN LISANPENGENALAN
Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukanhanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiranmendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitumendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorangitu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yangmengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malahbagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidakdapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
1.1
Kemahiran Mendengar dan Bertutur 
Dalam tajuk 1 anda telah dapat memahami maksud bahasa dengan lebih jelasberdasarkan beberapa definisi bahasa yang dibincangkan. Dalam definisi bahasatersebut jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai lambang-lambang pertuturanatau dalam bentuk lisan. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan terlebihdahulu sebelum mencipta simbol-simbol tulisan.Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripadaproses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajukbunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisanhanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan bolehbertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitukemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan,kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebihdahulu. Kanak-kanak yang mahir dlam bahasa lisan akan dapat melahirkanperasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksidengan orang lain dalam apa jua situasi.
 
A
. Kemahiran Mendengar 
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalamperkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikanmendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasapertuturan.Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwakemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu;
i. Pendengaran (Hearing)
– iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajamanpendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitukeupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, danmenyimpan urutan bunyi dalam ingatan,
ii. Mendengar (Listening)
- merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitumemberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues)daripada persekitaran,
iii. ”Auding
” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripadapendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripadaapa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui,menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar.
Kepentingan Kemahiran Mendengar 
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiranmendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akanterganggu berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik.Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagikanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk didalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akanbertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan merekaakan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalamkandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiranbahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis.Keduanya, mendengar adalah kemhairan bahasa yang paling kerap digunakanoleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskankepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengansebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca
 
bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun.Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yangdiabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurangmenitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis.
Keperluan Mendengar Abd.Aziz Talib (2000)
menyatakan bahawa keperluan mendengar berbezamengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiranmendengar dalam situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan,ketika bermain dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal,keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar danmemahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu jugaapabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, ataumenonton televisyen.Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yangdidengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan,pidato, kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih pentinglagi.Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihatdari segi tujuankita mendengar.
Abd. Aziz Talib (2000)
memberikan tiga tujuankita mendengar, iaitu:i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menontontelevisyen, atau filem, daniii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalamkelas, mendengar ceramah dan sebagainya.

Activity (233)

You've already reviewed this. Edit your review.
Joey Yap liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Saifol Hussein liked this
khotib1979 liked this
Leong Xin Yi liked this
Leong Xin Yi liked this
rapunzel777 liked this
Chee Yuin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->