You are on page 1of 3

PERUMAHAN

Pensyarah:En.Saad b.Halil.
Pembentang:Muhammad Azizi b.Shaari

Pengenalan/Definisi.

 Perumahan merupakan suatu keperluan asas kehidupan manusia.


 Pembangunan ekonomi dan jumlah penduduk yang semakin bertambah telah
menjadikan kawasan perumahan semakin meningkat.
 Permasalahan perumahan secara realitinya semakin meruncing ,walaupun
masalah ini mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.
 Dalam tempoh tiga tahun iaitu tahun 1996 hingga tahun 1998 bilangan rumah
yang siap dibina berjumlah 401943 buah rumah.

Kepentingan perumahan.

1 Menampung penduduk.
-Penduduk Malaysia yang semakin bertambah,iaitu lebih 20 juta penduduk
memerlukan rumah yang lebih banyak.

2 Meningkatkan taraf hidup.


-Semakin ramai penduduk yang memiliki rumah ,menunjukkan negara kita
mempunyai taraf hidup yang tinggi.

3 Imej negara.
-Perumahan juga akan membentuk imej negara kita.Semakin ramai penduduk yang
memiliki rumah,menunjukkan imej negara maju dari segi ekonomi dan sosial.

4 Pelaburan.
-Pelaburan ini merujuk kepada syarikat-syarikat perumahan,iaitu sekiranya rumah
banyak dibina maka pelaburan juga meningkat.
-Contohnya,pada tahun 1990,pelaburan perumahan adalah sebanyak RM2.1 billion.

5 Peluang pekerjaan.
-Pembinaan rumah juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk
setempat.
-Menurut penyiasatan Jabatan Buruh,sebanyak 745900 orang bekerja dalam sektor
pembinaan pada tahun 1998.
Masalah-masalah yang dihadapi.

1 Harga rumah yang mahal.


-Umumnya,harga rumah semakin meningkat tahun demi tahun.Menurut Presiden
Persatuan Pemaju Perumahan Malaysia,harga rumah seperti di Bangsar dan Damansara
mencecah sehingga lebih RM1 juta.

2 Sukar mendapat pinjaman.


-Kesukaran mendapat pinjaman daripada bank juga merupakan satu masalah kepada
golongan berpendapatan rendah untuk membeli rumah.

3 Pemaju tidak menepati janji.


-sesetengah pemaju tidak menepati janji tentang tarikh siap sesebuah rumah.
-Contohnya,kira-kira 88 pembeli apartmen terbengkalai dalam projek yang
mengandungi 250 unit di Kota Kinabalu.

4 Pemaju tidak memenuhi piawai.


-Pemaju yang tidak memenuhi piawai menyebabkan keadaan rumah mudah rosak dan
tidak berkualiti.

5 Tidak mampu membeli rumah.


-Bagi rakyat yang berpendapatan rendah,mereka menghadapi masalah tidak mampu
membeli rumah dengan harga yang tinggi.

6 Tapak yang tidak sesuai.


-Sesetengah pemaju perumahan membina rumah di kawasan yang tidak sesuai seperti
di kawasan berhampiran bukit dan bekas kawasan lombong.

Langkag-langkah mengatasi masalah.

1 Campur tangan kerajaan.


-Kerajaan perlu campur tangan sama ada kepada pengusaha ataupun pembeli agar
semua rakyat dapat memilikinya.
-Contohnya,penyediaan Tabung Amanah Golongan Miskin,Tabung Pembinaan
Rumah Kos Rendah dan Tabung Pinjaman Rumah Kos Rendah.

2 Institut kewangan.
-Institut kewangan harus lebih banyak menawarkan pinjaman perumahan dengan
kadar faedah yang berpatutan.

3 Menguatkuasakan Undang-undang.
-Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang tentang perumahan agar pemaju
perumahan dapat membina rumah mengikut piwaian dan peraturan.
4 Memperuntukkan kawasan perumahan dengan banyak.
-Kerajaan perlu lebih banyak memperuntukkan kawasan perumahan.
-Pada tahun 1999 hingga tahun 2000,bilangan unit rumah yang siap dibina adalah
sebanyak 343500 buah rumah.

5 Membuka kawasan perumahan di pinggir bandar.


-Oleh sebab tanah semakin semakin mahal di bandar,maka rumah perlu dibina di luar
bandar bagi megurangkan kos.

Kesimpulan/Penutup

 Semua pihak perlu prihatin bagi mengatasi masalah perumahan.


 Teras dasar perumahan adalah untuk menyediakan akses kepada perumahan yang
mencukupi,berkualiti dan mampu dibeli oleh semua rakyat Malaysia.

You might also like