You are on page 1of 10

PANGAJIAN AM 2

-JENAYAH REMAJA-
Pensyarah:En.Saad b Halil.
Pembentang:Abd Alif b Masturi
Pendahuluan
Pada masa kini,jenayah yang dilakukan oleh
remaja dan pelajar telah memberi impak yang
negatif kepada negara. Kejadian ini telah
menggambarkan keseriusan kejadian jenayah di
kalangan pelajar dan remaja.Mengikut satu kajian
yang dijalankan kes-kes jenayah yang melibatkan
pelajar daan remaja semakin berleluasa.Masaalah
ini sungguh memalukan memandangkan negara
kita sekarang merupakan negara yang sedang
pesat membangun. Persoalannya, apakah punca-
punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan
jenayah di kalangan pelajar dan remaja dan adakah
masalah ini dapat diatasi?
Faktor-faktor
 Kurang didikan ataupun tumpuan daripada ibu bapa.
Menurut kajian yang dijalankan oleh pihak berkuasa
tempatan,terdapat pelbagai faktor berlakunya kes-kes jenayah di
kalangan remaja. Seperti,didikan yang kurang sempurna daripada
ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang akan menjadi role
model kepada anak-anak sekaligus penting dalam pembentukan
peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada masa
kini,kebanyakkan ibu-bapa yang menetap di kota dan menjawat
jawatan yang tinggi sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan
kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki
mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang
sempurna. Inilah faktor-faktor utama yang menyebabkan akhlak
pelajar dan remaja dewasa kini runtuh. Kesannya mereka tergamak
melakukan jenayah-jenayah berat seperti merogol, membunuh,
menyamun, dan peras ugut.
 Pengaruh rakan sebaya.
Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor
kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja meningkat
kerana mereka terlalu rapat sehingga sanggup mengikut rakan
melakukan jenayah. Remaja pada masa kini lebih gemar
menghabiskan masa bersama rakan di tempa-tempat tertentu
seperti pasar raya sebelum tamatnya waktu persekolahan.Jika
mereka memilih rakan yang dapat memimpin serta membantu
terutama sekali mengenai pelajaran,remaja tidak akan terjebak
dengan masalah yang tidak bermoral.Tetapi,jika rakan yang
dipilih tidak bermoral.Maka secara tidak langsung mereka akan
terikut-ikut dengan gaya dan cara yang tidak bermoral.Hal ini
kerana sememangnya remaja-remaja mudah terpengaruh
dengan rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti
peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
 Teknologi yang moden.
Selain itu, teknologi yand dikecapi pada masa kini telah
menjadi salah satu faktor kegiatan jenayah di kalangan remaja
meningkat.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel,
televisyen, dan radio memudahkan kita untuk berkomunikasi,
mendapatkan maklumat, dan berhibur. Namun begitu banyak
juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini,jika tidak
dimanfaatkan atau digunakan dengan betul. Contohnya,
penyalah gunaan Internet untuk memalsukan data-data
penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya.
Perkara-perkara ini merupakan salah satu faktor yang akan
mendorong para remaja untuk melakukan jenayah seperti
rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.Hal ini
kerana mereka telah dipengaruh oleh cerita-cerita yang
disiarkan oleh television,kononnya mereka dapat terlepas
daripada melakukan kesilapan.
Langkah-langkah untuk
mengatasinya
 Memberikan perhatian kepada anak-anak.
Namun begitu, jenayah-jenayah yang
disenaraikan tadi dapat dibendung sekiranya
perhatian dan pendekatan yang lebih diberikan
kepada remaja-remaja tersebut sebelum
berlakunya kejadian yang dapat mengaibkan nama
keluarga.Contohnya,perhatian yang sepenuhnya
hauslah diberikan terutama kepada anak-anak yang
sedang meningkat dewasa,hal ini kerana segalanya
bermula daripada pendidikan di rumah.Pendidikan
agama dan nilai-nilai murni haruslah diterapkan ke
dalam jiwa anak-anak supaya anak-anak dapat
menilai antara perkara baik dan buruk.
 Displin yang ketat oleh pihak sekolah.
Selain itu, pihak sekolah wajarlah melaksanakan
denda yang setimpal untuk diberikan bagi menjadikan
pelajar-pelajar takut untuk melanggar
disiplin,disamping menjamin kegiatan salah laku
pelajar berkurangan. Setiap kesalahan yang dilakukan
oleh pelajar seperti ponteng sekolah, merokok,
menghisap dadah, atau memukul pelajar lain
hendaklah direkodkan dan pihak sekolah juga wajar
mengambil tindakan segera seperti memanggil ibu
bapa pelajar yang telah melanggar disiplin sekolah ke
sekolah untuk berbincang bagi mencari pendekatan
awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.
 Penguatkuasaan undang-undang.

Penguat kuasaan undang-undang hendaklah


diperketatkan ataupun dikaji semula terutama
mengenai masalah juvenil.Remaja bawah umur yang
melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh
hendaklah dikenakan hukuman mati mandatori bagi
memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.
Kesimpulannya
 Tuntasnya, pelajar-pelajar ataupun remaja-remaja
haruslah diberikan pendedahan kepada isu-isu
semasa, kempen-kempen, khemah kerja, motivasi
dan sebagainya bagi menyedarkan mereka bahawa
merekalah generasi pemangkin negara yang akan
menggalas tampuk pemerintahan negara suatu hari
nanti. Sekali gus, dapat memberikan pengajaran
kepada mereka. Golongan tersebut iaitu remaja
dan pelajar juga perlu mengetahui bahawa
jenayah yang dilakukan tidak akan memberikan
sebarang keuntungan kepada mereka sebaliknya
akan merosakkan masa depan mereka
TAMAT SUDAH….

You might also like