You are on page 1of 10

GANGSTERISME

PENGENALAN

Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Pelbagai gejala sosial telah melanda

masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali, baik yang dilakukan oleh

remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar

merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan

dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Media massa seringkali

menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah

dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka ini. Melihat kepada masalah sosial dan

perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita.

Pada peringkat pelajar dan remaja, seseorang individu mengalami perubahan yang amat

pesat sekali, sama ada dari segi fizikal, emosi mahupun sosial. Pada masa inilah para

remaja mula terdedah kepada alam luas di luar rumah, malah persekitaran ini sudah

merupakan rumah kedua kepada mereka. Remaja juga belajar banyak perkara yang tidak

semuanya datang dari ibu bapa tetapi kebanyakannya daripada persekitaran sosial yang

mana ia membesar. Pada tempoh inilah para remaja mula mengubah tingkah laku, sikap,

dan nilai, malahan seluruh cara hidup daripada alam kanak-kanak kepada alam yang

lebih matang dan dewasa. Mereka bukan sekadar nakal dengan menghisap rokok,

bergaduh sesama sendiri atau berkelakuan tidak senonoh malah gejala seperti membuang

bayi, ponteng sekolah, lari dari rumah, seks bebas serta serta lagi melepak tidak

memeranjatkan kita. Mereka kini sudah berani melakukan perbuatan jenayah berat seperti
menganggotai kumpulan samseng seperti gengsterisme, membunuh, samun tanpa senjata

api mahupun dengan senjata api, merogol, pelacuran, judi, vandalism, penyalahgunaan

dadah , minum minuman keras, terbabit dengan video lucah dan sebagainya. Keadaan

seperti ini bukan sahaja berlaku disekolah bandar dan di pinggiran bandar, malah

disekolah luar bandar.

Gejala samseng atau gengsterisme di sekolah menengah di seluruh negara juga semakin

membimbangkan. Mereka ternyata semakin berani mencabar undang-undang dan tidak

takut untuk melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.

Kementerian Pendidikan dengan kerjasama polis telah mengenalpasti pelajar di 456

sekolah menengah di seluruh negara terdedah kepada kegiatan samseng. Angka ini bukan

sedikit dan menunjukkan gejala ini berada pada tahap membimbangkan.

Kumpulan ala samseng ini terdapat di sekolah menengah biasa dan berasrama. Kumpulan

ini mempunyai tanda pengenalan seperti di dagu (hakko), tatoo, telinga bertindik (lelaki),

kepala botak, logo pada beg sekolah dan banyak lagi.

FAKTOR-FAKTOR

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya gejala-gejala tersebut seperti

masalah keluarga, sekolah, persekitaran, media massa, siber dan hiburan, masalah

ekonomi,pengaruh rakan sebaya,masalah kakitangan sekolah dan masalah PIBG

1. Pengaruh hiburan, media massa dan siber: Hiburan memang menyeronokkan.

Naluri pelajar memerlukan lebih hiburan. Hiburan seperti untuk 18 tahun ke atas menjadi

tarikan. Pengaruh daripada media massa pula dapat di kategori kepada dua jenis iaitu
media cetak dan media elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para

pelajar ketika ini. Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut

pelbagai adegan dan perlakuan negatif yang ditayang  dalam pelbagai media.Mereka

ingin tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga

menyebabkan para pelajar dapat mencapai pelbagai maklumat dengan melayari internet.

Dengan wujudnya cyber cafe telah memudahkan para pelajar mendapat bahan dan

maklumat mengikut citarasa.

2. Masalah keluarga: Institusi keluarga akan porak-peranda jika keluarga suka

bertengkar, sentiasa mabuk, main judi, kaki perempuan, suka berleter dan suka

mengongkong anak-anak. Suka memburukkan keluarga kepada anak-anak, suka

melepaskan geram dan mengamalkan sikap pilih kasih kepada anak – anak, jaga tepi kain

orang, menunjuk-nunjuk, mengamal sikap benci membenci, tidak suka bergaul dengan

masyarakat dan tidak bersifat keterbukaan terhadap isu-isu semasa. Selain itu juga,

kurangnya didikan agama dalam sesebuah keluarga dan sikap ibubapa yang

mementingkan kekayaan dan ini akan menyebabkan anak - anak kurang mendapat

perhatian dan kasih sayang, lalu mereka mencari alternatif lain untuk meluahkan

perasaan. Anak - anak menjadi mangsa, terbiar, stres, dan mengalami tekanan perasaan.

Mereka mencari jalan keluar secara drastik iaitu memberontak, melawan, kurang ajar,

merokok, mengambil dadah, menghidu gam, membuli dan menjadi samseng.

3. Pengaruh rakan sebaya: Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk melakukan

aktiviti tidak sihat ini akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir

secara rasional. Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar.

Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar, lebih-
lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga.

Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh

dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang akan

mengadakan peraturan tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah mematuhinya. Dari

sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan.

4. Masalah ekonomi: Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin.

Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan mereka tidak mampu membayar

yuran persekolahan dan anak – anak berasa malu untuk ke sekolah.Oleh itu mereka

melencong atau melepak di kompleks-kompleks  membeli belah.Jika ekonomi tidak

mantap, hidup akan melarat dan berlakulah perangai yang tidak baik seperti mencuri,

menyeluk saku, bunuh orang, menyamun, masuk kumpulan haram, menipu dan

pembohong. Mereka lebih mementingkan kemewahan dan tidak takut kepada undang-

undang.

5. Masalah di sekolah: Di sekolah, terdapat guru yang pentingkan status dan terlalu

tegas. Mereka mementingkan bidang akademik tetapi kurang beri perhatian kepada

bidang kokurikulum dan sahsiah. Falsafah pendidikan negara memberatkan pendidikan

yang seimbang. Ada guru suka menggunakan kata-kata kesat kepada pelajar-pelajar.

Pendidik tidak menggunakan budi bicara dan psikologi dalam segala urusan dan

permasalahan serta tidak menganggap pelajar seperti adik atau anak. Asyik memikirkan

soal gaji dan aktiviti menambahkan pendapatan sahaja. Kaunselor sekolah gagal memberi

kaunseling yang berkesan kepada pelajar bermasalah dan pelajar bermasalah bertambah

pada hujung tahun. Guru disiplin pula berlagak garang tetapi pelajar-pelajar tidak

mengindahkannya. Pengawas sekolah yang bermuka-muka, suka melihat rakan didenda


dan membuatkan pelajar-pelajar lain berdendam. Warden asrama pula tidak diberi kursus

khas untuk mengendalikan hal-hal berkaitan pelajar. Mereka tidak tegas terhadap pelajar-

pelajar di asrama. Ramai yang menghisap rokok dan membuli pelajar junior. Pelajar-

pelajar junior tidak boleh mengadu, kerana ugutan dari pelajar senior dan memberi

jawapan palsu kepada guru. Manakala PIBG berperanan membantu memajukan

sesebuah sekolah hingga cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan

keceriaan sehingga ‘zero defect’. Terdapat PIBG sekolah kurang aktif dan membiarkan

sekolah terumbang-ambing dan suka mencampuri hal pentadbiran sekolah. Di samping

menjadi pendidik, mereka juga menjadi ‘role model’  kepada pelajar.Kegagalan guru

mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi dalam pendidikan

kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak

sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan. Ia boleh

menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa,

pemberontakan batin dan rasa tidak puas hati di jiwa pelajar.Konflik juga timbul kerana

pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak

berkesan atau kurang cekap dalam mata pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan

Bahasa Inggeris. Selain itu sekolah di negara ini kebanyakkannya berorentasikan kepada

peperiksaan. Pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial. Implikasinya, prestasi

sekolah akan merosot. Masalah disiplin pelajar hari ini memang sudah sampai ke tahap

serius.
CADANGAN UNTUK MENGATASINYA

Beberapa idea telah dicadangkan untuk mengatasi masalah gangsterism ini,antaranya

ialah:

* Semua pihak mesti mengamalkan sikap mesra, berbudi bicara, berpsikologi dan

hormati maruah.

* Jangan menangani masalah keras dengan tindakan yang keras kerana risikonya tinggi

dan tiada kesudahannya.

* Semua pihak perlu memahami psikologi dan naluri pelajar. Anggapan pelajar sekolah

rendah mereka sudah dewasa dan pelajar sekolah menengah anggap mereka sudah

matang kedewasaannya.

* Jangan dikerasi, dicabar, ditengking, dimalukan dan dibohongi. Pelajar akan bersikap

liar, panas baran, drastik dan melawan.

* Beri perhatian serius, berbincang, didampingi dan tunjukkan contoh yang baik sebagai

teladan.

* PIBG hendaklah berkerjasama, bermuafakat, berganding bahu dan dedikasi dengan

moto 'mahu semua pelajar cemerlang dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah'.

* Warden jangan terlalu emosional terhadap pelajar asrama. Jangan dera pelajar sesuka

hati dan beri kuasa mendenda kepada pelajar senior.

* Berfikir panjang sebelum merotan pelajar semasa perhimpunan.

* Memberi kuasa disiplin kepada semua guru akan mengeruhkan lagi keadaan. Jika

amalkan formula ini, insya-Allah pelajar berasa diri dihargai, sayangkan sekolah, ibu

bapa, pegawai, warga sekolah dan masyarakat. Mereka akan menjadi manusia (bukan jadi

orang) yang berharga dan berguna satu hari nanti.


* Kurikulum Pendidikan perlu dikaji dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini

bagi memastikan input yang diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat

dari segi agama, akhlak dan budaya negara yang positif.

KESIMPULANNYA

Pelajar dan remaja adalah kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan

negara.. Mereka adalah aset kekayaan semula jadi yang bakal memegang peranan penting

dalam politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah

akhlak di kalangan remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga

manusia yang akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, ibu bapa,

guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan bekerjasama dalam memikul

tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar. Kerajaan juga perlu melancarkan

satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya

menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri

dan nama baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan

pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan hukuman. Kesimpulannya,

semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi

bubur. Demi mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa hadapan juga, langkah

drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan daripada satu pihak sahaja

tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita berganding bahu untuk

menangani masalah ini.


SEGI COLLEGE
KUALA LUMPUR

COMMUNITY HEALTH
NURSING
( CHN )

“ GANGSTERISM ”

LECT. NAME :
PUAN RADZIAH ABD. SHUKOR
AHLI KUMPULAN :

COHORT 3 (A )

JOEL LAMECH JOHN


MAILANI JAMIAN
NORSHILA MOHD NOOR
NURUL FAREHAH MD ALI
NURUL NOOR NADHIRAH BASIRON
NURUL IZZATI ROSLE
NURHASIMAH ABD RAHMAN
SITI NOOR SHAHERA ABDULLAH
SURAYA ABD RASEP
SYARIFAH NOR’AIN SYED SULONG
REFERENCES

http://tuanmat.tripod.com/modenlisasi.html
http://www.scribd.com/doc/18486977/Gangsterism

You might also like