You are on page 1of 10

1

Nurul Huda Binti Hashim (A106271)

1.0 Religion, Art, and Visual Culture: A Cross- Cultural Reader

Penulis : S. Brent Plate

Penulis menyentuh mengenai agama, kesenian dan kebudayaan visual serta


keseluruhannya dan beliau berpendapat ia merupakan pengajian keilmuan terkini dalam
bidang kesenian, agama, budaya visual dan pengajian kebudayaan. Buku ini menekankan
tentang dunia agama melalui manusia, yang membawa pendekatan dengan kaedah
melihat. Penulisannya adalah di antara spesifikasi subjek visual (melukis, lanskap taman,
seni kaligrafi, seni bina, dan media masa kini) dan teori ini releven dengan agama dan
kemanusiaan hari ini. Keseluruhannya merangkumi pandangan kesenian mengenai Jesus
Christ dan hubungannya dengan perkataan dan imej dalam Islam dan gambaran di India.
2

2.0 Glass of the Sultans (Metropolitan Museum of Art Series)

Penulis : Stefano Carboni & David Whitehouse

Pembuatan gelas dalam Islam bukan sahaja menggunakan teknik yang mengagumkan dan
inovasi yang tersendiri, malah juga menggunakan banyak kaedah antik daripada kesenian
Rom, membawa mereka kepada abad yang kemudian kepada Venetian dan Eropah yang
lain. Buku ini juga merupakan buku yang pengajiannya begitu komprehensif mengenai
kesenian. Buku ini juga menampilkan pelbagai objek gelas pelbagai koleksi dari seluruh
dunia- daripada bekas minyak wangi, bekas dakwat dari abad ketujuh hingga sembilan
belas. Juga kesenian yang rata-rata dari pusat kesenian di dalam dunia Islam.

Lima essei pengenalan yang merangkumi keseluruhan subjek termasuklah sejarah


latar belakang, arkeologi, isu-isu kesenian, sains dan teknologi. Penulis juga ada
membincangkan 150 kerja utama kesenian Islam, yang dikelaskan kepada teknik, jenis,
3

dekorasi yang mana masing-masing penuh dengan ilustrasi yang mempunyai pelbagai
variasi warna.

3.0 Islamic Aesthetics: An Introduction

Penulis : Oliver Leaman

Hal ini selalu diperdebatkan bahawa ianya sangat istimewa apabila disedari tentang
terciptanya kesenian Islam, kesenian Islam adalah sangat berbeza daripada kesenian yang
lain ini kerana mereka tidak dibenarkan untuk melakarkan kejadian manusia di dalam
kesenian dan kaligrafi. Oliver Leaman telah mencabar idea ini dengan memperdebatkan
bahawa itu semua adalah tanggapan yang salah. Beliau juga mencadangkan bahawa
kriteria yang kita seharusnya aplikasikan dalam kesenian Islam adalah mengenal kriteria
yang boleh diaplikasikan di dalam kesenian yang umum.
Leaman juga mengkritik bahawa pengaruh sufi kepada Islam adalah kesilapan
mengatur berkenaan keaslian Islam dan ekspressi artistik. Beliau juga turut
membincangkan isu-isu lukisan, kaligrafi, seni binaan, taman, kesenian bahasa, filem dan
muzik.
4

4.0 Ink And Gold: Islamic Calligraphy

Penulis : Marcus Fraser

Dakwat dan emas adalah kemajuan Kalifgrafi Islam sejak ribuan tahun yang lalu. Sejak ia
bermula di Semenanjung Arab ia telah memberikan status Quran kalam Allah. Kesenian
pena telah bermula apabila fokus kepada kuasa essei yang luar biasa kerana telah sampai
ke pusat kaligrafi Islam dari Utara Afrika hingga ke Asia yang banyak memfokuskan
tentang pencapaian kaligrafi Islam pada era Abbasiyah (749-258), Seljuk (1055-1243),
Ilkhanid (1256-1357), Kerajaan Mughal (1526-1857). Semuanya begitu bangga dengan
kesenian kaligrafi yang dipercayai mistik dan kerja saintifik,
5

5.0 Traces of the Calligrapher: Islamic Calligraphy in Practice, c. 1600-1900


(Museum of Fine Arts)

Penulis : David J. Roxburgh & Mary McWilliams

Dalam kesenian Islam, kesenian kaligrafi telah lama bertapak dalam bidang seni. Tulisan
yang cantik ini dipraktikkan dan diekspressikan di antara keseluruhan kesenian. Buku
Traces of the Calligrapher ini menyampaikan seni persembahan kaligrafi dari sejak awal
kesenian Islam. Ia juga membawa simbol dan lambang – yang mana melambangkan diri
mereka bagaimana diekspressikan.

Buku ini juga kaya dengan ilustrasi dan merupakan buku yang persembahannya
sangat menarik. Buku ini mempersembahkan hasil kaligrafi dari abad ke-17 hingga 19.
Turut dimuatkan juga, koleksi peribadi. Ada juga pen yang digunakan, kotak pen, meja,
6

kertas untuk menulis, pisau, pembukuan, rekaan juga turut dimuatkan hasil kerja kaligrafi
yang digunakan untuk kerja kerja formal, hiasan dinding, dan manuskrip.

6.0 Early Islamic Pottery--Materials and Techniques

Penulis : Anne-Marie Bernsted

Buku yang mempunyai 102 muka surat ini memberi informasi tentang seni tembikar dan
seramik pada awal Islam yang memaparkan teknik seramik serta pembuatannya.
7

7.0 Islamic Art and Culture: A Visual History (Hardcover)

Penulis : Nasser D.Khalili

Buku ini adalah hasil karya Nasser Khalili, yang menulis tentang sejarah kesenian Islam
secara kompleks, tentang maklumat keindahan kesenian dan lain-lain. Beliau juga
menerokai banyak tentang kesenian tembikar seramik, kaca dan batu kristal, perhiasan,
karpet dan tekstil. Selain itu, beliau turut memuatkan kesenian kaligrafi al-Quran, wang
syiling, instrumen saintifik, dan juga warna ilustrasi, Beliau juga ada memaparkan
bagaimana menentukan arah kiblat, arah terletaknya Mekah yang mana sebagai arah umat
Islam untuk mengerjakan solat. Selain itu buku ini juga turut memberi informasi tentang
senjata yang umat Islam gunakan untuk mempertahankan diri. Adalah sukar untuk
mengetahui seni kebudayaan bangsa lain tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang
agama, sejarah serta kesenian mereka
8

Buku ini juga menceritakan tentang hasil kesenian yang ditemui dalam dunia
Islam. Dari Spanyol hingga Indonesia, Utara Afrika hingga ke China, dan lebih dari 50
negara Islam. Kesenian Islam telah membuktikan kepada pembaca bahawa kesenian
Islam adalah suatu kesenian yang begitu unik
8.0 Raqqa Revisited: Ceramics of Ayyubid Syria (Metropolitan Museum of Art
Series) (Hardcover)

Penulis : Marilyn Jenkins-Madina

Raqqa, di Syria Islam mula bertapak pada akhir kurun ke 8 iaitu semasa pemerintahan
Khalifah yang terkenal iaitu Khalifah Harun al-Rasyid. Pengalaman beliau yang begitu
mendadak hebat pada akhir abad ke 12 dan 13 iaitu Ayybiyah dan Zanggi. Dengan
peneribitan Hikyat 1001 malam yang memaparkan karekter Harun al-Rasyid. Dalam
masa yang sama, seni tembikar dikaitkan dengan lagenda khalifah yang ditemukan di
Raqqa.

Namun apa yang penting, penulis telah menceritakan perjalanan dramatik


mengenai seramik yang ditemui di Raqqa, dan bilik yang dihiasi dengan begitu cantik.
Dengan menggunakan kaedah fakta sejarah, arkib dan dokumen, serta data saintifik.
9

Penulis juga meyakinkan dengan adanya tarikh, tempat yang menarik serta sejarah yang
begitu jelas untuk menjadi rujukan kita.

9.0 Medieval Art (Icon Editions)

Penulis : Marilyn Stokstad

Buku ini merupakan kajian mengenai ribuan tahun yang lampau kesenian barat dan seni
bina mereka. Selain memperkenalkan sejarah yang luar biasa mengenai geografi, penulis
juga turut mengulas isu sosial, agama politik dan hasil intelektual serta pelbagai budaya.
10

You might also like