Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.ii. Bentuk Tarikat.Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur.Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asalatau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti TarikatZikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepadadukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurundan sebagainya.Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.
CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT.
Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat ia didasarkan kepada:-I. Menyentuh akidah: Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaanyang bertentangan dengan akidah Islam adalah dikira sesat.Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi Dan RasulDalam sesuatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau pengakuan dari murid atau pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabidan Rasul atau wakil Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesatdan tidak benar.Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:Tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-NabiII. Menyentuh amalan: Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adatistiadat yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat.Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan hajisebagaimanayang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya.Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir ituadalah kulit sahaja. Bagi orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi padfa menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan alhamdu sahajakerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib danIsyak.Ada juga menolak kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-a) Mereka sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah. b) Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan