You are on page 1of 4

Teks Ucapan Pengerusi Majlis Hari 1

PROGRAM HIV/AIDS PLKN KEM SYRUZ

 Yang Berbahagia Mejar Jaffari B. Abdul Malik.


Komanden Kem Latihat Khidmat Negara Kem Syruz.

 Yang Berbahagia Dr Naimah Binti …………………… (KIV)


………………………………………………….

 Yang Dihormati Kapten Tanang Anak Nyampah


Timbalan Komanden Pengurusan, Kem Latihat Khidmat
Negara Kem Syruz.

 Yang Dihormati Encik Zainuddin Bin Haji Kamaruzzaman


Timbalan Komanden Latihan, Kem Latihat Khidmat Negara
Kem Syruz.

 …………………………………………………………………
…………………………………………………………………

 ………………………………………………………………….
.....................................................................................................

 Ketua- ketua unit.

 Ketua-ketua Jurulatih

 Jurulatih-jurulatih.

Serta

 Wira dan Wirawati, Kem Latihat Khidmat Negara Kem Syruz Sekelian.

ASSALAMUALAIKUM w.b.t…Dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita kehidrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izin nya dapat kita
bersama-sama berada dalam majlis ini.

Adat Melayu Bersantun dan Bersopan,


Setiap Tetamu Dihargai dan Diraikan,
Dibuka Pintu Segan Dilupakan,

Protokol™
Teks Ucapan Pengerusi Majlis Hari 1
Selamat Datang kami Ucapkan.

2 march menjadi kenangan,


Kita berkumpul memori dicatatkan,
Majlis HIV/AIDS kami persembahkan,
Restu dipohon semoga disempurnakan.

Sebelum madah kami hulurkan, sebelum kata kami bicarakan, ada moleknya jika kita
mulakan majlis dengan memohon restu illahi untuk mendapatkan keberkatan dan inayah-
Nya yang Esa. Dengan itu, segala hormatnya majlis menjemput Saudara Muhammad
Ariff Bin Abdul Rahman untuk mengetuai pembacaan doa..

Amin yaa rabbal alaamin…


Terima kasih buat saudara Muhammad Ariff Bin Abdul Rahman atas bacaan doa itu tadi..

Hadirin yang dimuliakan,

Tanpa melengahkan masa, dengan hormatnya majlis mempersilakan Yang


Berbahagia Dr. Naimah.................................................................................
.......................................................................................... (KIV)
untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dr Naimah.......................... (KIV).

Tanpa melengahkan masa, dengan hormatnya majlis mempersilakan Yang


Berusaha, En Mohd Farid Bin Abu Bakar, Wakil Pelatih, Pusat Latihan
Klinikal PPKP Bukit Mertajam untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima Kasih di ucapkan kepada En Mohd Farid Bin Abu Bakar atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, inilah saat yang kita nanti-nantikan. Saat kata keramat perasmian bakal
terungkap.
Maka dengan itu, dengan penuh rasa bangganya, majlis dengan berbesar hati
mempersilakan:

Yang Berbahagia Mejar Jaffari B. Abdul Malik,


Komanden Kem Latihat Khidmat Negara Kem Syruz.

bagi menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Program............................


............................................................................................................................. (KIV)

Protokol™
Teks Ucapan Pengerusi Majlis Hari 1

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Mejar


Jaffari B. Abdul Malik, Komanden Kem Latihat Khidmat Negara Kem Syruz di atas
ucapan perasmian sebentar tadi..

Hadirin Sekalian.

Majlis dengan ini akan diteruskan untuk sesi ceramah pertama.


Untuk itu. dipersilakan penceramah pertama pada hari ini Saudara Mohd Firdaus Bin Md
Alid bagi menyampaikan ceramah berkaitan HIV dan AIDS. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan..

Terima kasih kepada saudara Mohd Firdaus Md Alid atas ceramah beliau sebentar tadi.
Banyak input yang telah diketengahkan oleh beliau dan diharapkan mesej yang cuba
disampaikan oleh beliau dapat diterima oleh semua..

Seterusnya.

Majlis ini akan diteruskan untuk sesi ceramah kedua.


Dengan ini dipersilakan penceramah kedua untuk hari ini iaitu saudara Ariff Sham bin
Ahmad bagi menyampaikan ceramah berkaitan STD (sexual Transmited Disease),
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih atas ceramah itu tadi. Diharapkan agar kita dapat mempelajari sesuatu dari
apa yang kita telah dengar sepanjang ceramah itu tadi.

Selepas ini, majlis akan dihentikan seketika untuk minum pagi

Kita bersua kembali..


Majlis selepas ini akan diteruskan untuk sesi ceramah yang ketiga..
Untuk itu,dipersilakan ……………………………….. (KIV) untuk menyampaikan
ceramah berkaitan denggi…

Terima kasih kepada…………………………………… (KIV) atas ceramah itu tadi.


Semoga semua mengambil perhatian atas apa yang telah disampaikan.

Seterusnya saya akan menyerahkan majlis kepada En Idzuan Bin Somad untuk aktiviti
seterusnya.

Protokol™
Teks Ucapan Pengerusi Majlis Hari 1

Protokol™

You might also like