You are on page 1of 9

Tarikh :12 Februari 2007

Masa : 8.00 pagi – 8.35 pagi.


Kelas : 4 Cemerlang
Bilangan Pelajar : 28 Orang
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk Pelajaran : Kepulangan
Pengetahuan Sedia Ada :
1. Pernah membaca cerpen mengenai kisah anak kehilangan bapa.
2. Pernah melihat kehidupan anak yang kematian bapa.

Objektif Pelajaran: Pada akhir pelajaran murid dapat:


I. Menjawab soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.
II. Membaca dan memahami bahan sastera yang berbentuk cerpen.
III. Menulis jawapan pemahaman dengan betul sekurang-kurangnya tiga dari
lima soalan berdasarkan cerpen ‘kepulangan’ yang dibaca.

Isi Pelajaran :

Fokus Utama
5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami yang dibaca.
Aras 2
I. Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
gaya yang sesuai.
II. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Fokus Sampingan
1.5 Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang tersurat dan tersirat.

Aras 3
I. Menerangkan maklumat yang tersurat dan tersirat tentang sesuatu peristiwa.

Nilai-nilai Murni : Kasih sayang,tolong-menolong, kerjasama, kesyukuran, baik hati

Alat Bantu Mengajar : Radio kaset, kaset rakaman sajak ‘kepulangan’, petikan sajak
‘kepulangan’, muzik instrumental, petikan cerpen ‘kepulangan’, kertas
sebak, lembaran kerja.

Bahan Rujukan : Adaptasi bahan sastera ‘cerpen Kepulangan’ karya Atie Zulaikha.
Razlee Mohamad & Ahmad Idris Ali, 2002, Celik Bahasa Melqayu KBSR
Tahun 5, Pholygrapic (M) Sdn. Bhd., Selangor Darul Ehsan.

Langkah Keselamatan:

Induksi Set :
Langkah Penyampaian:

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian

Set Induksi (5 Minit) • Muzik iringan (muzik BBM


instrumental). Kaset Rakaman Sajak
• Murid diminta memejamkan • Rakaman kaset sajak ‘Kepulangan’ dan
mata perlahan-lahan dan senyap. ‘kepulangan’(rujuk lampiran1). Muzik Instrumental
• Murid dibawa membayangkan • Soal jawab mengenai sajak
situasi ayah dan ibu dengan cara ‘kepulangan’. Teknik p&p
‘imaginasi berpandu’. Imaginasi Berpandu
• Muzik instrunmental dimainkan Contoh Soalan
dan serentak dengan itu guru 1. Apakah yang dapat murid-murid PSA
memperdengarkan rakaman faham daripada rakaman sajak Meneroka Kehidupan
kaset ‘sajak kepulangan’. yang telah diperdengarkanitu tadi? Bersama Keluarga
• Murid bersoal jawab dengan 2. Bagaimanakah keadaan ‘aku’
guru tentang sajak’kepulangan’ dalam sajak tersebut?
yang telah diperdengarkan. 3. Bagaimanakah perasaan kamu
• Pengalaman sediaada murid apabila kehilangan ayah yang
diaktifkan berdasarkan soalan- tercinta?
soalan secara lisan.
• Guru mengaitkan set induksi
dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1 (7 minit) • Bacaan Cerpen’Kepulangan’ BBM


• Murid diedarkan petikan cerpen (Rujuk lampiran 2) Petikan Cerpen
pendek bertajuk ‘Kepulangan’. ‘Kepulangan’
• Dua orang murid yang sukarela Contoh Soalan
diminta membaca cerpen 1. Apakah pekerjaan ayah hafiz? TeknikP&P
‘Kepulangan’ secara mekanis 2. Apakah perasaan kamu Sumbang Saran
dan kuat. seandainya ayah kamu hilang?
• Murid bersoal jawab denganguru 3. Apakah yang kamu lakukan Menjawab Soalan
tentang isi cerpen ‘Kepulangan’ seandainya kamu berada di tempat Bertumpu dan
yang telah dibaca secara lisan. Faiz? Bermpah.
Langkah 2 (10 minit) • Perwatakan Watak-watak BBM
• Murid dipecahkan kepada empat dalam Cerpen ‘Kepulangan’. Kertas Sebak
kumpulan.
• Setiap kumpulan diberi kertas Watak Ibu KBKK
sebak. 1. Seorang yang penyayang. Banding Beza
• Setiap kumpulan dikehendaki 2. Tabah menghadapi dugaan.
menyenaraikan perwatakan diri 3. Isteri yang baik.
dan memberi pandangan
mengenai sifat atau perilaku Watak Faiz
watak yang terdapat dalam 1. Seorang anak yang baik.
cerpen ‘Kepulangan’. 2. Sentiasa mengambil berat tentang
• Wakil kumpulan dikehendaki hal keluarga.
membentangkan jawapan 3. Redha dengan ketentuan Ilahi.
kumpulan.
• Guru menilai kewajaran jawapan
yang diberikan oleh murid.
• Guru menyerapkan nilai watak
kepada murid dalam kehidupan
seharian.

Langkah 3 (10 minit) • Latihan Kefahaman BBM


• Murid diedarkan lembaran kerja. (rujuk lampiran 3) Lembaran Kerja
• Murid dikehendaki menjawab
soalan-soalan kefahaman yang
terdapat dalam lembaran kerja.
• Tiga orang murid yang sukarela
diminta membacakanjawapan.

Penutup (3 minit) Penutup Kognitif KBKK


• Guru meminta murid • Sentiasa menjaga keselamatan Membuat Rumusan
menyatakan apa yang telah dan keharmonian keluarga.
dipelajari pada hari ini.
• Membantu ibu bapa ketika masa Penutup Sosial
lapang menjadikan kita seorang • Sentiasa mengenang jasa ibu.
insan yang baik budi perketi.
Lampiran 1 (set induksi)

BAHAN BANTU MENGAJAR


(SET INDUKSI)

(Muzik iringan dimainkan….


Murid memejamkan mata
Kaset rakaman : ‘sajak kepulangan’

‘KEPULANGAN’

Ayah…
Sewaktu aku menjejakkan kaki ke rumah pusaka ini,
Ku terdengar tangisan suara ibu,
Memecah hening petang yang beransur hilang…

Mengapa ibu…?
Takkan kubiarkan wajah hiba dan duka ibu berterusan,
Hingga kalbuku terasa bagai digores luka

Apakah ertinya semua ini…?

Oh Tuhan…!
Aku bagai dibawa oleh angin yang mengkhabarkan berita,
Bahawa aku akan kehilangan sesuatu yang amat bermakna dalam hidup ini,

Lalu,… kuteringat… di manakah ayah?


Kupanggil nama ayah buat ke sekian kalinya,

Ayah… ayah… ayah…!

( murid membukakan mata…)


Lampiran 2

‘KEPULANGAN’

Faiz memandang ibunya yang berwajah sedih. Sesekali wanita yang berusia
awal lima puluhan itu menyeka air matanya. Tangkai hati Faiz bagai dihiris-
hiris apabila melihat kesedihan ibunya. “Jadi apa yang perlu kita lakukan
mak? “tanya Faiz sambil mendekati ibunya. Ada nada bimbang dalam
pertanyaan itu. Tangis ibunya makin galak. Pertanyaan itu menimbulkan rasa
sebak di dadaibunya.
“Kita…. tunggu saja Pak Ketua,” kata ibunya dengan suara yang tertahan-
tahan. “Sambil itu, kita berdoalah ke hadrat Allah agar ayah kamu berada
dalam peliharaan-Nya.
Faiz mengimbau ketika saat-saat kepulangannya pada petang semalam.
Kepulangannya disambut oleh ibunya dengan linangan air matanya.
“Ayah kamu hilang dah hilang, Faiz,” kata ibunya sebaik-baik sahaja melihat
faiz berdiri di depan pintu.
Faiz terkejut.Begnya terlepas daripada tangannya.
“Hilang…..? Bila?” tanya Faiz.
“Ayah kamu pergi ke laut beberapa hari yang lepas walaupun cuaca pada
hari itu kurang elok. Walaupun mak menghalangnya daripada pergi ke laut,
ayah kamu tetap berdegil. Sudahnya, sampai sekarang diatak pulang,”kata
ibunya.

Sumber: Adaptasi bahan sastera ‘cerpen Kepulangan’ karya Atie Zulaikha.


Razlee Mohamad & Ahmad Idris Ali, 2002, Celik Bahasa
Melqayu KBSR Tahun 5, Pholygrapic (M) Sdn. Bhd, Selangor
Darul Ehsan.
Lampiran 3

Arahan: Jawab semua soalan di bawah ini.

1. Mengapakah Faiz dan ibunya berasa sedih?

________________________________________________________
________________________________________________________

2. Bagaimanakah perasaan Faiz apabila menerima berita kehilangan


ayah daripada ibunya?

________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

3. Pada pendapat kamu, apakah pekerjaan ayah Faiz?

________________________________________________________
________________________________________________________

4. Berapakah umur ibu Faiz?

________________________________________________________
________________________________________________________

5. Apakah yang berlaku kepada ayah Faiz? Mengapa ayah Faiz


meninggal dunia?

________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
______________SELAMAT MENJAWAB SOALAN___________
A)
Sebahagian pelajar tahun 4 cemerlang di sekolah SK Jeram adalah anak nelayan.
Manakala yang selebihnya adalah dari anak golongan kakitangan kerajaan, bekerja
sendiri dan bekerja di ladang kelapa sawit. Justeru, latar belakang keluarga yang berbeza
telah memuwujudkan gaya belajar yang berbeza yakni tahap untuk menguasai sesuatu
ilmu itu tidak sama antara satu sama lain. Ada pelajar yang cepat menguasai ilmu yang
disampaikan oleh guru dan ada yang sebaliknya.
Merujuk kepada tahap murid yang pelbagai maka teknik yang digunakan semasa
set induksi adalah menggunakan teknik imaginasi berpandu. Teknik ini digunakan agar
murid dapat fokus terhadap apa yang ingin disampaikan oleh guru, disamping membantu
murid membayangkan sesuatu mengikuti perancanganyang telah diatur oleh guru. Teknik
ini dapat membantu guru melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p) dengan
lancar dan mengikut perancangan.
Teknik sumbang saran juga turut dipraktikkan semasa sesi p&p. Ini kerana teknik
sumbang saran dapat menggalakkan murid lebih terbuka untuk melontarkan idea dan
aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan murid. Murid lebih diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti p&p. Soalan-soalan yang diutarakan oleh guru juga bersifat
bertumpu dan bercampah. Situasi ini pasti akan memberi kefahaman yang lebih kepada
murid-murid kerana soalan yang ditanya oleh guru bertumpu kepada tajuk perbincangan.
Selain itu penggunaan kaset rakaman sajak ‘kepulangan’ adalah bertujuan
memberi sedikit kelainan dan dapat mendengar dengan jelas cara mendeklamasikan sajak
dengan betul kepada murid. Manakala penggunaan kertas sebak adalah bertujuan untuk
menarik minat murid berkongsi idea mengenai maklumat yang terkandung dalam bahan
petikkan yang dibaca.
Bagi memastikan aktiviti p&p berpusatkan murid maka permilihan bahan
pengajaran adalah penting. Bahan-bahan pengajaran yang digunakan mestilah dapat
menggalakkan penglibatan murid, menarik minat dan mencetuskan motivasi murid.
Berpandukan pada rancangan pengajaran harian yang telah dibuat, penggunaan rakaman
kaset sajak ‘kepulangan’ adalah bertujuan untuk menarik minat murid mengikuti apa
yang bakal dipelajari pada hari tersebut. Manakala penggunaan kertas sebak secara
berkumpulan adalah bertujuan untuk melibatkan semua murid dalam aktiviti p&p.
Semua murid dapat dilibatkan dalam aktiviti p&p dengan melaksanakan aktiviti
berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan, semua ahli kumpulan perlu menyumbangkan
idea untuk dipersembahan di hadapan kelas. Ahli kumpulan yang pintar dan cerdas dapat
membantu ahli lemah untuk turut serta dalam aktiviti kumpulan. Manakala petikan
cerpen dan latihan pemahaman yang diedarkan kepada semua murid akan dapat
memudahkan murid mengikuti aktiviti pengajaran dengan teratur.
Latihan pemahaman yang diberikan kepada murid adalah sebagai kayu pengukur
sejauh manakah kefahaman tentang apa yang dipelajari. Sekiranya jumlah murid berjaya
menjawab betul tiga soalan daripada lima soalan maka bolehlah dirumuskan bahawa
murid faham apa yang dipelajari pada hari ini. Aktiviti sumbang saran antara murid dan
dibantu oleh guru juga dapat membantu menilai sejauh mana murid-murid faham
mengenai tajuk yang sedang dibincangkan. Selain itu, pada akhir sesi p&p soal jawab
antara guru dan murid juga dapat mengetahui sepenuhnya apa yang telah dipelajari.
Sekiranya murid dapat menyatakan semula tentang apa yang telah dipelajari maka
jelaslah bahawa murid faham mengenai pelajaran yang dipelajari pada hari ini.
Kesimpulannya, aktiviti p&p dapat dilaksanakan dengan lebih baik, terancang dan
berkesan sekiranya dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan kaedah yang pelbagai
agar dapat merangsang minat murid untuk menguasai aktiviti p&p.
B)
Dua langkah model ASSURE iaitu “Penggunaa media dan bahan” dan
“Mendorong Penglibatan Pelajar” jika dapat dilaksanakan semasa sesi p&p akan dapat
merangsang minat murid untuk aktif belajar. Namun terdapat beberapa masalah yang
timbul dalam perlaksanaan kedua-dua langkah tersebut. Antaranya, persekitaran atau
ruang kelas yang berhampiran antara satu kelas dengan kelas yang lain telah mencetuskan
suasana bising. Situasi ini menyebabkan kaset rakaman tidak jelas ketika diperdengarkan
kepada murid. Kesannya ialah set induksi yang dilaksanakan tidak berkesan untuk
menarik minat murid mengetahui apa yang bakal dipelajari pada hari tersebut.
Murid-murid pasif dan tidak memberi tumpuan semasa p&p. Situasi ini berlaku
kerana kelas tersebut terdapat murid pelbagai aras kognitif. Contohnya, semasa sesi
sumbang saran hanya murid-murid cerdas pintar sahaja menyumbang idea. Manakala
murid-murid lemah hanya pasif dan tidak berani menyuarakan pendapat.
Terdapat sebilangan murid yang tidak memberi kerjasama semasa aktiviti
berkumpulan. Contohnya semasa aktiviti berkumpulan terdapat murid dalam kumpulan
yang tidak menyumbang idea dan hanya menjadi penumpang sahaja.
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Keadaan persekitaran yang bising
boleh diatasi dengan beberapa cara. Sekiranya guru hendak menggunakan alat media
elektronik semasa p&p, guru boleh menggunakan bilik tayangan sebagai tempat alternatif
untuk mengajar. Penggunaan bilik tayangan bukan sahaja dapat menghindarkan gangguan
persekitaran yang bising tetapi juga dapat mewujudkan suasana berbeza untuk murid
berlajar.
Murid tidak memberi kerjasama semasa p&p khususnya semasa aktiviti
berkumpulan boleh diatasi sekiranya guru memberi lebih fokus kepada setiap murid.
Sekiranya ingin melaksanakan aktiviti berkumpulan, guru mesti memastikan setiap
kumpulan tidak melebihi lima orang. Jumlah murid melebihi lima orang dalam satu
kumpulan akan menyebabkan ada ahli yang hanya menumpang dan tidak memberi
sumbangan kepada perbincangan kumpulan.

You might also like