Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
[NOVEL] Aku Tak Suka Kau....

[NOVEL] Aku Tak Suka Kau....

Ratings: (0)|Views: 736 |Likes:
Published by azan90

More info:

Published by: azan90 on Mar 06, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/17/2013

pdf

text

original

 
"Iqa, mari sini sekejap!" Warghh! Apa lagi yang Along nak ni? Dengan langkahyang malas, aku menuju ke dapur. "Nah! Tolong hantar puding ni pada Mak cikSofiah." Along menghulurkanku sepiring puding jagung yang sudah siap dipotong."Eh, kenapa Iqa pula? Kenapa Along tak pergi sendiri?" Aku membantah. "Along nak jaga gulai ni. Takkanlah rumah sebelah pun, susah sangat nak pergi? Bukan apapun. Keluar rumah, masuk halaman rumah diorang, beri salam…" "Ha! Yalah tu! Takpayahlah Along nak ajar Iqa tusemua. Iqa dah tau pun!" Aku mencapai piringberwarna hijau itu pantas. 'Ya, Allah! Mudah-mudahan bukan setan tu yang buka!"Doaku dalam hati. "Assalamualaikum!" Dan seraya itu, aku mengetuk pintutersebut 3 kali. "Wa'alaikumussalam!" Dan apa yang kufikir benar-benar berlaku.Wajah Azhar muncul di muka pintu. Aku menarik muka masam. Kenapalah budak nirajin sangat nak buka pintu?"Oh, engkau rupanya!" Azhar tersengih. Matanya memandang piring berisi puding jagung di tanganku. "Hantar kuih ke?" Soal Azhar tersengih. "Ya! Nah!" Piring itukuhulurkan kasar. Azhar tidak segera menyambutnya. "Sebelum aku ambil, aku naktanya dulu. Kuih ni siapa yang buat? Kau ke?" "Kalau aku, kenapa?" Soalkumembalas.Azhar tersengih. "Kalau kau, tentu rasanya tawar. Koman-koman pun, bila makan,boleh patah gigi!" Warghh!! Ikut hati mau saja aku sumbat mulut celupar tu denanpuding-puding ni. Kalau campur piring ni sekali, lagi bagus! "Bukan akulah! Kakakaku!" Aku menjawab penuh geram. "Oh, kakak kau…" Azhar mencapai piring ituperlahan."Terima kasih ya. Nanti kalau kakak kau buat lagi,hantarlah lagi, ya? Tapi jangan kau yang hantar, nanti tak pasal-pasal aku termuntah!" Sambung Azhar. Akutersenyum sinis. "Kalau kakak aku buat lagi, nantilah aku suruh dia hantar bahagianyang dah hangus. Ataupun, hantar kuih yang dah basi, baru kau boleh termuntah!" Jawabku geram. "Sebelum aku terlupa, kirim salam dengan emak kau, cakap padadia, lain kali ajar sikit anak dia ni!" Aku berlalu. Puas hati aku! "Siapa yang ambiltadi?" Soal Along sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam rumah. "Entah hantumana agaknya tu!" Jawabku acuh tak acuh. "Oo… tentu Azhar kan?" Teka Alongtersenyum. "Siapa lagi? Dialah satu-satunya setan di rumah sebelah tu!" "Kamu nitak sudah-sudah bergaduh. Pantang berjumpa, ada saja nak ditekakkan. Cubalahberbaik, Iqa. Tak bagus asyikbermasam muka begitu!" Along menasihatkanku. "Malas!" Along menggelengkankepalanya beberapa kali. "Entahlah apa nak jadi dengan kamu ni, Iqa! Macamanjing dengan kucing!" Keluh Along.* * *Aku mempercepatkan langkahku. Hatiku tambah berdebar. Sewaktu aku menolehke belakang, lelaki gila itu masih mengekoriku. "Hoi! Tunggu aku! Apasal kau lari,ha?" Alamak! Orang gila tu dah lari! Apa aku nak buat ni? Takkan nak berlari pecutdalam kain sekolah begini? Karang tak pasal-pasal jatuh, tentu haru! "Wargh!!!"Langkahku mati. Aku betul-betul terkejut dan hampir saja aku terjatuh. Celaka kauhantu! "Hai!" Azhar tersengih memandangku. "Kalau nak lari, laju-lajulah sikit. tu
 
ha, orang gila tu dah makin dekat dengan kau!" Sengihan Azhar semakin melebar."Berambuslah kau!" Aku mencemik. Aku menoleh ke belakang, orang gila yangmasih mengajarku tadi semakin menghampiri kami berdua. "Nak tumpang?" Azharmempelawa sinis. Aku menelan air liur. Argh!!! Hari ni ego aku kalah. Mau tak mau,aku terpaksa membonceng motosikal Azhar. Kalau aku tumpang dia, selamatlahaku dari orang gila tu. Lagi pula, cepat sikit sampai. "Berat kau, ya? Susah nakkawal!" Suara Azhar dalam perjalanan. Aku Cuma diam. Cakaplah apa kau nakcakap sekalipun! "Kau makan apa, ha? Apasal rasa berat semacam je ni? Makanbatu ke?" Azhar membuat muka penat. "Alahai… banyaklah muka penat kau tu!Bukannya nak mengayuh pun! Lagipun, okey saja motor ni. Tak nampak macamada masalah pun." Balasku geram. "Amboi… Melawan dia! Kau ingat sikit, kau tumenumpang, buatlah cara orang menumpang!" "Eh, tolong sikit! Kan tadi kau yangajak aku! Aku pun bukannya nak sangat naik motor buruk kau ni!" Hatiku mulapanas. "Sedapnya mulut mengata motor aku! Eleh, kalau aku tak tumpangkan kau,entah-entah kau dah kena bawa lari orang gila tu!" Motor Azhar semakin meluncurlaju. "Hei, perlahanlah sikit! Kan dah sampai kawasan perumahan ni!" Akumenggigit bibir. "Kenapa, takut?" Motor Azhar semakin laju. "Kau ni gila ke?Perlahankan sikit!" Aku menjerit. Dadaku berdebar kencang. Dari jauh kelihatanbumbung rumahku yang berwarna biru. "Hei, berhentilah!" Aku menepuk belakangAzhar apabila dia sudah melepasi rumahku. "Eh, apasal tak boleh berhenti ni?"Azhar mula cemas. "Hei, pijaklah brek tu!" Aku memekik. Tiang lampu yang beradadi depan jalan semakin kami hampiri. "Azhar!" Aku memekik lagi. Kali ini lebih kuat."Izma, lompat!" Jerit Azhar. Dan… buk! Aku dan Azhar tercampak di tepi jalanmanakala motor Azhar merempuh tiang lampu itu. Adoilah! Apasal sakit sangat kakiaku ni? "Hoi! Apa ni!" Aku menolak badan Azhar yang menindih kakiku. Azharbangun perlahan. "Habislah motor aku!" Azhar menarik motornya. Aku cuba berdirinamun gagal. Sakit di kakiku tidak dapat ditahan lagi. "Hei, takkan tengok je? Tolonglah aku!" Aku memekik pada Azhar. "Humang aih! Aku lupa plak kat kau ni.Okey ke?" Cepat-cepat Azhar menghampiriku. "Okey kepala hotak kau! Bawakmotor macam pelesit! Nasib baik aku sempat lompat tadi, kalau tak, dah jadiarwah!" Aku melepaskan geram. "Yelah tu… Aku jugalah yang salah!" Azharmenghulurkan tangannya. "Mari sini aku papah kau!" "Hei, pelan-pelanlah sikit!Kaki aku ni sakit tau! Tadi tu, bukan main sedap saja kau landing atas kaki aku!"Cemuhku lagi. "Izma, kau ni kalau tak ber 'hei-hei' dengan aku tak boleh ke? Akuada nama tau! Sedap pula tu!" Azhar menarik tanganku. "Suka hati akulah!" "Eh,karang aku tinggalkan kau di sini, baru padan muka! Merangkaklah kau masukdalam rumah!" Ugut Azhar. Aku mencemik. "Ini semua pasal kau juga!" "Kaki kautu, kalau luka, balut! Kalau patah, simen! Kalau dah tak berguna, potong saja! Habiscerita!" Kata Azhar sebelum keluar dari rumahku. Amboi, lancangnya mulut dia!Sedap je suruh aku potong kaki aku ni. Sedangkan semua ni dia punya pasal. Kakiaku sakit, hati aku sakit. Dia tak sakit apa-apa pun. Ee….. geramnya!* * *"Oi, dah okey ke kaki kau tu?" "Apa kau sibuk?" Aku tidak memperdulikan
 
pertanyaanAzhar. Sikit pun aku tak memandang wajahnya. Aku terus menyiram pokok-pokokbunga di sekeliling laman rumahku itu. "Sombong nak mampus!" Aku mengelapmukaku yang basah disiram air. Kurang ajar! Lesap sudah budak seekor ni!Geramnya aku! Aku membasuh kembali mukaku yang terasa licin itu. Apa taknya,ada ke patut muka aku yang lawa ni Azhar siram guna air basuhan kereta bapa dia! Tunggulah kau, kau keluar kejap lagi, kenalah kau! Aku memutar paip hingga keparas maksimum. Ha, aku dah agak, dia memang keluar balik. Dari pintu rumahutama Azhar, aku ternampak ada bayang-bayang tubuh yang menuju ke luarrumah. Okey… Hos sudah kuacukan ke tempat yang sepatutnya. Tunggu dia keluardulu… Dan, itu dia! Yeihaa!!!!! Air yang membuak keluar dari muncung hos itukutujukan ke arah Azhar. Basah lecun dia! Em… macam ada yang tak kena saja ni!Pantas aku menurunkan kembali hos itu. Cepat-cepat aku memutar kembali kepalapaip itu untuk memberhentikan airnya dari terus mengalir. Peluhku meleleh keluar."Em.. maafkan sa.. saya, pak cik! Sa.. saya ingatkan Azhar tadi!" Tanganku terasabergegar. Pak cik Johan memandangku tajam tanpa berkata sepatah pun. Habisrambut, baju dan surat khabar ditangannya basah. "Tapi, tak apalah kan pak cik?Lagipun, hari dah petang ni. Lepas ni, pak cik tak payah mandi. Tukar baju saja.Kalau pak cik nak mandi pun, mandilah supaya segar sikit. Ha, lepas tu bolehlahpak cik terus pergi surau!" Aku pura-pura tersenyum. Sebaik saja aku habis berkata-kata, aku terus meluru masuk ke dalam rumah. Perlahan-lahan pintu ku tutup.Nasib baik pak cik Johan tak cakap apa-apa. Kalau tak… adoilah. Lagilah haru!* * * Tok! Tok! Tok! "Woi! Bangunlah! Pukul berapa dah ni, ha?" Suara garau Angahmemecah keheningan pagi. Tanganku meraba-raba mencari jam locengku. Alamak!Pagi apa? Dah dekat tengah hari dah ni! "Bangunlah! Mentang-mentanglah taksembahyang, dia membuta sampai tengah hari pula!" Angah bersuara lagi. Ee…mengalahkan mak nenek pula abang aku seekor ni! Ada-ada saja yang tak kena!"Oi, dah bangun ke masih beradu cik puteri kita ni?" Soal Angah dari luar."Sudahlah!" Aku memekik geram. Perlahan-lahan aku berdiri. Aku menarik langsirbilikku. Cahaya matahari yang sudah terik berebut-rebut memasuki ruang bilikku.Aku mengeliat malas sambil menguap panjang. "Wargh! Ha! Ha! Ha!" Aku terkejut.Cepat-cepat aku mencari suara orang yang ketawa tadi. "Woit! Baru bangun ke?Matahari dah tegak atas kepala ni!" Azhar ketawa lagi. Sengaja dia menarik langsirbiliknya luas-luas. Sial! Dengan cepat aku menarik balik langsir tadi untukmenutupnya. Macam manalah aku boleh lupa yang bilik aku dengan bilik Azharbertentangan? Dengan pakaian tidur dan rambut kusut-masai ni dia nampak aku,mana aku nak letak muka nanti? Malulah woi! "Izma oh Izma! Tidur balik ke? Takbaik tau anak dara bangun lewat!" Celaka kau Azhar! Tu mesti masih duduk depantingkap memerhati aku tu! Cis kau! Setelah siap mandi dan mengemaskan diri, akukeluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke dapur. Nakbuat apa lagi? Melantaklah! "Ehem! Awalnya bangun!" Sindir Achik. Aku Cuma

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
rahmad0912 liked this
Fazlina Ayub liked this
Fitri Nurmala liked this
Aty Ariy Widodo liked this
Agus Jamaludin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->