You are on page 1of 29

masa dan depan

WEDNESDAY, DECEMBER 16, 2009

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri akhir)

salam. sebelum mulakan patah kata, saya memohon maaf kerana lewat
'update' artikel untuk siri akhir ini. Saya tahu ada di antara anda sudah
tidak sabar untuk mengetahui kisah selanjutnya. Apapun, izinkan saya
untuk mengucapkan selamat tahun baru 1431 hijrah yang akan menjelma
tidak lama lagi.

Mari kita imbas kembali apa yang sudah berlaku pada siri-siri yang lepas.
Kepada yang baru mengikuti kisah ini, saya cadangkan anda untuk
membaca siri-siri lalu kerana mungkin ianya dapat membantu anda dalam
perihal yang sedikit sukar untuk di cerna oleh akal dan minda. Siri di
dalam nusanaga kebanyakannya adalah dari kajian, pendapat, cerita dan
pengalaman peribadi penulis. Oleh yang demikian, segala 'kunci-kunci'
yang telah dan akan di berikan ini hanya 'tools' untuk 'explorasi' anda
demi merealisasikan sebuah kebangkitan yang sering di ungkapkan oleh
muslim di seluruh dunia. Apa yang pasti, sebagai orang timur, kita
mempunyai amanah dan tanggungjawab yang cukup besar dalam
merealisasikan kebangkitan itu kerana itu adalah datangnya dari mulut
baginda rasullullah sendiri.

Kisah bermula apabila penciptaan ADAM di dengki oleh AZAZIL di alam


'syurga'. Dek kerana ilmu nama-nama serta 'kesempurnaan' ADAM, maka
AZAZIL bertukar menjadi IBLIS
demi menyesatkan anak cucu ADAM sehingga tempoh maut mereka
tamat bila tiba hari kiamat. Maka turunlah ADAM dan isteri ke bumi yang
ketika itu telah di huni oleh pelbagai jenis makhluk tapi masih terumbang
ambing tiada khalifah untuk menerajui langit dan bumi. Kedatangan
ADAM dan isteri telah membawa kepada satu penyatuan besar-besaran
yang di kenali sebagai 'satu umat'.

Nabi ADAM juga telah di bantu oleh anak-anaknya yang bertaraf dewa-
dewa. Dewa-dewi ini adalah anak ADAM yang di beri ilmu segala sama
seperti ADAM. Dek kerana ilmu itulah
mereka dapat menjadi khalifah langit dan bumi. Tapi, kesesatan telah
berlaku di mana ada segolongan manusia mengidolakan mereka sehingga
mereka membuat patung-patung untuk di sembah. Terdapat juga
penguasaan Nephilim gergasi waris AZAZIL+fallen angle yang mana telah
merosakkan segala kesucian 'satu umat'. Terdapat juga Dewa-dewi yang
telah belot dalam penyatupaduan umat ini. Meskipun mereka belot tapi
mereka tidaklah belot terhadap tuhan dan rasulnya. Mereka ini
berperanan untuk menjadikan ERA ADAM menuju ke ERA BARU.

Era baru itu adalah era 'dark and light' yang mana perang telah berluasa
dan kebatilan mula menguasai. Pada tika inilah Lemuria dan Atlantis
mencapai 'Golden Age'. Akhirnya, mereka semua telah di musnahkan oleh
banjir besar NUH. Hanya golongan yang beriman saja yang terselamat.
Tidak semua golongan beriman itu menaiki bahtera NUH. Ada
antara mereka berada di tempat tinggi atau di gua-gua. Mereka
yang terselamat di dalam bahtera itu di asimilasikan lantas menjadi satu
golongan yang di namakan MIM atau quraisy kuno. Anak-anak NUH
telah di turunkan di suatu tempat yang berasingan bersama pengikut-
pengikut mereka. Raja peguasa hanya boleh di lantik dari kalangan
keluarga waris NUH sahaja, manakala yang lainnya yakni pengikut
haruslah menjalani kehidupan seperti biasa. Waris-waris NUH tahu
bahawa tempat yang mereka turun itu bukanlah kampung halaman
mereka yang telah musnah. Jadi, di atas wasiat NUH, mereka harus
sentiasa bergerak menuju ke tempat asal mereka yakni PENTAS
SUNDA.

Di sepanjang perjalanan mereka, ada saja ketamadunan yang hebat di


buka. Bersama mereka adalah ilmu mengenai teknologi, sains,
matematik, astronomi. pertanian dan maritim. Paling penting bersama
mereka ialah 'kisah golongan beriman' untuk di jadikan 'guideline' serta
perikatan. Oleh kerana itulah kalau di kaji, ketamadunan dulu kala
seakan-akan mempunyai kisah penciptaan, raja-raja dan keagamaan
yang hampir sama. Hanya masa merubah sedikit demi sedikit. Bila masa
sudah berlalu, waris golongan ini tadi mulai mengamalkan kebatilan dan
kesesatan sehinggalah di turunkan para nabi dan rasul.

"Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan


keluarga 'Imran melebihi segala umat"
ayat 33, surah ali-imran

Tapi, terdapat nabi yang mana menjadi 'topik utama' di dalam Quran.
Antaranya adalah Nabi Adam, Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Keluarga Ali
Imran dan Baginda rasul Muhammad s.a.w. Mereka ini di 'utama'kan
bila terdapat surah-surah mengenai mereka untuk kita kaji salasilah
mereka. Meskipun terdapat ramai lagi nabi, tapi untuk kaji ini, saya cuma
mengambil sedikit sahaja dan semuanya telah terangkum sekaligus.

Era Ibrahim dan tiga isterinya yakni SARAH, HAJAR dan QETURAH
atau JAWIYAH ini telah melahirkan pelbagai bangsa di dunia ini. SARAH
melahirkan bangsa bani israel dan eropah. HAJAR melahirkan bangsa
arab dari keturunan ismael. QETURAH atau JAWIYAH ini pula melahirkan
bangsa perkasa seperti cheldea, akkadian, madyan dan sebagainya. Tapi,
hanya bangsa MADYAN yang mampu berevolusi kerana telah di satukan
oleh CYRUS the great atau di kenali sebagai Iskandar ZUlkarnain. Bangsa
MADYAN ini di gabungkan dengan bangsa parsi yang melahirkan bangsa
ARYAN. Dari ARYAN membawa kepada KEMBOJA asli yang akhirnya lari
ke tanah INDO-CHINA dan membuka empayar FUNAN.

Dari ARYAN juga, mereka menjadi bangsa TIBETAN yang mana membawa
diri ke YUNNAN dan akhirnya ke tanah sumatra. TIdak berapa lama
kemudian, Bangsa ini bercampur lagi dengan golongan pedagang dari
bangsa Arab bersusur galur ahlul bait. Surah Al-imran dan kisah Nabi
MUSA juga mempunyai 'kunci' takkala baginda membawa 70 dari
pengikutnya yang beriman meuju ke suatu tempat di timur. Ini di
buktikan dalam ayat quran yang membawa maksud, baginda dan para
pengikut tiba di sutu tempat yang menyembah berhala. Pada ketika itu,
penguasaan firaun amat besar. Jadi, untuk melihat di manakah nabi
MUSA telah 'landing', maka kita harus lihat peta zaman dulu di bawah
pengaruh Firaun. Kita harus melihat negara manakah yang tidak
tergolong dalam penguasaan Firaun dan sekutunya. Kaji di kaji, saya
berpendapat mereka mungkin telah sampai ke INDIA atau mungkin ke
tanah JAWI yakni SUMATRA atau tanah JAWA. Dek kerana itulah terdapat
perbezaan di antara peragai penduduk sumatra/semenanjung dengan
kepulauan JAWA yang sedikit gasar (ini kerana mereka telah melayari
lautan dan di 'implan'kan sifat kasar dan berjiwa kental.)

Para pendatang (kaum muhajirin) ini juga berasimilasi dengan penduduk


asal tanah jawi/Nusantara yakni orang asli. Kemudiannya, ketika empayar
melaka sedang meningkat naik, asimilasi di teruskan dengan kaum dari
china dan india datang berdagang. Takkala perang berlaku, asimilasi di
teruskan dengan percampuran dengan bangsa eropah. Kini, hasilnya kita
dapat melihat satu bangsa yang cukup-cukup sukar untuk di tafsirkan
sebagai 'bangsa'. Jadi, adakah benar Melayu itu bangsa yang tidak akan
hilang seolah-olah terlepas dari sunnatullah 'tiap umat ada umurnya'?

.....................................................................
APA ITU MELAYU?

Untuk mengetahui adakah melayu itu adalah bangsa MIM, kita harus
mengetahui 'status' MELAYU itu. Di dalam perlembagaan MALAYSIA, di
sebut istilah melayu itu adalah; "Orang Melayu yang tinggal di tanah
MELAYU, bertutur dalam bahasa MELAYU, Mengamalkan istiadat
MELAYU dan beragama islam". Jadi, apakah definisi MELAYU ini
sebenarnya. DI dalam perlembagaan di sebut MELAYU itu sebagai
ORANG, BAHASA, ADAT dan ISLAM. Jadi, inilah "key point" yang di
berikan oleh mereka di era kemerdekaan MALAYSIA. Kalau kita menyebut
bangsa cina, kita akan menyatakan seperti ini "Orang cina yang memiliki
kulit kuning langsat, mata sedikit sepet, dan berasal dari tanah besar
Cina."

Jadi, benarkah orang Melayu itu hanya ada di NUSANTARA sahaja? Di


dalam buku teks sejarah pun, kita di dedahkan dengan frasa "MALAY
WORLD". Apakah maksud MALAY WORLD itu? JIka di kaji dalam pelbagai
buku yang telah di tulis oleh para pengkaji era british dahulu. Dunia
melayu di bahagikan kepada 3 kelompok terbesar:-

-Mala Aborigin (berambut kerinting, berkulit gelap, bertubuh pendek)


-Etnik Kejawaan (Sawo matang, tegap, bermata kecil)
-Mali palinesian (Kuning cerah, peramah, kaum tanah tinggi)

Di dalam karya Alfred Russel Wallace, Malay Archipelago, dunia melayu ini
terbahagi kepada:-
-Semenanjung tanah melayu
-tenasserim
-nicobar island dan keatas
-kepulauan Filipina
-Kepulauan Solomon dan ketimur

dan jumlah secara keseluruhnnya 'ex-pentas sunda' ini adalah lebih besar
dari tanah eropah (britian). Stanford Riffles adalah orang pertama
memperkenalkan konsep 'the malayan nation, the malay race'
berdasarkan falsafah 'romantik', teori sosial dan biologi eropah. Pada saat
inilah konsep 'divide and rule' menjadi 'rasmi'. Takkala itu, tiada lagi
empayar nusantara yang di geruni tika dahulu dan sudah tiada lagi
negara-negara kota yang berdiri teguh dalam mempertahankan setiap
tanah jajahan.

Jadi, dunia melayu adalah dunia nusantara yang besar termasuk sedikit di
Australia. Di dalam nusantara itu, wujudnya pelbagai kaum dan bangsa
serta ras akibat asimilasi itu tadi. Mereka bertutur dalam pelbagai bahasa
dan cara tapi takkala mereka mahu bertutur di antara kaum yang lain,
mereka akan gunakan BAHASA MELAYU. Jadi, dari mana pula
datangnya bahasa melayu ini sedangkan tiap kaum dan bangsa di
nusantara bertutur serta pertahankan bahasa 'kebangsaan' mereka?

Bahasa melayu ini berasal dari bahasa sanskrit yang berasal dari bahasa
VEDIC ARYAN. Seperti saya katakan sebelum ini, ARYAN adalah asimilasi
bangsa MADYAN dan PARSI. ARYAN bergerak ke tibet dan
memperluaskan ilmu ke-IBRAHIM-an yang juga di kenali sebagai AGAMA
HANIF. Dek kerana itulah di tanah nusantara ini penuh dengan candi-
candi lama dan candi ini bermaksud kota-kota. AGAMA HANIF tidak
menyembah berhala seperti sekarang. patung-patung berhala itu adalah
hasil idola mereka kepada dewa-dewi anak cucu nabi ADAM. Sekali lagi
kesesatan telah berlaku. Tapi, di tanah nusantara, para ilmuan mereka di
sanjung tinggi dan nusantara di jadikan sebagai 'universiti' dalam
pengajian AGAMA HANIF ini. Mereka tidak menyembah selain DIA, tuhan
IBRAHIM. Kalau anda seorang yang tahu dalam pembacaan peta, sila
selidik bearing candi-candi ini dan anda akan dapati candi-candi ini
mengarah ke BAITULMUQADIS, kiblat pertama umat 'islam'.
Bahasa melayu ini di jadikan bahasa pengantar dan kerana itulah di
dalam buku teks sekolah, anda akan dapati bahasa melayu pernah
menjadi lingua franca pada ketika dulu. Apa itu lingua franca? Ia adalah
bahasa dunia! Bayangkan bahasa inggeris yang ada banggakan itu di
ganti oleh bahasa melayu ibunda anda. Tidak dapat bayangkan?
Memanglah anda tidak dapat bayangkan kerana anda malu dengan
bahasa dan bangsa sendiri.

Jadi, definisi Melayu ialah "Bahasa penyatuan yang menyatukan


rumpun melayu yang tinggal di sekitar dunia melayu"

.....................................................................

MELAYU ITU BANGSA MIM?

Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yang


sentiasa 'update' waris keturunannya yang telah bermula sejak zaman
nabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia
sentiasa 'ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh di
katakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSAL atau bangsa dunia
secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkan
diri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah - tiap
umat ada umur/matinya)

Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA,
melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Mereka
tetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi.
Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepada
evolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegang
kerana "yang datang tidak di jemput", "yang datang tidak di sambut".
Tiada proses 'give and take' di lakukan. Oleh kerana itulah masing-
masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival
untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahu
mengenai rahsia di bumi melayu ini. Saya pernah terbaca satu artikel
secara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga mereka
datang untuk takluki 'chi' pada bangsa yang tidur ini dan seterusnya
menjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapa
kaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladang-ladang tapi
kini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dan
keewangan serta perundangan?

Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang 'tahu;
kerahsiaan' di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu itu
ketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyi
dan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi,
asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagai
CHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekali
imbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukan
islam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkap
orang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim.

Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya.
Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di mana
bangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-
lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuan
di seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakah
MIM?!
"Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah.
Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.
Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada
segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada
Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada
junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti
apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan
keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad.
Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi."
Bacaan Tahyat akhir dalam solat

Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kita


membacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia
membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf
MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu dengan
waris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG
sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di
jadikan dengan tidak sia-sia.

.....................................................................
BUKTI - BUKTI LAIN

Bukti penerimaan agama islam di masa dulu amat jelas di mana, jika
sesuatu kawasan itu akan di ambil alih oleh sesuatu yang tidak di
sukainya, maka peperangan akan berlaku. Tapi, tidak di sini kerana islam
telah datang dengan aman. Bagaimana ini boleh berlaku? Seperti saya
katakan tadi, para rahib agama hanif di nusantara adalah yang tertinggi
pangkat darjatnya. Maka, sudah tentu mereka tahu kedatangan kalki
avatar, atau mahamad atau apa saja nama yang telah tertulis di dalam
rig VEDA atau kitab lainnya tentang kedatangan nabi akhir ini. Takkala itu
berlaku, bangsa beriman berdarah raja ini akan patuh menerima kerana
mereka tahu sesuatu di hadapan akan berlaku. Kedatangan islam juga
melahirkan wali-wali hebat di tanah melayu seperti wali 9 pertama, wali
songo jawa, wali 7 dan sebagainya. Ilmuan mereka tidak dapat di
sanggah lagi kerana jelas lagi bersuluh bahawa merekalah bangsawan
dan 'sultan' dalam bidang agama dan kepakaran masing-masing. Tapi
hairannya, kenapa ulama kini menidakkan wali-wali dahulu serta ajaran
mereka. Biar apapun, ini juga berlaku dek kerana sejarah. Kedatangan
'kaum muda' pada lewat 1800-an dulu telah membenamkan para 'kaum
tua' dengan bantuan kolonial dan sultan. Apapun, saya tidak mahu
mengulas lanjut mengenai itu.
Bukti lain adalah bentuk 'zakar' yang setiasa wujud di muka bumi ini. Jika
di lihat peta pentas sunda, kita akan dapat melihat bentuk 'zakar' atau
'tanduk' ini. Selain itu juga,
bentuk yang sama ada di semenanjung arab. Akhirnya, ia jelas kelihatan
dan bercantum dengan 'tubuh badan' dan terjadilah tanah melayu. Jadi,
apa maksudnya ini? Anda sendiri cari, tapi yang pasti di dalam Al-quran
ada menyebut banyak kali tentang 'berfikir' dan melihat tanda-tanda di
sekitar kamu. Jadi, fahamilah ia.

Lidah paling universal juga adalah gelaran untuk melayu. Meskipun di


dalam melayu terdapat rumpun-rumpun yang berbeza dialek, tapi mereka
ini dapat bertutur bahasa lainnya dengan cukup fasih. Cuba bandingkan
pertuturan bahasa inggeris antara cina, india dan melayu. Siapa lagi
fasih. Pada mulanya saya ingatkan cina tapi, bila di teliti balik, cina tidak
dapat bertutur elok tapi mereka bijak lantas terjadilah 'sleng' inggeris
singapore seperti di dalam sitkom phua chu kang. Anda perasan ia?!

Bukti yang paling kukuh adalah kepelbagaian warna kulit dan wajah di
dalam 'melayu'. Jika anda ke satu tempat, rupa wajahnya seperti orang
arab, tapi bila ke tempat yang lain, seolah-olah cina. Jadi, yang mana
satu melayu sebenar? Ada juga Mamak yang mengaku 'melayu' tapi
berang pula melayu yang lainnya. Jika nada fahami apa maksud melayu,
anda akan dapat membentuk prinsip 'menerima dan memberi' di dalam
persekutuan melayu ini.

Pergaduhan dalam mengiktiraf melayu mula terjadi-jadi takkala 'divide


and rule' berlaku. Ini di tambah pula dengan kepartian politik yang mana
frasa bangsa melayu mula di aplikasikan. Sedangkan bangsa Melayu tidak
wujud. Yang ada hanyalah melayu. Cukup sekadar melayu kerana melayu
itu bahasa dan melayu itu perlembagaan persekutuan kaum dan rumpun
etnik
dalam dunia melayu. Dek kerana itu jugalah Indonesia dan Malaysia tidak
reda-reda lagi permasalahannya. Ini belum di tambah dengan masalah
singapore dan selatan thailand. Jadi, di manakah silapnya?! Jika seluruh
nusantara mengetahu apa itu melayu sudah tentu semangat kemelayuan
ini akan bangkit kembali.

.....................................................................

KAITAN DENGAN MASA DEPAN

"Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke


rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan
perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang
zalim itu selain kebinasaan".
ayat 28, surah nuh

Pada era banjir besar dulu, NUH dan anak-anaknya menaiki bantera
lantas di gelar 'ahli rumah'. Asimilasi bangsa-bangsa yang sempat di
selamatkan dan di bawa ke atas bahtera itu menghasilkan satu bangsa
yang satu yang di gelar MIM. Di kalangan mereka adalah waris dari NUH
a.s yang harus menjadi raja kerana haqnya. Hal ini seterusnya di bawa
hinggalah ke hari ini. \Walaubagaimanapun, ia telah dirampas oleh
mereka yang tiada haq. Dek kerana itulah bangsa ini sudah 'tiada daulat'
dan islam umpama 'buih-buih di lautan'.

Pernah dengarkah frasa 'masuk jawi'? Frasa ini adalah perlambagaan


tentang seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah dan di saksikan
oleh beberapa orang sambil jari telunjuknya mengangkat lantas
membentuk MIM. Jadi, orang dulu telah berpegang pada frasa "masuk
islam, masuk melayu". Dek kerana itulah islam utuh di zaman dulu dan
tiada permasalah yang terjadi. Tapi kini tidak, semuanya mahu di ikut
akal yang boleh mati dan terhad itu. Semuanya harus mengikut logik
akal. Semuanya harus menuju permodenan dan barat. kalau nak jadi
ulama harus ikut Arab sebab mereka adalah pilihan tuhan. Kegilaan
apakah ini? Anda sendiri yang jawab.

Sabda Nabi: “Sesiapa yang menyerupai kaum tertentu, maka dia


termasuk dalam kaum itu”

Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali.


Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itu
pula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritual
keagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sini
cukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalam
kemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam.

Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidak
lah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanya
beberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya kerana
amanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifah
bukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu
khalifah itu apa? Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalam
memakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harus
mempunyai ilmu yang cukup untuk 'menguasai' yang lainya seperti jin,
malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-
mata. Tahukah anda Khalifah itu 'title' yang sangat besar. Khalifah
SULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya.

Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidak
terkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebut
mengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidak
terkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untuk
mengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah
pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun ia
rahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagi
kita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus
'seorang pembela islam' akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani tamin
itu?

.....................................................................

TA MIM

Tahukah anda bahawa quran di turunkan dengan berbahasa arab dan


surah pertama berbunyi iqra'.."bacalah" Bacalah di sini membawa maksud
'break the code'. Agama hanif mengandungi rahsia-rahsia dan rahsia itu
di simpan di dalam kitab dan pada dada mereka yang di beri keilmuan.
Kajilah dan anda akan jumpai sesuatu.

TA = tanah,
MiM= Melayu
Andalah pemuda-pemuda bani ta mim yang mampu menghancurkan
bukit bukau itu.

Kenapa tanah melayu saja?


Anda harus tahu di mana sudut geografi tanah melayu ini. Seperti saya
sebutkan di atas, Dunia melayu yang saiznya sebesar eropah ini
adalahsecara keseluruhannya di gelar tanah melayu. Tapi, sebenar-benar
TANAH itu adalah 'tanduk'/'Zakar'/'jantung' bumi ini.

Jadi, berbaik sangkalah sesama rumpun dan teruskan persatuan agar


MIM itu mekar berdiri di hujung zaman. Kita juga tahu bahawa, keturunan
di raja adalah dari keturunan iskandar zulkarnain. Jika di katakan
iskandar itulah cyrus the great, maka kita tahulah iskandar itu datangnya
dari parsi dan membawa bangsa aryan bersama ke sini. Tapi, harus di
ingat kesultanan haruslah tahu tentang ilmu agama, ilmu kebatinan,
ilmu perubatan, ilmu sains teknologi, ilmu kesaktian dan berbagai
lagi demi bergelar sultan. Jika tidak, anda hanyalah sultan pada nama.
\Ddirect to the point bukan?! Ini di tambah lagi dengan kesetiaan bangsa
asli (orang asli/pribumi) yang tinggal di sini dan di merata dunia. Mereka
tidak akan mengambil tahta bahkan mereka akan membantu untuk
membangun demi kesejahteraan bersama. Orang asli ini adalah mereka
yang terselamat di dalam banjir besar itu. Mereka tinggal di gua-gua.
Bukti arkeologi seperti Perak Man adalah bukti tentang wujudnya
komuniti orang asli ini yang telah tinggal di gua-gua selepas tamat era
banjir besar. Kemudiannya, mereka merantau dan menuju ke segenap
pelusuk dunia demi penerusan survival. Yang tinggal kini adalah saki baki
penduduk asal tanah sunda yan tidak lagi mahukan kehebatan kerana
cukuplah dengan bencana yang pernah berlaku dulu. Kenapa itu terjadi?
Ini kerana di sinilah bermulanya ketamadunan pertama dunia. Tidak
dapat terima hakikat ini?

Terdapat faktor-faktor Orang asli yang merantau ke seluruh dunia


(asalnya dari sini) dan terselamat dari banjir besar oleh Peter Bellwood
dalam buku the Austronesian:-

-berdasarkan rantaian makanan


-berdasarkan pengangkutan (perkapalan adalah teknologi paling
'advance' di tanah melayu)
-berdasarkan daya mengelak dari suhu sejuk (bila banjir surut, suhu jadi
sejuk)
-berdasarkan explorasi peta sekitar
-berdasarkan pembiakan waris
-berdasarkan material kegunaan

Berdasarkan teori ini, orang asli ini membuka penempatan di seluruh


dunia kerana mereka pada masa itu cukup 'advance; tapi kenapa kini kita
melihat mereka bercawat dan ketinggalan zaman. Ini kerana mereka
tidak mahu lagi keberadaan kerana keberadaan atau kekayaan nenek
moyang mereka dululah menyebabkan mereka hampir lupus di muka
bumi.
MEREKALAH SATU-SATU BANGSA YANG MASIH 'HIDUP' BERSAMA
BANGSA MIM. Walaubagaimanapun, proses asimilasi juga berlaku di
kalangan mereka dan 'pendatang' dari waris NUH. Maka terlahirlah Mala-
aborigin, Austranesian dan sebagainya. Apa yang penting adalah, mereka
ini cukup taat pada sultan yang di pilih setelah anak raja itu mengalami
proses pembelajaran 3,5,7 dan 9.

Apakah proses itu 3,5, 7, 9?


Proses ini adalah proses pembelajaran anak-anak raja demi menjadi raja-
raja agung. Pada usia kecil mereka akan di dedahkan dengan adat-adat
yang di pegang oleh kewalian 3, seterusnya belajar silat dari kewalian
5, seterusnya belajar agama dari kewalian 7 dan akhirnya belajar
tentang kehidupan dari kewalian 9. Mereka di dedahkan demi
mecncapai syariat,hakikat makrifat dunia dan akhirat. Akhirnya tahulah
mereka apakah itu ILMU SEGALA.

Ilmu segala yang telah di turunkan pada yang haq adalah lesen mengenai
siapakah mereka-mereka ini. Jika mereka mampu menyebut nama-nama
ilmu dalam titisan lautan keilmuan ALLAH, makanya, dialah waris
ADAM, NUH, IBRAHIM dan MUHAMMAD yang bertubuh manusia
berjiwa dewa.
Melayu tidak harus tinggalkan adat dan ilmu lama kerana itu adalah haq
melayu (sebagaimana bangsa lain, mereka juga di beri haq keilmuan
masing-masing). Islam pula adalah agama universal yang dapat
menyatupadukan umat di seluruh dunia. Tapi, sedihnya saya tidak dapat
melihat itu di zaman ini kerana masing-masing mahu menunjukkan siapa
lebih islam. Bagaimana mereka nyatakan mereka islam sedangkan hati
mereka tidak pun islam/selamat = tenang. Mereka melihat tubuh badan
orang lain sedangkan ALLAH lebih dekat pada urat leher pada diri sendiri.
Ini adalah kegilaan apa? Ini adalah bahana penyakit cinta dunia takut
mati yang sudah merasuk kedalam tubuh badan umat islam itu.

Akhir kata, ISLAM itu UNIVERSAL,bertemu MELAYU bersifat


UNIVERSAL, di tanah bekas UNIVERSAL.

Ajaibnya, inilah metafora syariat+hakikat+makrifat. Syariat=islam,


Hakikat=kerahsian melayu universal, Makrifat=bekas pentas sunda
syurga dunia. Sekali lagi saya ingatkan anda bahawa anda harus faham
apa itu melayu dan buangkan kebangsaan melayu buatan politik. Jika
tidak anda tidak mampu untuk menafsir apa yang sedang dan akan
berlaku. Jika sesuatu berlaku, mereka yang tidak ketahui tadi akan
sengsara dan merana lantas datanglah dajjal cuba menipu sedaya upaya
dengan hakikat makrifat yang menipu yang bersandarkan pada firaun.
Meskipun benar, tapi ia bukanlah kebenaran sebenar.

Dek kerana itulah takkala munculnya pak Dajjal ini, segala tok-tok imam
akan masuk geng dia. Ini kerana Dajjal mengetahui kerahsiaan hakikat
dan makrifat. Melalui itulah juga dia akan membelit kita semua. Mula-
mula mengaku sebagai penyelamat, kemudiannya sebagai nabi dan
seterusnya menjadi tuhan, sama seperti firaun lakukan. Pada era firaun
dulu, para firaun ini mengetahu hakikat yang cukup tinggi yang mana
sebarang kata mereka pasti jadi. Dari situ timbul bongkak dan akhirnya
dia bertemu seteru yang sama taraf dengannya yakni MUSA dan HARUN.
Dua orang nabi di hantar untuk menumpaskan firaun tapi akhirnya firaun
tumpas di 'makan' lautan. Apatah lagi tika dajjal ini keluar. Anda mampu
menanganinya?! Apapun, saya hanyalah seorang murid dan sedang
belajar dari anda juga.

Takkala ini, saya melihat ramai yang cuba untuk meng-arab-kan adat
serta jalan dakwah. Dek kerana itulah terjadinya 'perang' di antara umat
islam di seluruh dunia. Dakwah harus kreatif dan berdasarkan kesuaian
adat dan istiadat sesuatu kaum itu. Sekarang ini masih ramai yang
melihat serban dan janggut berbanding kain pelikat serta orang tua
bertongkat. Kita jarang melihat keilmuan di dalam diri seseorang itu. Kita
sering saja menyerang seseorang tanpa sebab lalu berdabik dada
mengatakan 'ilmu aku cukup kerana aku pernah belajar di al-azhar atau
telah mendapat PHD dalam sekian-sekian jurusan". Persoalannya, adakah
golongan ini yang akan membangkitkan sesuatu dari timur.

Apa yang saya lihat, golongan ini semakin menyemarakkan api


perselisihan dan pertelingkahan lastas membunuh saudara seislam
dengan label-label tertentu. Belum lagi di tambah dengan frasa politik dan
polimek. Islam dan melayu kelihatannya seperti sarkas. Alif wau
mim..sarkas.

.....................................................................
PENGAKHIRANNYA

Apa yang saya beritahu ini hanyalah kajian, pendapat dan soal selidik
saya selama ini dalam membongkar rahsia kemelayuan yang sering saja
di salah ertikan. Ini ditambah pula dengan mainan para pembelot bangsa
serta musuh-musuh di sekeliling kita tanpa kita sedari.
Tidaklah saya menyuburkan perkauman di sini tapi cukup sekadar saya
memberitahu apa makna MELAYU sebenarnya.

Ada pemimpin tahu akan rahsia MIM ini tapi mereka masukkan pula unsur
politik, terus jadi rojak. Jika anda ke UiTM Shah Alam, anda akan dapat
lihat dari jauh di bangunan chanselori, satu replika MIM yang berbentuk
keris di letakkan atas bukit. APA MAKNANYA INI? Di tambah pula dengan
sentimen politik pada tahun lepas di mana UiTM menyiarkan slogan "UiTM
benteng melayu terakhir". Fahamkah mereka apa yang mereka war-
warkan itu? Replika di atas bukit itu bermaksud bahawa bangsa melayu
ini datangnya dari bangsa-bangsa gunung (Pentas sunda yang tenggelam,
Tibetan, Aryan dan lain-lain).

Pergabungan ini akhirnya menjadikan Malaysia seolah-olah satu-satunya


negara yang mempertahankan kemelayuan?! Apakah indonesia tidak
begitu? Apakah Thailand lebih-lebih lagi selatan thai tidak
mempertahankan kemelayuan? Apa yang pasti mereka semua
mempertahankannya tapi tidak langsung bergabung atau bersatu akibat
politik, ketenteraan, keselamatan dan perbezaan pendapat serta
kepentingan sosio-ekonomi. Ternyata ketidaksatupaduan ini telah
meremuk secara halus kemelayuan sedikit demi sedikit. Mungkin lagi 10
tahun, kita tidak lagi akan di gelar melayu tapi sebagai satu negara
bangsa. Negara bangsa Malaysia, negara bangsa indonesia, filipina,
Thailanda dan sebagainya. Manakala sisa-sisa kota-kota lama akan di
ubah mengikut siapa yang memegang tampuk penguasaan itu. Jika di situ
budhaa yang pegang, maka candi tadi akan di nyatakan sebagai candi
budhaa 1000 tahun lalu!!! Kalau hindu pula, mereka nyatakan candi itu
milik hindu dan sebagainya. Akibatnya anak cucu tidak lagi dapat melihat
asal usul bangsa ini. Jadi, jika ini terjadi, selamat tinggal bangsa Melayu,
kerana kalian telah pun membangsakan MIM itu dan kalian termaktub
dalam sunnatullah tentang penghapusan bangsa-bangsa seperti di dalam
Al-quran. Maka, tunggulah bencana yang bakal menimpa.

"Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu ; maka apabila telah datang


waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan
tidak dapat memajukannya"
ayat 34 surah al-araf

Pilihan di tangan anda. Anda mahu memilih untuk menjadi negara bangsa
atau menjadi nusabangsa berNUSA-Antara (bermaksud;
international/universal). Itu adalah pilihan anda. Saya hanya memberi
sedikit bukti yang saya ketahui dan saya yakin terdapat banyak lagi bukti
di luar sana. Ini belum lagi di tambah dengan kenapa gempa bumi
berlaku di janda baik dan sekitar pahang serta baru-baru di negeri
sembilan. Kepada mereka yang telah membaca dan menganalisa teori
FUTURE PHENOMENON dari saya, sudah pastinya kalian akan dapat
melihat kenapa ianya berlaku dan kenapa di timur.

Ini ada sedikit lagi klue yang harus saya berikan. Antaranya ialah:-

-Waris Ibrahim adalah tanda pemegang ekonomi. Pada zaman dulu, waris
Hajar yakni bangsa arab memegang ekonomi dunia (tika empayar
khalifah bermula). Kemudian, di susuli dengan ekonomi para yahudi dan
campurannya (yakni zaman sekarang). Maka, masa depan adalah hak
milik waris dari Qeturah/Jawiyah ini pula. Tapi bagaimana pula ianya
bangkit. Itu anda sendiri yang jawab.

-Bunian adalah sebangsa dengan puteri Balqis yang berkahwin dengan


Nabi Sulaiman. Maka, dari situ lahirlah suatu bangsa 'jin tak jin, manusia
tak manusia'...Hanya alam melayu banyak perkara perihal bunian selalu
terjadi. Anda percaya?!

-Ketua Pemuda Bani Ta MIM ini adalah Syuib Salleh. Untuk mengetahui
kuncinya, carilah mengenai nabi Syuib (kaum Madyan) dan Nabi Salleh
(kisah unta)

-1435 Hijrah adalah tarikh 'akhir' seorang reformer atau mujaddid harus
'muncul. Sekarang menghampiri 1431, jadi di mana beliau?

-Melayu hebat kerana keilmuannya bukan kerana sifat badannya yang


berketul-ketul seperti puak-puak rom sana. Jika seorang melayu yang
berbadan kecil berlawan dengan seorang 'fighter' berbadan tegap dari
u.s, saya rasa fighter tadi akan kalah dulu. Ini kerana akalnya melayu itu
ligat dan cepat. Tapi kenapa sekarang sudah tidak ligat dan cepat? Anda
jawab!!!

-Orang sekarang sudah tidak menganggap melayu itu islam. Kerana islam
itu adalah islam, kenapa pula harus melayu. Memang benar pernyataan
tersebut. Tapi, jika anda seorang 'melayu', tidakkah anda juga seorang
islam. Zaman sekarang ini saja baru muncul Melayu kristian atau Melayu
hindu. Ini semua akibat 'kebebasan beragama'. Maka taniah saya
ucapkan. Lagi cepat bencana yang akan turun.

-Bencana yang selalu berlaku sering kali di anggap kebetulan atau


bencana akibat alam. Tapi bila di herdik mengenai islam, terus melatah
dan keluarkan hujah Al-quran dan hadis, tapi bila sebut bencana-bencana
ini tidak pula mereka kata itu adalah 'amaran' dari ALLAH. Tidakkah
mereka berfikir?!

-Kebangkitan adalah dengan perang? tak de benda lain ke? atau muslim
dah buntu mencari jalan demi kebangkitan islamiyah?!
Apa yang pasti, seorang 'melayu' itu tidak harus tinggalkan keilmuan
kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek
moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus
hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan
IHSAN kedalam diri.

IHSAN adalah 'engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan


engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka
ketahuilah bahwa Dia melihatmu.". Senang kata IHSAN itulah TARIQAT
yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini
berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh
untuk memusnahkan kita, seorang 'melayu islam' itu akan dapat
menghapuskan 1000 daripadanya. Inilah IKHWAN YANG TIDAK
TERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah
bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta
tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku
sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika
musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar,
bukannya pesilat.

"Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi


penghiba dan suka kembali kepada Allah."
Surah Hud ayat 75

.....................................................................
AKHIR KATA

Syukur Alhamdulilah akhirnya telah selesai amanah yang harus saya


sampaikan. Ia cukup-cukup membebankan dan selagi saya tidak
menyampaikan, ia akan memberatkan saya.

Definisi yang harus anda faham adalah:-

Bangsa MIM adalah asimilasi kepelbagaian bangsa lantas menjadi satu


identiti tapi masih mengekalkan ada istiadat sesuatu kaum yang asal.

Melayu pula adalah bahasa penyatuan yang menyatupadukan rumpun-


rumpun kemelayuan di dunia melayu.

Dunia melayu adalah geografik tempat tinggalnya rumpun-rumpun


melayu yang mana adalah bekas pentas sunda yang tenggelam dan ia
merangkumi semenanjung tanah melayu, kepulauan jawa, sumatra,
borneo, sulawesi, filipina, kepulauan polynesia, utara australia dan indo-
china.
Keilmuan Melayu adalah ilmu yang berasal dari nenek moyang
(mungkin dari jurai kenabian) yang mana merangkumi spiritual, fizikal,
sains, kimia kuno dan astronomi serta maritim. Ia juga merangkumi ilmu
keagamaan islam serta sedikit dari agama hanif Ibrahim.

MIM adalah huruf hijayiah/arab/jawi yang bermaksud Muhammad


rasullulah serta bersimbolkan anak kunci kepada sesuatu pintu.

Definisi yang saya ingin berikan mengenai bangsa mim+melayu islam di


nusantara ini adalah seperti berikut:-

"Bangsa asimilasi berjuraikan kenabian, berdarah para dewa dan


raja agung, dari tanah-tanah tinggi yang berasal dari tanah sunda
tertinggi yang mengamalkan syariat islamiyah serta hidup
berserumpun bersandarkan bahasa melayu sebagai bahasa
penantara"

Sekali lagi kita imbas untuk kali terakhir:-

"Nabi ADAM di beri ilmu segala dan di wariskan kepada anak cucunya
untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Kerana hebatnya ilmu itu, skala
kekhalifahan itu merangkumi langit dan bumi. Akibat dari kehebatan
mereka itu, para manusia ini mengidolakan mereka sehingga membuat
patung-patung lalu di sembah. Dek kerana itulah ada para dewa ini
menetap terus di 'langit-langit' dan tidak lagi mahu turun sehinggalah
pintu kayangan itu di tutup sepenuhnya tika kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w. Pintu itu tidak akan terbuka lagi tapi hanya yang berhaq atau di
beri ilmu warisan ini saja yang dapat berhubung dengan para kayangan di
'atas' sana. Di muka bumi pula, kekufuran telah berlaku dan berluasa
sehinggalah banjir besar terjadi. Banjir besar itu telah menenggelamkan
PENTAS SUNDA si tanah paling tinggi bergelar syurga dunia itu sehingga
hanya puncak-puncak paling tinggi yang kelihatan. Di puncak inilah kita
diami sekarang.

Bahtera NUH itu di penuhi dengan pelbagai ras kaum dan bangsa.
Besarnya Bahtera itu tidak di jangkau akal sehinggakan di gelar 'rumah'
pada tika itu. Proses asimilasi berlaku di dalam 'rumah' itu dan
menwujudkan bangsa MIM atau Quraisy kuno. Dari susur galur NUH ini
terbitnya bangsa-bangsa kini. Tapi, ada juga bangsa di musnahkan
kerana kesesatan yang nyata mereka bawa akibar dari penyembahan
sesama makhluk.Waris yang di beri ilmu segala ini seterusnya harus
mengajar dan mendidik kaum dan bangsa mereka. Ada yang di
musnahkan dan orang yang beriman dari kalangan bangsa musnah itulah
yang seterusnya menerbitkan bangsa baru sehinggalah membawa kepada
generasi kita.

Era Ibrahim adalah era di mana ketentuan di 'takdirkan demi masa


depan'. Hajar menerbitkan arab. Sarah menerbitkan Bani israel dan
Qeturah atau jawiyah ini menerbitkan madyan dan lain-lain yang mana
menerbitkan bangsa aryan lalu di bawa kemari waris itu oleh para
pelarian kemboja asli. Lalu di asimilasikan dengan penduduk asal di tanah
bekas pentas sunda yang tenggelam ini yakni orang asli yang telah
terselamat dan tinggal di gua-gua. Seterusnya hasil dari pedagangan
china dan arab membawa kembali salasilah Ibrahim dari susur galur
HAJAR. Salasilah SARAH pula di bawa secara rahsia oleh NABI MUSA
lantas di kenali sebagai the lost tribe. Kerana 'lost'nya tribe ini, maka ia
tidak dapat di jumpai sehinggalah kini ia di buka sendiri oleh para
pengkaji eropah serta cendikiawan dari sini.

Ketamadunan dari jurai kenabian ini telah di pegang oleh raja yang harus
mengetahui ilmu dunia dan akhirat. Jika tidak, atas nama saja sultan itu
berkuasa dan daulat itu tiada. Daulat itu adalah tanda adanya haq pada
mereka dan takkala daulat itu di sanggah, terimalah dikau akan balasan
kerana yang di pilih bukan kerana makhluk tapi keranaNYA. Jika tiada
haq, pasti bala akan terima dan akibatnya Melaka jatuh ketangan portugis
dan seterusnya pergaduhan sesama kesultanan terjadi. Maka, lahirlah
negara bangsa seperti sekarang ini. Tapi sudah pasti mereka yang amat
logikal akalnya akan berkata 'ahh..itu cuma kebetulan'. Kebetulan kepala
hotakkau berjambul kata P.ramlee. Apakah dunia ini juga di cipta kerana
kebetulan dan kebetulan pula kita sebagai manusia?! Anda yang jawab.

Kerahsiaan bangsa MIM baru atau di gelar MELAYU ini akhirnya di buka
dengan kerahsiaan demi kebangkitan kali kedua ISLAM. Jika bukan
kerana ISLAM, melayu takkan bangkit kerana ISLAM adalah penyebab
Melayu harus bangkit. Jika tidak, selamanyalah melayu itu me-layu dan
tidur di tendang-tendang oleh musuh-musuh di sekeliling. SANG NAG
SEDANG TIDUR, MARI KITA BUNUH DIA. Tapi, sekali naga bangkit, bukan
saja musuh malah bumi pun gentar. Ini termaktub dalam hadis nabi yang
mana kebangkitan adalah dari timur. Tapi, ramai orang beranggapan
timur itu di Asia tengah timur sikit, akibatnya perang tak sudah di
nyalakan di sana. Tak puas dengan itu, nusantara pun terkena biasnya.
Ekonomi meruntuh tapi nak runtuhkan bagaimana jika 'giliran
perekonomian IBRAHIM' itu sedang berlangsung.

Kita lihat saja dalam masa terdekat, mungkin 1-2 tahun ini, sistem
kapitalis atau ekonomi yang di pegang oleh yahudi dan para
campurannya akan mendesup jatuh tanpa di selamatkan lagi. Tiba-tiba,
muncul pula ramai orang kaya di sekitar nusantara. Nanti anda
saksikanlah ia."

Demi 1431 hijrah yang jatuh pada hari jumaat serta tahun 2010 yang
juga jatuh pada hari jumaat dan bertajul mulukkan 'air', maka kita akan
lihat bangsa 'air' akan mengambil alih bintang 'ikan' kepada 'balang berisi
air' ini. Jika mahu berjaya, sistem maritim adalah kekuatan nusantara
ketika dulu. Pelabuhan dunia adalah gelaran kita. Selain itu, wujudkan
juga keilmuan lama yang di beri nafas segar seiring dengan masa serta
beralaskan syariat islamiyah yang benar agar ia tidak lagi terpesong dan
tiada lagi 'jin belaan' akan di gendong. Wujudkanlah juga sains islam
yang tidak langsung memandang barat yang hanya percaya pada tuhan
fizikal. Kita berspiritual dan berfizikal dan kita adalah sempurna kerana
kita memiliki kedua-dua elemetn. Jika ini berjaya, nanti lihatlah
kenyataan "cacat seorang lelaki itu jika tidak dapat berjalan atas air dan
terbang" akan menjadi kenyataan.

Realiti ini amat jelas jika kita melihat di sana sini orang mulai mencari
spiritual dan kekuatan tenaga alam semesta. Realiti itu sehinggakan di
pawagam ada saja Hollywood menayangkan cerita-cerita 'superpower'
seperti x-man dan sebagainya agar bila orang menceritakan perkara itu,
lantas mereka akan memotong lalu berkata "kau banyak tengok movie
ni". Apakah ALLAH itu lemah dalam memberikan sesuatu yang di luar
adat manusia. Adat manusia kini saja yang tidak mempercayai kekuatan
spiritual sedangkan ianya adalah kebiasaan pada zaman dulu kala. Maka,
fikirkanlah. Apapun, sekali lagi saya katakan bahawa siri-siri bangsa MIM
ini adalah kajian, pendapat, hasil pengumpulan data dan cerita orang
lama. Maka, ianya hanyalah 'tool' untuk anda untuk mempercayai bahawa
kisah kebangkitan akhir zaman bukanlah satu dogengan atau cerita
bertaraf 'Harry Potter'.

Oleh itu, di tangan andalah ianya akan di luaskan. Jika anda sayangkan
Islam dan Melayu, maka sebarkanlah ia dengan kreativiti anda sendiri.
Jangan pula taklid pada ilmu saya kerana ilmu saya masih cetek. Kaji dan
analisalah klue dan 'tools' yang saya berikan ini agar kebangkitan islam
kedua akan menjadi realiti. Insyallah ianya akan menjadi realiti. Akhir
kata dari saya, ampun maaf jika ada salah silap dalam karya ini dan
semoga ianya dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Dunia adalah permaian dan gurauan tapi AKU tidak bermain dengannya.

”Barangsiapa Yang Mengamalkan Ilmu Yang Ia Ketahui Maka Allah Akan


Memberikan Kepadanya Ilmu Yang Belum Ia Ketahui”. (HR Imam Ahmad)

“Apabila jiwa manusia benar-benar berjanji akan meninggalkan semua


dosa, nescaya akan terbang dia ke alam malakut (di langit), kemudian
kembali membawa berbagai ilmu hikmah tanpa berhajat pada guru”. (HR
Imam Ahmad)

Allah berfirman kepada Isa: “Aku akan mengirimkan satu umat setelahmu
(ummat Muhammad Saw.), yang jika Aku murah hati pada mereka,
mereka bersyukur dan bertahmid, dan jika Aku menahan diri, mereka
sabar dan tawakal tanpa [harus] mempunyai hilm (kemurahan hati) dan
„ilm [ilmu].” Isa bertanya: “Bagaimana mereka bisa seperti itu ya Allah,
tanpa hilm dan „ilm?” Allah menjawab: “Aku memberikan mereka
sebagian dari hilmKu dan „ilmKu.”(Hadis Qudsi; Futuh Mishr wa
Akhbaruha)
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"
Hang Tuah

Anda fahaminya sekarang?!

.....................................................................

rujukan:-

-Al-QURAN dan hadis


-EDEN in the east, STEPEHN OPPENHEIMER
-ATLANTIS; FINALY FOUND, Prof Arysio Santos
-Hikayat Inderapura
-Hikayat Merongmahwangsa
-Hikayat Sejarah Melayu
-cerita-cerita orang tua

artikel oleh future phenomenon at 2:08 PM

You might also like