You are on page 1of 15

PENERIMA TV

Modul ini memperkenalkan prinsip teori penerima TV warna, mengesan kerosakan dan mengganti komponen
yang rosak dalam penerima TV warna.

OBJEKTIF UMUM

Modul ini membolehkan murid :


 menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna.
 mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan alat ujian yang sesuai.
 membaik pulih kerosakan penerima TV warna.
 mengamalkan langkah-langkah keselamatan.

KANDUNGAN MODUL

8.1 TV warna.
8.2 Pengujian dan keselamatan

UNIT 8.1 TV WARNA

OBJEKTIF KHUSUS

Diakhir unit ini murid akan dapat :


 melakarkan gambarajah blok penerima TV warna.
 menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna
 mengenal pasti litar dan komponen setiap peringkat dalam blok penerima TV warna.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

Selepas mempelajari unit ini, murid boleh mengenal litar dan komponen setiap peringkat dalam penerima TV
warna.

MAKLUMAT

Televisyen adalah satu alat penerima isyarat video dan isyarat audio.

1
Info khas

Sistem Televisyen di Malaysia

PERKARA MAKLUMAT
Lebar jalur setiap saluran 7MHz
Sistem warna PAL B/G
Garis imbasan 625 garisan
Sistem penghantaran VHF (30 MHz – 300 MHz)
UHF (300 MHz – 3000 MHz)
Pemodulatan isyarat pembawa gambar Pemodulatan amplitud (AM)
Pemodulatan isyarat pembawa suara Pemodulatan frekuensi (FM)
Isyarat pembawa IF gambar 38.9MHz
Isyarat pembawa IF bunyi 33.4MHz
Frekuensi IF bunyi 5.5MHz (38.9MHz – 33.4MHz)
Frekuensi kroma untuk isyarat warna 4.43 MHz
Frekuensi ufuk (garis) 15,625Hz
Frekuensi tegak (medan) 50Hz

8.1.1 Rajah blok peringkat-peringkat penerima TV warna.


Rajah 8.1, menunjukkan rajah blok asas penerima TV warna.

Rajah 8.1, Gambarajah blok penerima TV warna

2
8.1.2 Fungsi setiap blok penerima TV warna.

a) Jadual 8.1 menerangkan fungsi setiap blok penerima TV warna.

NO NAMA BLOK FUNGSI BENTUK GELOMBANG KELUARAN


1 Antena Menerima gelombang Gelombang elektromagnetik
elektromagnetik yang
dipancarkan oleh system
pemancar.

2 Penala
A. Penguat RF. A. Memilih satu isyarat dari Pembawa
antena yang dikehendaki dan IF gambar
menguatkannya.
B. Pencampur. B. Menghasilkan frekuensi IF
a) gambar – 38.9MHz Pembawa
b) suara - 33.4MHz IF suara
C. Pengayun C. menjana frekuensi hasil
tempatan jumlah RF + IF suara dan
gambar.

3 Penguat IF video (VIF) Menguatkan isyarat IF


termodulat pembawa gambar Pembawa
(38.9MHz) dan bunyi (33.4MHz) IF gambar

Pembawa
IF suara

4 Pengesan video i. Mengesan isyarat


AM gambar dari pembawa IF Isyarat
dan menghasilkan isyarat video
video rencam. rencam
ii. Menghasilkan sub-
pembawa IF yang baru -
5.5MHz (perbezaan IF Subpembawa
gambar 38.9MHz dan IF suara IF suara
43.4MHz)

5 Kawalan gandaan Mengawal gandaan penguat IF


automatik (KGA) dan RF supaya kekuatan isyarat
suara dan gambar stabil.

6 Penguat IF bunyi Menerima isyarat sub-pembawa


5.5MHz dan menguatkannya. Pembawa IF suara

3
7 Pengesan FM suara Menyahmodulat pembawa FM
dan menghasilkan isyarat audio
Isyarat audio

8 Penguat frekuensi audio Menguatkan isyarat audio untuk


memacu pembesar suara. Isyarat audio

9 Pembesar suara Menukar isyarat audio kepada


tenaga bunyi.

10 Pemisah segerak Memisahkan denyut-denyut


segerak ufuk dan tegak dari Denyut
isyarat video rencam. Dua jenis segerak
litar penapis pada keluaran
pemisah segerak :
a) Litar pengamir – penapis
lulus rendah, meluluskan
frekuensi tegak 50Hz.
b) Litar pembeza – penapis
lulus tinggi untuk peringkat
pengayun ufuk 15,625Hz.

11 Pengayun tegak Menjana frekuensi 50Hz yang


berbentuk gelombang gerigi. Gelombang
gerigi
12 Penguat tegak Menguatkan isyarat pengayun
tegak untuk gegelung pesongan Gelombang
tegak. gerigi

13 Kawalan frekuensi Mengawal frekuensi ufuk


automatic (AFC) 15,625Hz

14 Pengayun ufuk Menjana gelombang gerigi


15,625Hz

15 Penguat ufuk Menguatkan isyarat dari


pengayun ufuk

16 Voltan amat tinggi Membekalkan voltan amat


tinggi untuk penghasilan raster. Voltan DC dalam kV

17 Gegelung kuk ufuk dan Memesongkan alur electron kiri


tegak. kekanan dengan kadar
15,625Hz dan atas ke bawah
dengan kadar 50Hz pada tiub
gambar.

4
18 Anod tiub gambar Menerima voltan amat tinggi Voltan DC
dari bekalan voltan amat tinggi.

19 Tiub gambar warna Menghasilkan gambar warna

20 Bekalan kuasa rendah Membekalkan voltan DC


kepada semua peringkat.

21 Penguat lar (Y) Menguatkan isyarat lar tanpa


isyarat kroma (warna) Isyarat video
4.43MHz. rencam (lar)

22 Penyahkod warna Menerima isyarat lar (Y) dan


kroma serta mengasingkan Merah (R)
isyarat itu kepada isyarat merah
(R), hijau (G) dan biru (B). Hijau (G)
Isyarat ini dikuatkan secara
berasingan. Biru (B)
Penyahkod warna mengandungi
peringkat :
i. penguat keroma
ii. matriks

23 Penguat pemacu merah Menguatkan isyarat merah

24 Penguat pemacu hijau Menguatkan isyarat hijau

25 Penguat pemacu biru Menguatkan isyarat biru.

26 Gelang penumpuan Menumpukan alur-alur elektron


pada bintik-bintik fosfor yang
berkenaan sahaja di layer tiub
gambar.

27 Gelang ketulenan Melaras ketiga-tiga alur


electron supaya jarak antara
ketiga-tiganya sejajar.

Info khas Info khas


Raster adalah cahaya yang terhasil pada layer
Kroma ialah maklumat gambar warna tiub gambar, dengan adanya alur electron
yang depesongkan dari kiri ke kanan dan dari
Isyarat lar (Y) ialah maklumat gambar atas ke bawah pada skrin tiub gambar.
monokrom (hitam-putih)

5
Info khas

Penguat kroma : menguatkan isyarat warna.


Matriks : menghasilkan warna merah, hijau
dan biru untuk memacu senapang electron
pada tiub gambar

b) Mengenal pasti litar dan komponen utama setiap peringkat. Gambar foto 8.1 menunjukkan
sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna:
i. Bahagian penala.
ii. Bahagian IF video.
iii. Penguat video
iv. Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Pembesar
suara

Lain-lain
bahagian :
IF
Video
Warna

Bahagian Bahagian bekalan


Bahagian penala pesongan ufuk kuasa voltan rendah
dan tegak

Gambar foto 8.1 : Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.

v. Bahagian Audio
 Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada peringkat dimana ianya disambung
ke pembesar suara.

vi. Bahagian warna

Gambar foto 8.2 menunjukkan papan tercetak peringkat penguat pemacu RGB.

6
Papan litar
tercetak
pemacu RGB

Gambar foto 8.2 : Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)

vii. Bahagian pesongan


 Gambar foto 8.3 menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan voltan tinggi

 Gambar foto 8.4 menunjukkan gegelung


Anod tiub gambarpesongan ufuk dan tegak yang berfungsi untuk
memesongkan alor electron ke kiri dan ke kanan seta dari atas ke bawah untuk
menghasilkan raster yang penuh pada layer tiub gambar

Pengubah voltan
tinggi

Pelaras skrin

Pelaras fokus

Gambar foto 8.3 : Bahagian ufuk dan voltan tinggi

Gegelung
dening

Gambar foto 8.4 : Gelung pesongan (gegelung dening)

7
UNIT 8.2 PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

OBJEKTIF KHUSUS

Selepas mempelajari unit ini, murid dapat :

1. Mengukur setiap kaki IC dan transistor menggunakan meter pelbagai dan osiloskop.
2. Melakar bentuk gelombang.
3. Mengesan kerosakan penerima TV warna dengan menggunakan:
a. Meter pelbagai
b. Osiloskop
c. Penjana isyarat audio
d. Penjana isyarat RF
4. Mengamalkan langkah keselamatan.

PENCAPAIAN KOMPETENSI

Selepas mempelajari unit ini, murid boleh menguji, mengesan, menentukan jenis dan membaik pulih kerosakan
penerima TV warna.

MAKLUMAT

8.2.1 Mengesan kerosakan

Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang jelas bermutu dan baik. Alat uji yang
digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan adalah seperti berikut:
i. Penjana corak ujian
ii. Penjana isyarat audio
iii. Penjana isyarat RF
iv. Osiloskop
v. Meter pelbagai

Info khas

 Tiga warna utama :


i. Merah
ii. Hijau
iii. Biru
 Hasil percampuran warna utama :
i. biru + hijau = sian
ii. biru + merah = magenta
iii. hijau + merah = kuning
iv. merah + hijau + biru = putih

8
Gambar foto 8.5 menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan mengesan kerosakan.

Gambar foto 8.5 : Alat uji

Langkah-langkah mengesan kerosakan

1. Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak ujian bar warna dari penjana
isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna.
2. Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual 8.6.
3. Gunakan alat uji yang sesuai untuk mengesan kerosakan:
i. Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyuntik isyarat menggunakan penjana isyarat untuk
menentukan peringkat rosak.
ii. Mengukur voltan pada setiap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada peringkat yang telah
dikesan rosak.
iii. Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis kerosakannya.

9
Jadual 8.6

KESAN
BIL Peringkat yang dijangka rosak
Pembesar suara Tiub gambar
1 Tiada suara Gambar normal Penguat frekuensi audio
2 Suara normal Gambar tiada warna Penyahkod warna , matriks
3 Suara normal Gambar tiada warna hijau Penguat warna hijau
4 Suara normal Gambar tiada warna biru Penguat warna biru
5 Suara normal Gambar tiada warna meah Penguat warna merah
6 Suara normal Gambar gelap, ada raster Penguat lar
7 Suara normal Gambar bergulung (gambar Pengayun tegak
bergerak ke atas / ke bawah) rujuk
Rajah.2(a)
8 Suara normal Raster satu garisan mengufuk Penguat tegak, gelung pesongan tegak
Rajah 8.2(c)
9 Suara normal Gambar berkoyak Pengayun ufuk, KFA (frekuensi ufuk tak
Rajah 8.2(b) stabil)
10 Suara normal Gambar berkoyak dan bergulung Pemisah segerak
11 Tiada suara Tiada raster Bekalan kuasa voltan rendah, penguat
ufuk, pengayun ufuk.
12 Suara normal Tiada raster Bekalan kuasa ke pemanas tiub gambar
12 Bunyi desiran Gambar bersalji Penguat IF video, pengesan video
Rajah 8.2 (d)

b)

a) Gambar bergulung ke aatas atau ke bawah b) Gambar berkoyak

c) Raster satu garisan ufuk d) Gambar bersalji

Rajah 8.2

10
8.2.2 Langkah-langkah keselamatan

i. Prosedur keselamatan

ii. Keselamatan diri

Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa melakukan kerja
boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian dengan mematuhi peraturan
keselamatan dengan betul amatlah penting demi untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :
 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas
- Tidak memakai tali leher
 Sikap
- Sentiasa mematuhi arahan
- Merancang aktiviti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan

iii. Keselamatan alat


a Sebelum melakukan aktiviti, pastikan :

i. Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.


ii. Peralatan ujian dalam keadaan baik.
iii. Peralatan tangan dalam keadaan baik.

b Semasa melakukan aktiviti, pastikan :

i. Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.


ii. Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari
tersentuh.
iii. Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.
iv. Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat
pengukuran voltan dc.
v. Voltan bekalan radio dimatikan apabila membuat pengukuran rintangan.

c Selepas melakukan aktiviti, pastikan :

i. Alat ujian berfungsi dengan sempurna.


ii. Matikan bekalan kuasa.
iii. Peralatan disusun dengan kemas.
iv. Keadaan tempat kerja kemas.

11
d. TV adalah salah satu alatan elektronik yang tidak mempunyai sambungan bumi dan
casis TV juga adalah ‘hidup’ (live), pengubah pemencil perlulah digunakan untuk
mengelakkan dari litar pintas ketika menggunakan alat uji.
e. Gunakan kuar voltan tinggi (kV) apabila mengukur voltan anod tiub gambar. Pastikan
anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat pengukuran voltan
tinggi.

v. Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada semasa kerja
mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu kerosakan itu.

12
LATIHAN.

Jawab semua soalan

1. Rajah 8.3 menunjukkan gambarajah blok penerima TV warna. Namakan blok yang bertanda :
a) Blok 3 :
__________________________________________________________________________________

b) Blok 11 :
__________________________________________________________________________________

c) Blok 17 :
__________________________________________________________________________________

Rajah 8. 3

2. Nyatakan fungsi blok :

a) KFA :
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

b) Penyahkod warna:

13
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

c) Pengesan video:
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

3. Namakan blok berikut pada rajah 8.3, nyatakan kesan kepada pembesar suara dan tiub gambar jika berlaku
kerosakan :
i. Blok 12 : ________________________________________________________________________
Kesan pada pembesar suara : _________________________________________________________
Kesan pada tiub gambar : _________________________________________________________

ii. Blok 9 : _________________________________________________________________________


Kesan pada pembesar suara : _________________________________________________________
Kesan pada tiub gambar : _________________________________________________________

iii. Blok 16 : ________________________________________________________________________


Kesan pada pembesar suara : _________________________________________________________
Kesan pada tiub gambar : _________________________________________________________

4. Nyatakan kesan kepada TV jika kawalan gandaan automatik (KGA) tidak berfungsi.
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________

GLOSARI

Kawalan frekuensi automatic (KFA) – supaya pengayun ufuk dapat berkendali pada frekuensi
15,625Hz.
PAL - Phase Alternation by Line iaitu satu sistem piawaian TV warna.
VHF - Frekuensi sangat tinggi (Very high frequency); 30MHz – 300MHz
UHF - Frekuensi ultratinggi (Ultra high frequency); 300MHz – 3,000MHz
LAR - Luminance – menunjukkan keamatan cahaya atau kecerahan dalam
maklumat warna dan monokrom. Maklumat Lar adalah didalam
isyarat Y.

Rujukan:

BASIC TELEVISION Principles and Servicing


Fourth Edition 1975
International student edition
Bernard Grob

14
McGraw-Hill Kogakusha, Ltd.

TEKNOLOGI TELEVISYEN
Md. Nasir Abd. Manan
Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur
2002

Teknologi Elektronik
Tingkatan 5
Tan Hock Ghee
Longman Malaysia

15

You might also like