Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
9Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Tenaga Suria Kepada Sistem Dan Hidupan

Peranan Tenaga Suria Kepada Sistem Dan Hidupan

Ratings: (0)|Views: 298 |Likes:
Published by sportinggirl_ana
PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI Kepentingan kepada sistem bumi: Suria merupakan punca tenaga utama bagi meneruskan kelangsungan proses dalam sistem bumi dan juga kelangsungan hidup manusia, haiwan serta tumbuhan. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi aspek-aspek seperti yang berikut: Kepentingan kepada sistem atmosfera. Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba. Tanpa tenaga haba, tindakan angin,hujan/kerpasan, ribut taufan, pet
PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMI Kepentingan kepada sistem bumi: Suria merupakan punca tenaga utama bagi meneruskan kelangsungan proses dalam sistem bumi dan juga kelangsungan hidup manusia, haiwan serta tumbuhan. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi aspek-aspek seperti yang berikut: Kepentingan kepada sistem atmosfera. Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenaga haba. Tanpa tenaga haba, tindakan angin,hujan/kerpasan, ribut taufan, pet

More info:

Published by: sportinggirl_ana on Mar 08, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/23/2011

pdf

text

original

 
PERANAN TENAGA SURIA KEPADA SISTEM DAN HIDUPAN DI BUMIKepentingan kepada sistem bumi:
Suria merupakan punca tenaga utama bagi meneruskan kelangsungan prosesdalam sistem bumi dan juga kelangsungan hidup manusia, haiwan sertatumbuhan. Peranan tenaga suria kepada sistem bumi meliputi aspek-aspekseperti yang berikut:
Kepentingan kepada sistem atmosfera.
Semua proses dan fenomena dalam atmosfera bermula dengan adanya tenagahaba. Tanpa tenaga haba, tindakan angin,hujan/kerpasan, ribut taufan, petir danlain-lain lagi tidak akan berlaku.Contohnya dalam proses kejadian hujan. Bermula dengan tenaga suria yangakan memanaskan permukaan air seperti laut dan sungai.Tenaga haba yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan wap-wap air tersejat ke udara.Semakin tinggi wap-wap air naik ke udara, proses kondensasi akan berlaku yangmenunjukkan tenaga haba dalam jisim udara tersebut semakin berkurangan atausuhu di dalamnya semakin rendah sehingga wap-wap air tadi tepu untuk turunsebagai hujan.Begitu juga dengn angin, syarat yang membolehkan angin bertiup ialah mestiada perbezan tekanan udara. Perbezaan tekanan udara ini wujud akibatperbezaan suhu tau tenaga di antara dua tempat.Mengikut Hukum Boyle, apabila suhu tinggi maka tekanan udara menjadi rendahdan apabila suhu rendah maka tekanan udara menjadi tinggi.Angin akan bertiup dri tekanan tinggi ke tekanan rendah. Semakin besaperbezaan tekanan ini maka angin akan berukar menjadi ribut, taufan, tornadodan sebagainya.
Kepentingan kepada sistem geomorfologi.
Untuk membolehkan semua proses geomorlogi sepertiluluhawa,hakisan,pengangkutan,dan pemendapan berlaku mesti adanya tenagahaba dari sinar suria.Tenaga ini akan bertukar kepada pelbagai bentuk khususnya tenaga potensi dan juga tenaga kinetik.Kedua-dua tenaga ini menjadi penentu kepada kelangsungan proses-prosesgeomorfologi di muka bumi ini.Dalam proses luluhawa fizikal tenaga suria(haba) diperlukan untuk meningkatkandan menurunkan suhu mengikut perubahan siang dan malam.Perubahan tenaga haba ini akan menyebabkan batuan menjadi leburpanas dansejuk dan seterusnya tersepai. Begitu juga dengan luluhawa kimia, tenaga habadiperlukan untuk membolehkannya beroperasi.
 
Mengikut prinsip Vant Hoff “syarat mula luluhawa kimia bertindak ialah padasuhu 10 dan setiap kali suhu meningkat sebanyak 10 maka kadar tindak
 balas kimia batuan akan turut meningkat 2 atau 3 kali ganda.Dalam proses hakisan pula, tenaga yang bertindak ialah tenaga kimia yang jugaberasal daripada tenaga haba suria yang telah mengalami perubahan.Semakin laju pergerakan air sama ada sungai,ombak, atau glasier maka tenagakinetik yang terhasil adalah tinggi dan ini akan menyebabkan kadar hakisan jugamenjadi tinggi.Dalam kes hakisan glasier misalnya, kadar hakisan akan berganda pada musimpanas kerana pada masa itu kuantiti glasier yang cair adalah banyak. Kecairanglasier hanya berlaku apabila mempunyai tenaga haba suria yang mencukupi.
Kepentingan kepada sistem hidrologi
Kitaran hidrologi biasanya dimulakan dengan proses sejatan permukaan dan juga sejat-peluhan tumbuhan serta tanih.Mengikut RJ Chorley (1969) untuk memulakan sejatan di permukaan air laut,tasik dan sungai memerlukan sejumlah 600 kalori haba bagi setiap satu gram air pada suhu 100°c.Begitu juga dengan proses sejat-peluh dari tumbuhan dan lembapantanih.Tumbuhan memerlukan tenaga haba untuk melakukan proses transpirasibagi membolehkan wap-wap air terbebas menerusi liang stomanya.Semakin tinggi haba maka kadar transpirasi semakin meningkat.
Kepentingan kepada sistem ekologi.
Dalam konteks ekologi, kepentingan tenaga suria boleh dilihat dari 2 aspek iaitukepentingannya kepada ekosistem dan juga kepentingannya kepada tumbesarantumbuhan dalam ekosistem.Ekosistem melibatkan rantaian makanan, untuk membolehkanbekalan tenagasuria yang cukup kepada tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar.Tanpa tenaga suria tumbuhan tidak dapat melakukan proses fotosintesis untukmembuat makanannya.
Tenaga suria juga penting dalam tumbesaran hutan semula jadi.
Dengan adanya bekalan suhu dan hujan yang cukup ini maka pelbagai pokokkayu keras seperti cengal,seraya dan balau tumbuh dengan baik di sampingtumbuhan menumpang dan melilit, spora serta paku pakis dan sebagainya.Kepelbagaian jenis tumbuhan ini pula telah menjadi habitat pelbagai jenis faunadi dalam ekosistem hutan

Activity (9)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
rizman15 liked this
Burhana Ann V liked this
mianus liked this
mianus liked this
motorolasyafiq liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->