Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Perihal hukum

Perihal hukum

Ratings: (0)|Views: 426|Likes:
Published by zarzh
Hukum, adalah suatu perkataan yang lumrah terdengar dalam kehidupan seharian. Namun apakah definisinya (pernyataan mengenai ciri-ciri penting sesuatu tersebut) dan apakah perbezaan-perbezaan yang wujud selepas dari perkataan hukum serta juga apakah kesan darinya?
Hukum, adalah suatu perkataan yang lumrah terdengar dalam kehidupan seharian. Namun apakah definisinya (pernyataan mengenai ciri-ciri penting sesuatu tersebut) dan apakah perbezaan-perbezaan yang wujud selepas dari perkataan hukum serta juga apakah kesan darinya?

More info:

Published by: zarzh on Mar 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/10/2012

pdf

text

original

 
 Perihal hukum
Bab – 1
Hukum, adalah suatu perkataan yang lumrah terdengar dalam kehidupan seharian. Namunapakah definisinya (pernyataan mengenai ciri-ciri penting suatu tersebut) dan apakahperbezaan-perbezaan yang wujud selepas dari perkataan hukum serta juga apakah kesandarinya?Hukum alam, hukum sivil, hukum syariah, hukum akal (aqli), hukum adat (`adi) adalahantaranya, sebegitu juga untuk sesuatu bidang khusus seperti hukum keabdian atau hukumgraviti dan seterusnya untuk hal-hal yang lain.Hukum adalah lazimnya dihuraikan atau dinyatakan pada mereka yang berakal waraskerana pada mereka yang tidak waras maka tiadalah kefahaman padanya tentang ertisesuatu hukum. Mungkin atas sesuatu, seseorang yang tidak waras dihukum atau dijatuhkanhukuman tetapi pada dirinya yang tidak waras, tidaklah difahami langsung apa erti semuahukum tersebut serta apa perlu semua itu untuk dirinya.Kerana itu, pertamanya, dimulai tentang hukum akal (aqli), iaitu kewajaran sesuatupemikiran rasional atau pemikiran jelas yang terletak pada kewarasan mahupunkesempurnaan akal insan, tetapi kekadang ia juga terpesong lantaran ketandusan sumber-sumber kebenaran atau yang hak.Erti hukum akal adalah meletakkan sesuatu barang, hal, perkara dan seterusnya keranaadanya sesuatu mahupun punca atau dalam kata lain, meletakkan sesuatu akibat lantaransesuatu penyebab dan sebegitu juga sebaliknya iaitu menidakkan sesuatu lantaran tiadanyasesuatu mahupun punca atau menafikan sesuatu akibat lantaran ketiadaan penyebabnya.Ini lazimnya kerana dari akal, terbina "ilmu dharuri", iaitu ilmu yang tidak memerlukandalil-dalil atau keterangan, hanya apa yang perlu atau dihajati serta juga ilmu "Nadzhari"iaitu ilmu yang memerlukan dalil-dalil atau keterangan.Seperti samaada tanpa memerlukan dalil, akal telah menghukum perlunya berpakaian tebaldimusim sejuk atau juga kerana dalil-dalil seperti jatuh sakit bila terdedah pada suhu yangsejuk, lantas dari itu, perlunya berpakaian tebal dimusim sejuk.Hukum akal terbahagi kepada tiga iaitu, wajib, mustahil dan jaiz. Wajib adalah sesuatu yangwajar diterima oleh akal seperti adanya kelahiran dan kematian, adanya kedukaan dankeriangan, adanya siang dan malam, adanya kejayaan dan kegagalan, adanya sakit dan sihat,adanya muda dan tua dan seterusnya sehinggalah kepada adanya pencipta alam ni.
 
Mustahil adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh akal seperti tiadanya kematian, bolehkembali kewaktu silam yang telah berlalu, bernafas tanpa bantuan sesuatu alat didalam air,melihat sekitar tanpa cahaya, merasa sesuatu tanpa bantuan deria-deria dan seterusnya.Jaiz pula adalah sesuatu samaada yang harus diterima mahupun ditolak oleh akal sepertikata-kata bahawa nasi adalah makanan utama insan dan perlu dimakan setiap hari, memilikikereta adalah perlu untuk setiap penghuni kota dan seterusnya.Manakala hukum akal tanpa sumber-sumber kebenaran pula lazimnya adalah sesuatu yangdusta seperti menghukum seseorang yang lain lebih hina dari dirinya kerana kedaifan,kurang pelajaran, rendah pangkat, warna kulit, jantina dan seterusnya, sedangkan itu datangdari sifat sombongnya yang memandang rendah pada pihak lain, bukan dari sumberkebenaran.Atau menghukum sewenang-wenangnya pihak lain seperti kes-kes Islamophopia iaitumenghukum setiap muslim adalah penganas kerana sumber media dusta yang dituruti,sebagaimana juga meletakkan hukum wajar untuk Amerika dan Britain menghancurkanIraq, membunuh ratusan ribu nyawa insan yang tidak bersalah dengan alasan Iraqmempunyai bom pemusnah besar-besaran sedangkan Iraq tidak mempunyainya.Dan hukum akal yang paling terkutuk dan membawa kerosakan besar adalah bila denganfikirannya, seseorang insan menghukum bahawa alam ini tiada penciptanya atau tiada harikebangkitan selepas kematian. Lantas dirasanya hidup didunia ini adalah suatu kebebasanmutlak dan ini adalah penyebab utama keruntuhan kehidupan buat seseorang insanmahupun pada sesebuah masyarakat.
Bab - 2
Hukum alam atau juga dengan perkataan yang membawa maksud yang hampir dengannyaseperti fitrah kejadian, naturalism, hukum alam semesta, hukum karma dan seterusnyamanakala perkataan yang paling tepat untuk hukum alam adalah sunnatullah iaituketentuan-ketentuan didalam alam ini yang ditetapkan oleh Pencipta alam.Lazimnya ia adalah samaada berkaitan dengan pergerakan didalam alam semesta,kesimpulan-kesimpulan yang diambil dari kejadian-kejadian alamiah mahupun yangdiperjelaskan secara mendalam oleh kajian-kajian ilmiah.Hukum alam ini adalah pengiraan yang dilakukan melalui pengamatan pada alam sekitarserta kehidupan yang terbina dialam semesta ini dan apakah sesuatu tersebut seperti darieko-system dan kesan-kesannya, mahluk-mahluk yang menghuni didalamnya iaitupembiakan serta tindak-balas dari perilakunya dan juga sesuatu kesimpulan yang terjadidalam keberadaan kehidupan didalamnya, misal suatu perbuatan baik akan dibalas dengankebaikan atau sebaliknya.Segala yang berada dialam alam ini adalah seakan dalam suatu sistem yang sedia terprogramsamaada dari segi bentuk strukturnya sehinggalah kebentuk bagaimana kejadiannya dansamaada yang pasif atau yang aktif mahupun yang bernyawa atau tidak bernyawa sertaseterusnya kepada akibat-akibat dari sesuatu penyebab.
 
Sebagaimana contohnya kehadiran tumbuh-tumbuhan yang memerlukan proses-prosesalamiah untuk membantunya, haiwanat-haiwanat yang terdiri dari yang maging atausebaliknya sehinggalah pada pergerakan segala alam suria yang menyediakan malan dansiang, sejuk dan panas dan seterusnya.Sebegitu juga, hukum alam ini membuat sesuatu species tidak akan berkelamin denganspecies lain seperti ayam tidak akan berkelamin dengan itik, debunga pokok mawar tidak akan bersatu dengan debunga pokok mangga, insan tidak akan berkelamin dengan jin danseterusnya (kecuali dalam kes-kes tertentu seperti insan menyatukan antara kuda dan keldailalu lahir species balgha atau percantuman antara berbeza tumbuhan untuk menghasilkanbaka terbaik).Ketetapan hukum alam juga membuat sesuatu species kehidupan atau mahluk didalam alamini mengadaptasikan diri pada alam ini mengikut musim sesuatu daerah mahupun carakehidupan disitu. Contohnya haiwan liar adalah amat berbeza dengan sifat haiwan ternakanatau belaan manusia kerana kehidupannya dialam bebas membuatnya lebih berdikaridisamping tingginya bahaya dipersekitaran membuatnya lebih lasak mahupun garang.Dalam pada itu, ia juga amat berkaitan dengan tindakan insan itu sendiri biarpun insan ituhakikatnya berada dalam taklukan hukum alam seperti kejadian fitrahnya, tetapi selebihdari itu, jelas sesuatu kejadian dialam ini berlaku juga atas pengaruh-pengaruh daritindakan-tindakan insan samaada dari kebaikan yang datang mahupun petaka yangmenimpa.Sesuatu daerah yang subur lagi makmur mampu sahaja menempah kehancurannya samaadabala-petaka seperti ribut dan lain-lain atau peperangan lantaran kemungkaran yangdilakukan oleh insan atau sebaliknya sesuatu daerah yang kering dan tidak subur tetapikehidupan disitu adalah aman sentosa kerana kebaikan yang dilakukan antara insan disitu.Sebagaimana juga dalam putaran kehidupan seharian yang mana kebaikan-kebaikan yangdilakukan, akan menghasilkan tindak-balas kebaikan kembali kepadanya, contohnya seorangyang membantu dengan ihklas seorang insan lain yang begitu daif dan memerlukan bantuan,dihari kemudian, dia pula dibantu ketika dirinya dalam sesuatu kesusahan samaada dariinsan yang sama yang dibantunya atau dari insan yang lain atau pun dari sesuatu perkarayang lain.Atau juga tindakan-tindakan insan merubah-rubah alam semesta mengikut kehendak nafsunya terutama dalam bentuk drastik atau besar-besaran untuk mengaut keuntungansemata-mata seperti genetik manipulasi keatas tumbuh-tumbuhan atau haiwanat diklonkanuntuk menghasilkan baka yang baik yang mana kesan jangka-panjangnya akanmenghadirkan tindak-balas keburukan biarpun ini ada yang menafikan.
Bab - 3
Hukum adat (Hukum `Adi) iaitu suatu hukum yang berlandaskan pada kebiasaan lama atauturun-temurun yang tidak bertulis mahupun yang tertulis. Iainya adalah dari perkataanArab yang bermaksud kebiasaan, resam, lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjungoleh sekelompok masyarakat. Ia juga kekadangnya dari sesesuatu yang baru iaitu dari

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->