Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
440Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 28,877 |Likes:
Published by wakafan

More info:

Published by: wakafan on Mar 07, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/14/2013

pdf

text

original

 
PERMAINAN BAHASADALAM PENGAJARAN DANPEMBELAJARANBAHASA ARAB
Oleh:Nazri bin SamsudinISI KANDUNGAN:PengenalanObjektif Permainan BahasaKelebihan Permainan BahasaBentuk Pengelolaan Permainan BahasaContoh Permainan Bahasa dalam P&P Bahasa Arab Tahun 2
1
 
 
Pengenalan
Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yangdilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuandan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dansantai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru
1
.Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakansalah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arabmutakhir ini.Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiranmendengar, bertutur, membaca dan menulis.
1. Objektif Permainan Bahasa
Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalamsistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tujuini dirangkumkan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu
2
:
1.1
 
Merangsang interaksi verbal pelajar
Dalam permainan bahasa, para pelajar akan diminta bercakap dan mempraktikkanungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikankerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya secara aktif. Tiada seorang pun daripadamereka dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka.
1
Radhi Fauzi Hanafi (Dr),
 Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-Ibda’iy
 
)
2
Lihat 5 isi penting ini dalam:http://bobezani.tripod.com/teknik.htm. Huraiannya pula adalah daripada penulis sendiri.
2
 
1.2
 
Menambah kefasihan dan keyakinan
Permainan bahasa bertujuan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa sertamenambahkan keyakinan diri para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsungmereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yangdipelajari.
1.3
 
Menyediakan konteks pembelajaran
Permainan bahasa bukan sahaja boleh digunakan selepas selesai pengajaransesuatu isi pelajaran tetapi ia dapat menyediakan konteks pembelajaran itusendiri. Pelajar dapat lebih mengikuti proses pembelajaran apabila sesuatuaktiviti seperti permainan bahasa dijalankan dalam masa yang sama pengajaran guru dilakukan. Ini dapat dilakukan apabila pelajar menjalankan permainan bahasa dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi mengawasi danmemantau pembelajaran mereka.
1.4
 
Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapioleh guru apatah lagi para pelajar yang perlu memahami isi kandungan pelbagai mata pelajaran. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan inidengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaanseronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran gurudengan lebih baik.
1.5
 
Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan
Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar  bermasalah yang memerlukan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau pengayaan bergantung kepada tahap penguasaan mereka selepas melaluiaktiviti biasa seperti mendengar penerangan guru, soal jawab dan membaca buku teks. Maka permainan bahasa sangat membantu dalam mengatasimasalah pembelajaran.3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->