Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
54Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
demokrasi berparlimen

demokrasi berparlimen

Ratings: (0)|Views: 2,498 |Likes:
Published by f6smkpn8668

More info:

Published by: f6smkpn8668 on Mar 02, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/24/2013

pdf

text

original

 
Kuliah 6
 
DEMOKRASI BERPARLIMEN
 
Pengenalan
 Bagi rakyat, Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara.Rakyat sendiri terlibat secara langsung dalam memilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyatmenerusi satu pilihan raya umum. Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskankepada prinsip demokrasi. 
Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya?
 Menurut D. Robertson (1993), secara amnya Parlimen merupakan satu perhimpunan perundingan (consultive assembly). KebanyakanParlimen hari inimempunyai ahli yangdipilih dengan tugas meneliti, mengawal dan adakalanyamemilih kuasaeksekutif. Parlimenini berfungsi membuat undang-undang/akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaanawam/kerajaan.Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu.Pilihanraya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Prosedur mengundi adalahrahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruhdunia. Pilihan raya merupakan salah satu kaedah daripada berbaga-bagai cara pemilihan, dania menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke-20.Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang.Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilihdan kumpulan pemilihnya.
Demokrasi Berparlimen
 Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Perjalanan demokrasi berparlimen ini agak lambat dan membebankankerajaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat.Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Kerajaan yang berlandaskan demokrasi berparlimen akan terus kekal diterajui oleh pemimpin yang dipilih dan didukung oleh rakyat.
Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia.
 Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinyadalam tahun 1909, apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan, iaitu baginegeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).
 
Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Bentuk asal majlis inidikekalkan, tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakilyang dilantik dari berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British.Pada 1 Februari 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli(Member System). Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yangmngetuainya bersifat sebagai seorang menteri. Ini merupakan satu langkah positif dan iamerupakan satu peralihan pentadbiran yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya.Dalam tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah dipinda. Pindan itudibuat bagi membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan UndanganPersekutuan untuk menambah keahlian Dewan tersebut. Ahli Dewan Undangan Persekutuantahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52 dipilih dan 46 dilantik. Parlimen sepertimana yangkita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya umum yang diadakan pada 19 Ogos1959.
Struktur dan Keanggotaan Parlimen.
 Struktur Parlimen Malaysia yang wujud pada hari ini adalah seperti yang terkandung di dalamPerlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu dalam Bahagian 4, Perkara 44.Keanggotaan Parlimen pula adalah seperti berikut:
Dewan Negara
 Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalamBahagian 4, Bab 4, Perkara 45.1. Anggota dari setiap negeri2. Anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3. Anggota dari Wilayah Persekutuan Labuan4. Anggota ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan AgongTempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun, dan seorang yang tidak boleh memegang jawatan itu lebih dari dua penggal ( secara berterusan atau cara lain ). Seorang senator mesti berumur 30 tahun ke atas.
Dewan Rakyat
 Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan PersekutuanMalaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46.
Pilihanraya Di Malaysia.
 Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh sebuah suruhanjaya yang dilantik khas. SuruhanjayaPilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan MajlisRaja-Raja. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusidan tiga orang ahli.
 
Suruhanjaya Pilihanraya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election). Perlembagaan Persekutuan Malaysiamenggariskan tiga fungsi penting SPR seperti berikut :a. mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya, b. menjalankan pendaftaran pemilih, danc. menjalankan pilihanraya, samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telahdidaftarkan dalam Daftar Pemilih.Parlimen dan sesebuah Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama lima tahun; dandengan demikian, melainkan jika ia dibubarkan dengan lebih awal, pilihanraya diadakan tiap-tiap lima tahun. Tiap-tiap bahagian pilihanraya memilih seorang ahli (bagi ahli Parlimen danDewan Undangan Negeri), dan tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundisecara undi rahsia.Di Malaysia, sebelum proses pengundian dijalankan, kempen pilihanraya boleh diadakan.Akta Pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya,atau pengundi dalam mana-mana pilihanraya, jika mereka tidak berpuas hati dengankeputusan pilihanraya yang telah dijalankan.
Fungsi dan Kuasa Parlimen
 Antara fungsi Parlimen ialah;a. kuasa perundingan b. mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cuka; danc. meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.
Prosedur Perundangan
 Bagaimana undang-undang di Parlimen dibuat?Mula-mula suatu rang undang-undang (undang-undang dalam bentuk draf dikemukakan diParlimen. Rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara kedua-duaDewan Parlimen, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara.Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuatoleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen dan di Sarawak pula ia dipanggil Ordinan
Keistimewaan Parlimen.
 Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam mana-mana Jawatankuasa, tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun boleh didakwa bagi apa juga diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli

Activity (54)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
himehana liked this
Apple Yap liked this
Soo Ee Cheong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->