Sehingga ke hari ini, orang-orang arab di Hijaz mengakui bahawa muzik arabyang terbaik dan sebenar ialah berasal dari Yaman kerana Hadrami Mintrels seorang artisterkenal yang juga berasal dari Yaman.Di ‘ukaz iaitu salah sebuah negeri di Hijaz, ramai penyajak-penyajak danseniman-seniman yang mengembara keseluruh pelusuk semenanjung arab untuk mencariilmu pengetahuan dalam bidang kesenian. Disini juga terdapat bacaan dan nyanyiandaripada mu’allaqat yang terkenal. Pada zaman Banu ‘Amaliq, seniwati-seniwati legendatelah dipanggil semula bagi memeriahkan lagi bidang kesenian pada ketika itu.Ahli muzik dari al-Hijaz didapati berkebolehan dalam pelbagai bidang. Antaraalat-alat muzik yang digunakan adalah seperti mizhar, mi’zafa (alat muzik bertali),qussaba (seruling), mizmar dan duff (rebana).Ramai yang mendakwa bahawa al-Hijaz merupakan pusat kepada perkembanganmuzik. Seorang pengarang iaitu ‘Iqd al-Farid mengatakan bahawa muzik banyak memberi kesan kepada rakyat di Madinah, Thaif, Khaibar, Wadi al-Qura dan sebagainya.Al-Hira merupakan salah satu lagi pusat kebudayaan yang terpenting. Walaupundalam kejatuhan Bandar Babylon, Mesopotamia masih lagi aktif dalam bidang kesenian.Ini kerana diantara seniman-senimannya seperti Chaldaeans, Aramaeans dan Jews yangmasih lagi aktif dengan kebudayaan bangsa arab. Di al-Hira juga seorang raja parsi iaituBahram Ghur telah dihantar sebagai putera raja untuk dididik dan mendalami tentangkesenian dan kebudayaan. Di sini, dia telah diajar muzik yang terkenal dikalangan orangarab. Apabila dia menaiki tahta, perkara pertama yang dilakukannya ialah meningkatkantaraf ahli muzik di mahkamah parsi. Al-Tabari menyatakan bahawa pada akhir zaman pemerintahan raja Lakhmid di al-Hira iaitu al-Nu’man III, yang mempunyai kelebihandan minat yang luar biasa dalam bidang muzik.Kebudayaan arab pada umumnya telah banyak mempengaruhi al-Hira. Sepertiyang diketahui bahawa al-Hira merupakan pusat kepada perkembangan puisi. Dinyatakan