yang dibuat oleh pihak pengurusan organisasi dengan beberapa tujuan strategik, iaitu:a) Memberi panduan ke arah sesuatu wawasan pembangunan. b) Memantapkan kedudukan organisasi dalam arus perubahan.c) Menyelesaikan masalah-masalah tertentu.d) Mendisiplinkan manusia tentang erika dan tatasusila organisasi.Dalam rnasyarakat demokrasi di Malaysia, pelbagai dasar boleh digubal olehorganisasi pada beberapa peringkat sistem pentadbiran, sama ada dalam sektor awamataupun swasta. Dalam sistem pendidikan pula, sesebuah sekolah awam sendiri bolehmenggubal dan melaksanakan pe1bagai dasar mikro mereka sendiri. Hal ini adalahkerana beberapa dasar pendidikan bersifat dinamik dan anjal, iaitu boleh diubahsuaidan anjal mengikut konteks tempat, masa, dan budaya
Issues in Education, Volume 24,2001
18masyarakat. Namun demikian, semua dasar mikro yang dilaksanakan pada peringkatsekolah sewajamya sejajar dengan pelbagai dasar makro pada peringkat kebangsaan.Pelbagai dasar strategik dalam pengurusan berasaskan sekolah adalah beberapa dasar yang digubal oleh pihak sekolah secara kolektif, iaitu bersama guru, pentadbir, murid, dan ibu bapa untuk mencapai mana-mana empat tujuan yangdinyatakan pada perenggan kedua sebelum ini, Tujuan yang kerap menjadi sasarandasar strategik di sekolah ialah mengenai penyelesaian beberapa masalah tertentu,seperti masalah pinjaman buku teks, masalah pengangkutan murid, masalah prestasisains dan matematik yang rendah, dan masalah kelemahan penguasaan bahasaInggeris.Walau bagaimanapun, dalam konteks tujuan pembangunan sekolah, pelbagaidasar strategik boleh digubal oleh pihak sekolah, Dasar tersebut perlu berbentuk inovasi baru demi membina sckolah yang berdaya maju, progresif, dan cemerlang.Contoh dasar pembangunan ialah dasar literasi komputer, dasar pusat sumber sainsdan matematik sekolah, dasar pengajaran berpasukan, dasar pembelajaran ala kuliahuntuk menengah atas, dasar pembelajaran secara penyelidikan untuk sekolahmcnengah, dan dasar pembelajaran pemikiran logik dan kritikal untuk mencngah atas,Dalam konteks tujuan etika dan tatasusila organisasi pula, pelbagai dasar strategik berfokus kepada usaha membina warga sekolah yang berhemah mulia perludigubal. Contohnya ialah dasar kerjasama polis dengan sekolah, dan dasar penyertaan pelbagai pasukan kadet seperti kadet polis, bomba, tentera, dan bulan sabit. Matlamatdasar seperti ini ialah untuk meningkatkan disiplin murid dan guru secara terus, danseterusnya memudahkan pembinaan budaya berhemah tinggi di sekolah. Faedahnya pula ialah beban dan tanggungjawab pembinaan disiplin sekolah dipikul oleh ramai, bukannya oleh beberapa orang guru dan pengawas sekolah.
Masalah Pendidikan ,Jilid
24,
2001
19Dalam konteks tujuan penyesuaian organisasi dalam arus perubahan pula, dasar strategik berfokus kepada menyerlahkan peranan dan organisasi dalam menghadapicabaran, persaingan, atau ancaman daripada persekitaran luar ataupun dalaman harusdifikirkan. Contohnya, dasar pembe1ajaran teknologi multimedia, dasar kehidupantanpa AIDS, dan dasar pendidikan pelbagai budaya
(multicultural education)
bolehdigubal bagi mencapai matlamat tersebut
PROSES PEMBUATAN DASAR STARTEGIK BERASASKAN SEKOLAH
Proses bermakna penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk membuahkan hasil yang tertentu tertentu. Oleh itu, proses dasar strategik ialah penggembelingan perkara, sumber, dan tindakan untuk memperoleh hasil yangtertentu. Di sinilah letaknya konsep teras dasar, iaitu sesuatu dasar yang dilaksanakanoleh pihak pelaksana mesti mengenai kumpulan sasaran yang sewajarnya menerimafaedah. Dasar yang baik membuahkan faedah yang maksimum dalam jangka panjangkepada organisasi, dan dasar yang tidak baik ialah dasar yang tidak mendatangkan