Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
134Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Seni Ukir Islam

Seni Ukir Islam

Ratings:

4.86

(56)
|Views: 66,877|Likes:
Published by onemahmud
Kesenian Islam yang dilihat dari sudut seni ukir.
Kesenian Islam yang dilihat dari sudut seni ukir.

More info:

Published by: onemahmud on May 01, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

02/23/2014

pdf

text

original

 
1.0PENDAHULUAN
Zaman keemasan kesenian Islam bermula pada 750 apabila seni tembikar, kaca, senilogam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati dan lukisan potret kenik  berkembang maju di Parsi. Secara umumnya para ulama membahagikan seni rupa kepadadua iaitu seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan seni rupa yang yang tidak mempunyai imej dan bentuk. Seni rupa yang mempunyai bentuk ialah apa yang diperbuatdaripada tembaga, batu, besi dan sebagainya. Manakala seni rupa yang tidak mempunyaiimej dan bentuk pula sesuatu yang dilukis diatas kertas, dinding-dinding, lantai-lantai,bantal-bantal dan sebagainya.Seni ukir Islam terdiri dari pelbagai cabang seperti seni bina, seni khat dan senilukis. Seni ukir berkembang seiring dengan seni-seni yang lain sehingga kini. Ada pendapat mengatakan seni khat dan seni ukir tidak berbeza kerana kemasyuran seni khatatau kaligrafi juga merupakan hasil kemajuan seni ukirnya. Perkembangan seni ukirnya berjalan seiring dengan perkembangan seni-seni lain terutama seni bina Islam. Ini kerana bangunan dan binaan-binaan tersebut biasanya dihiasi dengan ukiran yang bertujuanuntuk mengindahkan dan menampakkan keunggulan.Kertas kerja ini akan memberi tumpuan kepada seni ukiran pada zaman Islam.Dalam kertas kerja ini juga akan dikupas mengenai seni ukir yang ada pada zamankerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, Umaiyyah di Andalus, kerajaan Fatimiyyah,kerajaan Uthmaniah, kerajaan Mughal dan Tanah Melayu. Semoga kertas kerja ini akanmemberi manfaat kepada kita semua.1
 
2.0SEJARAH KEMUNCULAN SENI UKIR ISLAM
Seni ukir Islam memulai sejarah kemunculan di Tanah Arab diikuti Parsi, Turki, India dannegeri-negeri Tanah Melayu. Bangsa Arab merupakan bangsa yang mula-mula memeluk Islam dan kerana merekalah seni ukir bermula. Kehebatan mereka sebagai pengukir danahli pertukangan telah terbukti sejak sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAWlagi(Norashikin Mhd Bani 2002).Sebagai contohya, masyarakat Saba’ di Yaman sudah mempunyai ahli-ahli yangmahir dalam bidang ukiran dan pertukangan. Terdapat banyak bukti yang menunjukkanseni ukir dan seni bina sudah berkembang pada zaman tersebut menerusi peninggalanruntuhan-runtuhan bangunan termasuk bangunan empayar Ma’rib. Antara yang ditemuiialah ukiran batu kaum Saba’ yang menunjukkan Puteri Saba’ iaitu Puteri Balqis. Turutditemui ialah beberapa kesan pertukangan tangan seperti alat-alat rumah, kerusi, lampudan sebagainya(Norashikin Mhd Bani 2002).
3.0CIRI-CIRI SENI UKIR ISLAM
Keindahan seni ukir Islam sebenarnya berdasarkan kepada ciri-ciri tersendiri dan unik.Seni ukir Islam mempunyai ciri yang berbeza dengan seni ukir bangsa lain. Seni ukir dalam Tamadun Islam perlu dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yangmencerminkan kemahiran dan kehalusan budi sesuatu kaum(Norashikin Mhd Bani 2002).Antara ciri seni ukir Islam ialah seni yang berpandukan kepada akidah dan akhlak.Satu garis panduan mengenainya telah dicetus iaitu bertujuan untuk mendapatkankeredhaan Allah S.W.T. Ukiran yang dihasilkan mengandungi nilai-nilai murni yangmelambangkan akhlak ataupun ia berbentuk 
neutral 
yakni bebas dari nilai-nilai negatif.Konsep penting dalam penghasilan seni ukir Islam kerana ia akan membangkitkan perasaan, damai dan merendahkan diri ke hadrat Ilahi. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar bagi seni ukir Islam. Namun dengan perkembangan bentuk 2
 
 penggunaan corak, warna dan rekabentuk yang diperbuat berdasarkan ajaran al-Quran(Norashikin Mhd Bani 2002).Seni ukir Islam mestilah tertakluk kepada Syariat. Contohnya seni ukir Islam tidak  boleh menyerupai unsur-unsur haiwan dan manusia ataupun makhluk bernyawa. Perkaraini berbeza dengan seni ukir Parsi yang banyak menghasilkan ukiran yang menyerupaihaiwan dan manusia. Manakala ukiran pada tembikar dan gangsa turut bercampur aduk dengan motif-motif kaligrafi dan arabes(Norashikin Mhd Bani 2002).
4.0KONSEP SENI UKI
Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan komposisi cara pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif ukiran. Padaumumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri yang bermotifkan sepertidaun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalam seni ukir Islam kelihatan paduan yanghormani antara rasa dan akal yang kelihatan pada ukiran kayu, batu, tembaga, besi dansebagainya(Abdul Ghani Samsudin et al 2001).Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatukeistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan Islam. Olehitu, seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi kesan lain yang lebihmendalam dan bererti iaitu kesan keindahan yang mendekatkan kepada peri manusia danrasa ketuhanan. Justeru ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin denagn keindahanayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia(Abdul Ghani Samsudin et al 2001).Seni ukir juga dinamakan seni pahat merangkumi apa sahaja yang dipahat atauyang di ukir, samada yang berbentuk patung-patung manusia, binatang atau apa sahajayang sifatnya berlembaga, samada ukirannya pada dinding-dinding rumah dansebagainya(Abdul Ghani Samsudin et.al 2001).3

Activity (134)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Amyrul Farhan liked this
Mioww UDin liked this
Septi Nurdiyanti liked this
Hilyatun Nisa' liked this
syamrul nizam liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->