You are on page 1of 3

2.1.

1 TAKRIFAN AL-QURAN

2.1.1(i) DARI SUDUT BAHASA

Menurut Qamus al-Mu’jam al-Wasit, al-Quran dari segi bahasa berasal dari

kata nama terbitan bagi perkataan ( ‫ ) قرأ‬yang bermaksud “baca”. Dalam Ilmu

Nahu dan Sorof perkataan ( ‫ ) قرأ‬ditasrifkan sehingga menjadi kalimah ( ‫قرءان‬

)1. Contoh tasrif ( ‫قرأ‬, ‫قراءة‬, ‫) قرءان‬. Firman Allah s.w.t:

      


2
  
Maksud: Sesungguhnya Kami-lah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran
itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Olerh
itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.3

Menurut pendapat Syeikh Muhammad as-Sadiq Qamhawi dalam kitabnya “Al-

Ijaz Wa al-Bayan Fi Ulum al-Quran”, al-Quran dari segi bahasa berasal dari

kata nama terbitan bagi perkataan ( ‫ ) قرأ‬atas wazan ( ‫ ) فعالن‬seperti kalimah (

‫شكران‬, ‫ ) غفران‬sebagaimana tasrifannya ( ‫قرأته‬, ‫قرءا‬, ‫قراءة‬, ‫) قراُنا‬.

Begitu juga pendapat Raghib al-Asfahani yang mengatakan bahawa, al-Quran

pada asalnya ialah masdar seperti kalimah (‫ان‬ ‫ رجح‬,‫) كف ران‬, dan telah

1
Majma’ al-Lughah al-‘Arabiah, ( 1405/1985), al-Mu’jam al-Wasit, al-Qaherah, Matabi’ al-Ofsot, hal. 750.
2
Surah al-Qiyamah (75) : 17-18
3
Semua terjemahan ayat-ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada
pengertian al-Quran, ( 1987), ed.8, Kuala Lumpur, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
dikhususkan kalimah al-Quran kepada kitab yang diturunkan kepada nabi

Muhammad s.a.w.

2.1.1.(ii) DARI SUDUT ISTILAH

Al-Quran dari segi istilah ialah: “Kalam Allah s.w.t. yang mukjiz yang

diturunkan kepada penyudah bagi sekelian nabi dan rasul, iaitu nabi kita

Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat yang sangat amanah Jibril

a.s. yang ditulis di mashaf-mashaf, disampaikan kepada kita secara

mutawatir, menjadi ibadat dengan membacanya, yang dimulakan dengan

surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Nas”.

Definisi yang dikemukakan di atas, terdapat beberapa ungkapan yang perlu

dijelaskan agar tidak timbul salah faham, iaitu dengan kata:4

i. (Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.) terkeluarnya kitab-

kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi a.s. yang terdahulu.

ii. (Mukjiz) terkeluarnya hadis-hadis Qudsi (mengikut pendapat yang

mengatakan lafaznya daripada Allah s.w.t., membacanya bukan

mukjizat dan bukan ibadat).

iii. (Membacanya ibadat) terkeluarnya perkara-perkara selain al-Quran

seperti dinasakhkan bacaannya.

iv. (Dinaqalkan secara mutawatir) terkeluarnya bacaan Qiraat yang

tidak mutawatir.

Terdapat pendapat lain daripada para ulama’ yang membahaskan tentang

definisi al-Quran. Antara pendapat mereka itu:

4
Sya’ban Muhammad Ismail, (t.t), al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha, (t.t.p), (t.p), hal. 11.
I. Takrif Zakiuddin Sya’ban dalam kitabnya “Usul Fiqh al-Islami”.

Katanya: “Al-Quran adalah Kalam Allah berupa mukjizat yang

diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dalam bahasa Arab melalui

perantaraan malaikat Jibril a.s. dan ditulis di dalam beberapa mashaf

bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas,

diriwayatkan secara mutawatir dan membacanya merupakan satu

ibadat”.5

II. Pendapat ulama’ Usul (aqidah) dan Fuqaha’ (fiqh).

Katanya: “Kalam (perkataan) Allah s.w.t. yang mukjiz (yang

mengalahkan , yang melemahkan lawan) yang diturunkan kepada

penyudah segala nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dengan

perantaraan malaikat Jibril a.s, tertulis pada masahif, yang disampaikan

kepada kita dengan jalan tawatur (tidak diragukan lagi kesahihannya

kerana diriwayatkan oleh kumpulan yang ramai) yang dikira beribadat

jika membacanya, yang dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri

dengan surah an-Nas”.6

5
Zakiuddin Sya’ban, (1996), Usul al-Fiqh al-Islami, (t.t.p), Dar al-Tazi’ wa an-Nashryl Islamiah, hal.30.
6
Dr. Sya’ban Muhammad Ismail, (t.t), al-Qiraat Ahkamuha wa Masdaruha, al-Qaherah, Dar as-Salam, hal. 77

You might also like