dan kemudian dicelupkan ke dalam pewarna. Dalam proses tersebut,terdapat beberapa cara mengikat kain. Setiap jenis ikatan akanmenghasilkan corak yang berlainan. Di antara jenis ikatan yang selaludigunakan ialah cara simpulan, ikatan, lipatan, dan juga jahitan. Corak yangakan dihasilkan adalah corak jenis mengembang. Besar atau kecil corak yang akan terhasil adalah bergantung pada celupan dan cara lipatan kaintersebut. Teknik celupan juga menentukan penghasilan corak keranasekiranya celupan dibuat terlalu dalam corak yang terhasil adalah besar,sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang akan terhasil adalah kecil.
Sejarah corak ikatan dan celupan
Mengikut catatan sejarah, corak kain ikatan dan celupan dalam bentukprimitive diketahui wujud sejak 2000 tahun di Parsi dan Mesir. Di NegaraChina dan Jepun, kain bercorak begini mula digunakan sejak abad ke-tujuhdan ke-lapan lagi. Di Tanah Melayu, kain bercorak sebegini muladiperkenalkan sejak abad ke-15 Masihi iaitu pada zaman pemerintahanParameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telahdiperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah tekstil Malaysia muladiketahui pada abad ke-18 apabila Batik Minah Pelangi memulakanperusahaan kain batik di Terengganu. Dalam tahun 1911, Haji Che Su B.Haji Ishak memulakan perusahaan kain batik di Lorong Gajah Mati, KotaBaharu, Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalahmenggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi”.Pada masa itu kain diimport dari Thailand jenis “ Kain Pereir” sementaraitu warna dibuat sendiri menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warnakain batik pelangi hanyalah biru dan hitam sahaja.