Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
72Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
1.0 1.1 Konsep Dan Prinsip Perkembangan Kanak

1.0 1.1 Konsep Dan Prinsip Perkembangan Kanak

Ratings: (0)|Views: 6,972|Likes:
Published by airasharina

More info:

Published by: airasharina on Mar 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

09/27/2013

pdf

text

original

 
1.01.1KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK- KANAKkonsepSetiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan melaluiproses pertumbuhan dan perkembangan mereka.Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sel sehingga akhir hayat organisma. Menurut Crow dan Crow (1980), perkembangan merupakan perubahan secara ‘kualitatif’. Ia juga cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Atan Long (1980), turut menyatakan perkembangan pada manusia ialah perubahan yangbersifat kualitatif. Tetapi, sifat perubahan ini tidak dapat diukur, malahan jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Menurut Paul Eggan dan Don Kauchak pula, mereka berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berurutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripadapembelajaran, pengalaman dan kematangan. Selain itu, Slavin (1997) berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu berkembang dan membesar, menyesuaikan diri kepada persekitaran dan berubah melalui peredaranmasa. Menurut Karl E. Garisson pula, perkembangan jasmani dan pembelajaran merupakan satu tindakan yang saling berkaitan. Semua perkembangan, sama ada berbentukstruktur, kemahiran satu siri tingkah laku adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan bersifat sejagat. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur.EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak  1
 
1.2Prinsip-Prinsip Perkembangan Kanak- Kanak Di dalam prinsip perkembangan kanak- kanak, terdapat beberapa prinsip yangboleh kita ketahui. Menurut buku perkembangan kanak- kanak oleh penulis Haliza Hamzah, Joy N. Samuel dan Rafidah Kastawi dan penulis Mok Soon Sang, proses perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut arah tertentu mengikut aturan dan dapat diramalkan seperti dari arah kepala ke kaki (cephalocaudal), mengikut struktur danfungsi (kepala dahulu sebelum badan dan kaki). Arah tengah ke tepi (proximodistal), dari tengah menghala ke tepi badan (tangan gerak dahulu baru gerak tangan dan jari). Untuk melihat perkembangan kognitif dan bahasa mereka, ia bermula daripada perkembangan konkrit kepada abstrak. Prinsip kedua ialah proses perkembangan mengikut susunan dan serupa bagi semua ahli. Sebagai contoh, ada yang dahulu dan ada yang kemudian, tapi urutan tidak berubah. Pada kebiasaannya bayi akan berdiri dahulu sebelum berjalan. Proses perkembangan bayi sama dalam semua peringkat melainkan bayi yang lahir awal, mungkin akan lambat dalam beberapa aspek. Dalam prinsip ketiga, proses perkembangan kanak- kanak berlaku daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum kemudian khusus. Otot- otot besar akan berkembang dahulu berbanding otot yang kecil. Seterusnya, prinsip keempat menyatakan bahawa perkembangan kanak- kanak berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku berterusan daripada lahir kepada mati. Kemahiran yang dimiliki kanak- kanak akan bertambah dan sentiasa menerima kemahiran yang baru mengikut peringkat. Selain itu, perkembangan kanak- kanak berlaku mengikut kepantasan yang berbeza walaupun corak dan aturan perkembangan mereka sama. Tidak semua kanakkanak mencapai tahap perkembangan yang sama. Perkembangan yang lambat akan mengganggu perkembangan yang lain sebagai contoh sesetengah kanak- kanak boleh berjalan pada umur 10 bulan tetapi ada juga kanak- kanak yang boleh berjalan pada umur 18 bulan. Ini akan menjejaskan perkembangan emosi dan sosial kanak- kanak tersebut. Prinsip perkembangan seterunya berlaku mengikut peringkat iaitu peringkatbelum lahir, bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku saling berkait dengan proses perkembangan. Inibermakna, perubahan ini melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. EDU 3102 Perkembangan kanak- kanak  2
 
Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, prosespenyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.2.0Faktor yang Mempengaruhi PerkembanganTerdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak iaitu bakadan persekitaran. Baka atau keturunan diperoleh daripada ciri- ciri perwarisan yang dibawa daripada ibu bapa kepada anak- anak mereka. Oleh kerana itu, menuruthasil kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yangberbeza. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang pintar akan melahirkan anak yang juga pintar. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warnamata dan lain-lain amat dipengaruhi oleh baka yang diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak mereka. Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikaldan mental. Baka juga boleh mempengaruhi kemampuan mental dan fizikal kita samaada pandai atau tidak pandai. Faktor baka atau keturunan dibawa oleh individu sejak dalam kandungan hingga kelahiran lagi. Mengikut kajian, kromosom mengandungibahan DNA dan RNA. Sifat baka ibu bapa dibawa oleh gen- gen masing- masing di dalam bahan DNA dan RNA tersebut. Individu yang normal biasanya mempunyai 23 pasangan kromosom. Dalam proses persenyawaan, percantuman sel sperma dan sel ovum akan membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing- masing. Setelah proses pertukaran kromosom berlaku, ciri- ciri baka tersendiri akanterbentuk dan akan diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan. Setiap pasangan kromosom mempunyai gen- gen yang mengandungi cetakan trait dan ciri- ciri kebakaan daripada ibubapa. Rajah 1 merupakan proses persenyawaan yang akan menjadikan bakasebagai faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak- kanak. Seperti yang telahdifahami, baka diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Walaupundalam peringkat pertumbuhan yang sama, kadar perkembangan setiap individu tetapberbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Ini dibuktikan EDU 3102Perkembangan kanak- kanak  3

Activity (72)

You've already reviewed this. Edit your review.
Anisa Prayet Anis added this note|
LIKE
1 thousand reads
1 hundred reads
amal_chan liked this
Nie Shirly liked this
Woei Tian liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->