Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Surah an Nisa'

Surah an Nisa'

Ratings: (0)|Views: 1,137 |Likes:
Published by fiqsan
terjemahan surah annisa'
terjemahan surah annisa'

More info:

Published by: fiqsan on Mar 05, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

06/26/2013

pdf

text

original

 
TERJEMAHAN SURAH AN-NISAAYAT 1HINGGA 1761. Wahai sekalian manusia! bertaqwalah kepadaTuhan kamu Yang telah menjadikan kamu(bermula) dari diri Yang satu (Adam), dan Yangmenjadikan daripada (Adam) itu pasangannya(isterinya - Hawa), dan juga Yang membiakkan darikeduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuanYang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah Yangkamu selalu meminta Dengan menyebut-yebutnamaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim)kaum kerabat; kerana Sesungguhnya Allah sentiasamemerhati (mengawas) kamu.2. Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yangtelah baligh) itu harta mereka, dan janganlah kamutukar-gantikan Yang baik Dengan Yang buruk; dan janganlah kamu makan harta mereka (denganmenghimpunkannya) Dengan harta kamu; keranaSesungguhnya (yang demikian) itu adalah dosaYang besar.3. Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin Dengan mereka), maka berkahwinlahDengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat.kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlakuadil (di antara isteri-isteri kamu) maka(berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau(pakailah) hamba-hamba perempuan Yang kamumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukankezaliman.4. Dan berikanlah kepada perempuan-perempuanitu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian Yang wajib. kemudian jika merekaDengan suka hatinya memberikan kepada kamusebahagian dari maskahwinnya maka makanlah(gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagainikmat Yang lazat, lagi baik kesudahannya.5. Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepadaorang-orang Yang belum sempurna akalnya akanharta (Mereka Yang ada Dalam jagaan) kamu,(harta) Yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupankamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka Dengan kata-kataYang baik.6. Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh)sehingga mereka cukup umur (dewasa). kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda Yang menunjukkan Bahawa mereka) telahcerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, makaserahkanlah kepada mereka hartanya; dan janganlahkamu makan harta anak-anak yatim itu secara Yangmelampaui batas dan secara terburu-buru (merebut peluang) sebelum mereka dewasa. dan sesiapa (diantara penjaga harta anak-anak yatim itu) Yangkaya maka hendaklah ia menahan diri (darimemakannya); dan sesiapa Yang miskin maka bolehlah ia memakannya Dengan cara Yangsepatutnya. kemudian apabila kamu menyerahkankepada mereka hartanya, maka hendaklah kamuadakan saksi-saksi (yang menyaksikan penerimaan)mereka. dan cukuplah Allah sebagai Pengawas(akan Segala Yang kamu lakukan).7. Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikitatau banyak dari harta Yang ditinggalkan itu; Iaitu bahagian Yang telah Diwajibkan (dan ditentukanoleh Allah).8. Dan apabila kerabat (yang tidak berhak mendapat pusaka), dan anak-anak yatim serta orang-orangmiskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu,maka berikanlah kepada mereka sedikitdaripadanya, dan berkatalah kepada mereka Dengankata-kata Yang baik.9. Dan hendaklah takut (kepada Allah daripadamelakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh)orang-orang (yang menjadi penjaganya), Yang jikaditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak Yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah)mereka akan merasa bimbang terhadap (Masadepan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh ituhendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, danhendaklah mereka mengatakan perkataan Yang betul (menepati kebenaran).10. Sesungguhnya orang-orang Yang memakanharta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnyamereka itu hanyalah menelan api ke Dalam perutmereka; dan mereka pula akan masuk ke Dalam apineraka Yang menyala-nyala.11. Allah perintahkan kamu mengenai(pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu,Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi jikaanak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta Yangditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuanitu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (simati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi jika si matitidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya
http://fiqsan.blogspot.comPage
1
 
hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunyaialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagianitu) ialah sesudah diselesaikan wasiat Yang telahdiwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkanhutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu,kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yanglebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu(pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagianmasing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah)ketetapan dari Allah; Sesungguhnya Allah adalahMaha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.12. Dan bagi kamu satu perdua dari harta Yangditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika merekatidak mempunyai anak. tetapi jika merekamempunyai anak maka kamu beroleh satu perempatdari harta Yang mereka tinggalkan, sesudahditunaikan wasiat Yang mereka wasiatkan dansesudah dibayarkan hutangnya. dan bagi mereka(isteri-isteri) pula satu perempat dari harta Yangkamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagianmereka (isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan dariharta Yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikanwasiat Yang kamu wasiatkan, dan sesudahdibayarkan hutang kamu. dan jika si mati Yangdiwarisi itu, lelaki atau perempuan, Yang tidameninggalkan anak atau bapa, dan adameninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atausaudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiapseorang dari keduanya ialah satu perenam. kalau pula mereka (saudara-saudara Yang seibu itu) lebihdari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelakiDengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiatYang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudahdibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat Yang tersebuthendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepadawaris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialahketetapan dari Allah. dan (ingatlah) Allah MahaMengetahui, lagi Maha Penyabar.13. Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas(Syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat kepada Allahdan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah keDalam syurga Yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; danitulah kejayaan Yang amat besar.14. Dan sesiapa Yang derhaka kepada Allah danRasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya,akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam api neraka,kekalah Dia di dalamnya, dan baginya azab seksaYang amat menghina.15. Dan sesiapa Yang melakukan perbuatan keji(zina) di antara perempuan-perempuan kamu, makacarilah empat orang lelaki di antara kamu Yangmenjadi saksi terhadap perbuatan mereka.kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itumengesahkan perbuatan tersebut, maka kurunglahmereka (perempuan Yang berzina itu) DalamRumah hingga mereka sampai ajal matinya, atauhingga Allah mengadakan untuk mereka jalankeluar (dari hukuman itu).16. Dan (mana-mana) dua orang di antara kamuYang melakukan perbuatan Yang keji itu, (setelahsabit kesalahannya) maka hendaklah kamumenyakiti keduanya; kemudian jika mereka bertaubat dan memperbaiki keadaan diri mereka(yang buruk itu), maka biarkanlah mereka; keranaSesungguhnya Allah adalah sentiasa menerimataubat, lagi Maha Luas rahmatNya.17. Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggupoleh Allah hanya bagi orang-orang Yangmelakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilankemudian mereka segera bertaubat, maka (denganadanya dua sebab itu) mereka diterima Allahtaubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,lagi Maha Bijaksana.18. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang Yang selalu melakukan kejahatan, hinggaapabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya Aku bertaubatsekarang ini," (sedang taubatnya itu sudahterlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orangYang mati sedang mereka tetap kafir. orang-orangYang demikian, Kami telah sediakan bagi merekaazab seksa Yang tidak terperi sakitnya.19. Wahai orang-orang Yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuanDengan jalan paksaan, dan janganlah kamumenyakiti mereka (dengan menahan danmenyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa Yang kamutelah berikan kepadaNya, kecuali (apabila) merekamelakukan perbuatan keji Yang nyata. dan bergaulah kamu Dengan mereka (isteri-isteri kamuitu) Dengan cara Yang baik. kemudian jika kamu(merasai) benci kepada mereka (disebabkantingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-burumenceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikansesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apaYang kamu benci itu kebaikan Yang banyak (untuk kamu).20. Dan jika kamu hendak mengambil isteri(baharu) menggantikan isteri (lama Yang kamuceraikan) sedang kamu telahpun memberikankepada seseorang di antaranya (isteri Yangdiceraikan itu) harta Yang banyak, maka janganlahkamu mengambil sedikitpun dari harta itu. Patutkah
http://fiqsan.blogspot.comPage
2
 
kamu mengambilnya Dengan cara Yang tidak benar dan (yang menyebabkan) dosa Yang nyata?21. Dan Bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu padahal kasih mesra kamu telahterjalin antara satu Dengan Yang lain, dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil perjanjian Yang kuat daripada kamu?22. Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) Yang telah diperisterikanoleh bapa kamu kecuali apa Yang telah berlaku pada masa Yang lalu. Sesungguhnya perbuatan ituadalah satu perkara Yang keji, dan dibenci (olehAllah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yangdilalui Dalam perkahwinan).23. Diharamkan kepada kamu berkahwin Dengan(perempuan-perempuan Yang berikut): ibu-ibukamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudarakamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dansaudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudarakamu Yang lelaki, dan anak-anak saudara kamuYang perempuan, dan ibu-ibu kamu Yang telahmenyusukan kamu, dan saudara-saudara susuankamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiriYang Dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteriYang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belumcampuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamutelahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salahkamu (berkahwin dengannya). dan (haram jugakamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri Yang berasal dari benih kamu. dandiharamkan kamu menghimpunkan dua beradisekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecualiYang telah berlaku pada masa Yang lalu.Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagiMaha Mengasihani.24. Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hambasahaya Yang kamu miliki. (Haramnya Segala Yangtersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah(yang diwajibkan) atas kamu. dan (sebaliknya)Dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan Yanglain daripada Yang tersebut itu, untuk kamumencari (isteri) Dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. kemudian mana-mana perempuan Yang kamu nikmati percampurandengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengansempurna), sebagai suatu ketetapan (yangDiwajibkan oleh Allah). dan tiadalah kamu berdosamengenai sesuatu persetujuan Yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudahditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar  pembayarannya). Sesungguhnya Allah MahaMengetahui, lagi Maha Bijaksana.25. Dan sesiapa di antara kamu Yang tidamempunyai kemampuan Yang cukup untu berkahwin Dengan perempuan-perempuan Yang baik-baik (yang merdeka, Yang terpeliharakehormatannya) lagi beriman, maka bolehlah kamu berkahwin Dengan hamba-hamba perempuan Yang beriman Yang kamu miliki. dan Allah lebihmengetahui akan iman kamu; kamu masing-masing(suami Yang merdeka dan isteri dari hamba - abdiitu) adalah berasal sama (dari Adam, dan seugama pula). oleh itu berkahwinlah Dengan merekaDengan izin walinya serta berikanlahmaskahwinnya menurut Yang patut. mereka(hamba-hamba perempuan Yang akan dijadikanisteri, hendaklah) Yang sopan bukan perempuan- perempuan lacur, dan bukan pula Yang mengambillelaki sebagai teman simpanan. kemudian setelahmereka (hamba-hamba perempuan itu) berkahwin,lalu mereka melakukan perbuatan keji (zina), makamereka dikenakan separuh dari (hukuman) seksaYang ditetapkan ke atas perempuan-perempuanYang merdeka. (Hukum perkahwinan) Yangdemikian (yang membolehkan seseorang berkahwinDengan hamba-hamba perempuan) itu ialah bagiorang-orang Yang bimbang melakukan zina diantara kamu; dan sabarnya kamu (tidak berkahwinDengan hamba-hamba perempuan) itu adalah lebih baik bagi kamu. dan (ingatlah), Allah MahaPengampun, lagi Maha Mengasihani.26. Allah menghendaki (dengan apa Yang telahdiharamkan dan Dihalalkan dari kaum perempuanitu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) danuntuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturanorang-orang Yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang Yang soleh, supaya kamumengikutinya), dan juga untuk menerima taubatkamu. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagiMaha Bijaksana.27. Dan Allah hendak (membersihkan kamu daridosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) Yang menurut keinginan hawanafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (darikebenaran) Dengan penyelewengan Yang besar  bahayanya.28. Allah (sentiasa) hendak meringankan (bebanhukumNya) daripada kamu, kerana manusia itudijadikan berkeadaan lemah.29. Wahai orang-orang Yang beriman, janganlahkamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesamakamu Dengan jalan Yang salah (tipu, judi dansebagainya), kecuali Dengan jalan perniagaan Yangdilakukan secara suka sama suka di antara kamu,dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
http://fiqsan.blogspot.comPage
3

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Hj Kamilin Asari liked this
Akok Panas liked this
Azman Md Said liked this
sarjahan liked this
mala9981 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->