2kurang arif dan kurang mahir dengan Bahasa Melayu tentu akan menghasilkan terjemahan yangkurang bermutu dan sukar difahami maksud terjemahannya.
3. Mempunyai Pengetahuan Dalam Bidang Atau Disiplin Ilmu Yang Hendak Diterjemah
Seandainya bidang yang digarap adalah bidang tafsiran umpamanya, maka penterjemah perlulahmempunyai sedikit sebanyak pengetahuan mengenai tafsir agama. Ia dapat memindahkan teksberkenaan ke dalam bahasa kedua dengan tepat. Sebaliknya kalau teks yang diterjemahkan itudalam bidang falsafah, undang-undang, sains, teknologi, politik dan sebagainya, penterjemah jugaperlu mengetahui sedikit sebanyak selok-belok bidang yang berkenaan.
4. Memahami Teori Dan Amalan Terjemahan.
Menterjemah bukan sejadar mencari perkataan-perkataan padanan untuk menggantikan teks asalke dalam bahasa kedua. Sebaliknya ia adalah usaha memindahkan idea, maklumat, semangat dankesan gaya teks yang diterjemahkan. Ini bererti penterjemah perlu memiliki ilmu pengetahuansecukupnya mengenai teori, konsep, prinsip dan kaedah penterjemahan semasa menggaraptugas-tugas berkenaan.
5. Objektif Dan Tidak Merubah Makna Asal Teks.
Seorang penterjemah terlepas daripada pandangan peribadinya; baik akur atau kontra terhadapidea pengarang yang diterjemahkannya, tidak boleh meminda dan merubah pandangan asaspengarang terhadap sesuatu topik atau isu. Penterjemah tidak boleh memutarbelitkan terjemahansehingga sesuai dengan pemikiran dan pandangan peribadinya. Akan tetapi ini tidak bermaknamengekang penterjemah untuk membuat
‘touch up’
yang memperelok lagi teks terjemahannyadalam bahasa kedua tanpa merombak atau meminda pendirian asal penulis.
6. Menyedari Dan Tidak Salah Tanggapan Tentang Tugas, Peranan Dan MatlamatPenterjemahan.
Bukanlah tanggungjawab penterjemah untuk mengekalkan bentuk-bentuk dan struktur ayat yangterdapat dalam teks asal, justeru itu memang sifat teks asal. Tetapi apa yang penting ialahmemindahkan makna, mesej, kesan dan semangat teks asal dalam teks bahasa kedua denganmeninggalkan kesan psikologi yang paling maksima dalam pemaparan teks terjemahan dalambahasa kedua.Kendatipun sebahagian penterjemah sedar hal ini, namun dalam realiti tugas mereka kadang-kadang mereka terperangkap dengan sikap
stereotype
di atas. Hal ini menyebabkan terhakisnyamutu hasil terjemahan mereka.
7. Bebas Dari Sangkar
“Translationese”.
Kadang-kadang gaya bahasa yang pelik, berbelit-belit, kabur, aneh kita temui dalam teksterjemahan. Gaya ini sering dijustifikasikan kerana kesukaran ilmu atau disiplin yang dipelajari.Tetapi ia sebenarnya terbit dari kaedah penterjemahan lentral dan harfiah yang tidak disedari olehpenterjemah berkenaan; sebagai hasil faktor keadaan yang terdesak atau kelalaian. Oleh itu,
www.scribd.com/agnostika