You are on page 1of 8

7.

5 Injap-injap

7.5.1 Am

Injap-injap adalah peralatan penting dalam sistem saluran paip. Fungsi injap-
injap adalah:-
- Mengawal kadar aliran air.
- Memberhentikan aliran air.
- Menyekat hala aliran air.
- Melepaskan udara daridalam paip dan membolehkan udara
masuk ke dalam paip bila paip dikosongkan.
- Melegakan tekanan daripada dalam paip.
- Mengurangkan tekanan air.
- Membuang kotoran dari dalam paip air.
- Memberikan sambungan ke hose bomba.

Untuk memnuhi fungsi-fungsi yang berasingan ini, injap-injap tertentu telah


direka untuk dipergunakan. Rajah 1 menunjukkan jenis injap-injap yang biasa digunakan dan
keterangan ringkas mengenaai Injap-injap ini adalah seperti berikut:

7.5.2 Injap Sluice (Sluice Valve)

Injap sluice adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3a dan injap sluice
adlah untuk memberhentikan pengaliran air. Injap jenis ini boleh didapati dalam saiz 1 ½”
henigga ke 48”. Besi tuang digunakan untuk membuat badan injap itu dan gun-metal untuk
pintu injap yang berbentuk baji.
Injap sluice boleh didapati dengan hujungnya berbenang, bebibir, bersoket atau
licin. Injap hujung llicin Cuma boleh diperoleh hingga saiz 12”. Injap yang besar-besar biasanya
dikekalkan dengan hujung berbibir. (flanged ends)

7.5.3 Injap Mencuci (scour valve)

Injap mencuci (scour) dipasang dicawangan saluran paip untuk membolehkan


kekotoran dari dalam paip dialirkan keluar. Untuk membuka atau menutup cawang itu, injap
sluice digunakan. Injap-injap mencuci ditempatkan dibahagian terendah dalam sesuatu
bahagian saluran paip dan juga dihujung-hujung paip yang buntu. Salah satu contoh aturan
injap mencuci ada ditunjukkan dalam rajah 3.b

7.5.4 Injap Udara

Injap udara adalah bertujuan melepaskan udara dari dalam paip semasa mengisi
air kedalam paip kosong dan melepaskan gelembong-gelembong udara yang terperangkap
dalam paip semasa dalam bertugas. Ia juga bertujuan membolehkan udara masuk kedalam
paip bila bila paip dikosongkan dan ini bertujuan mengelakkan paip dari pecah sebab jika ianya
tiada hampagus (vacum) boleh wujud dalam paip. Injap udara selalunya ditempatkan di puncak
sesuatu seksyen paip atau bila-bila gradient paip berubah dengan banyaknya secara tiba-tiba.

Ada dua jenis injap udara yang kedapatan. Injap udara tunggal (single Air Valve)
dan injap udara kembar (double air valve). Injap udara tunggal boleh didapati dalam liang kecil
(small orifice) atau liang besar (large orifice). Injap udara liang kecil ini gunanya untuk
melepaskan udara dalam tekanan air semasa bertugas dan injap udara liang besar, pula
membolehkan udara keluar semasa paip diisi dan masuk semasa paip dikosongkan.
Injap udara kembar mengandungi liang besar beserta liang kecil dan oleh tu ianya
menggabungkan fungsi-fungsi injap tunggal liang kecil dan liang besar tadi. Rajah 3.b (i) dan
3.b(ii) menunjukkan rajah injap-injap udara.

7.5.5 Injap Sekat hala (reflex Valve)


Injap sekat hala (reflex valve) adalah juga dikenali dengan panggilan “check
valve” atau ‘non return valve”.Air hanya boleh mengalir dalam satu hala sahaja. Jika air cuba
menghala berbalik, injap ini akan tertutup dengan sendirinya dan menyekat pengaliran itu
Dengan demikian, injap ini luas dipergunakan dalam saluran paip mengepam dan ditempatkan
diantara pam dan injap sluice. Oleh sebab hala aliran air tidak boleh berbalik, kerosakan pam
disebabkan tolakan berbalik oleh air dapat dihindarkan. Rajah 3 c menunjukkan rajah injap
sekat hala.

7.5.6 Injap Bola atau Lampong (Float Valve)

Injap ini digunakan untuk mengawal air masuk kedalam tangki atau kolam dan
ianya dipasang dibahagian atas, hujung paip air masuk ke tangki. Injap ini digerakkan oleh satu
pelampung atau bola yang terapung di permukaan air. Bila paras air turun, pelampung ini turun
bersama dan injap ini terbuka. Bila paras air naik dan menutup injap air masuk secara
automatik. Contoh injap ini boleh dilihat dalam rajah 3d

7.5.7 Injap Lega Tekanan (Pressure Relief Valve)


Injap ini ditunjukkan didalam rajah 3 e sebagai contoh. Ianya boleh dipasang di
saluran paip disebabkan “water Hammer” yang wujud bila alat mengepam terberhenti dengan
tiba-tiba.Oleh sebab injap ini boleh melegakan tekanan air dari memuncak tinggi, maka saluran
paip menjadi lebih selamat.

7.5.8 Injap Pili Bomba (Hydrant)

Injap ini bertujuan membolehkan pihak Jabatan Bomba membuat sambungan


hose ke saluran paip dan mendapatkan air untuk melawan kebakaran. Ada dua jenis injap yang
boleh didapati satu pili bomba bawah tanah (ground Hydrant). JKR banyak mengunakan
‘Ground Hydrant’ atau pili bomba bawah tanah kerana ingin mengelakkan pili-pili ini
dipernakalkan dan dirosakkan jika dipasang atas tanah. Walaubagaimanapun, “Post Hydrant”
adalah menyenangkan penggunaan oleh pihak Bomba. Rajah 3 f menunjukkan contoh pili
bomba bawah tanah ini.
 Injap Bebola dan Sistem Elektrod Automatik
Untuk bekalan secara graviti injap bebola digunakan dari jenis yang
mengikut piawaian yang diluluskan, untuk menyekat aliran ke tangki bila tangki
itu sudah penuh. Untuk bekalan melalui pam, penggunaan sistem elektrod
automatik diperlukan.

 Tangki Mengurang Tekan (Breakpressure tank) atau Injap


Mengurangkan Tekanan (Pressure Reducing Valve)

Untuk bangunan yang tinggi dan menggunakan tangki diparas bumbung,


paip-paip plumbing di paras bawah akan mengalami tekanan yang tinggi. Jadi
perlu digunakan tangki “Breakpressure” atau injap mengurang tekanan. Ini
bermakna alat kelengkapan yang dialirkan dari tangki “breakpressure” ini atau
injap ini akan mengalami tekanan yang kurang dan dapat menghidarkan dari
kerosakan. Paras dimana tangki ini ditempatkan atau kadar penurunan tekanan
oleh injap sepatutnya di tentukan berasaskan kekuatan paip dan alat-alat
menanggung tekanan. Walaubagaimanapun jabatan air selalunya menghadkan
mengikut paras, sebagai contoh sebuah jabatan akan menetapkan bahawa
setiap 100 kaki perlu diadakan tangki atau injap ini.

Ini adalah diantara perkara-perkara penting yang perlu diawasi. Masih


banyak lagi perkara-perkara yang lebih terperinci perlu dipelajari. Adalah
dinasihatkan agar Kaedah Bekalan Air yang disertakan itu difahami dengan lebih
terperinci.
INJAP LAMPUNG
OUTLET KE TANDAS & DLL

OUTLET KE DAPUR

METER BERASINGAN

PAIP AWAM
SISTEM GRAVITI
SAMPLING POINT

SUB METER

METER BESAR

INJAP SEKAT HALA


TANGKI SEDUTAN

PAM

PAIP AWAM
SISTEM PAM

SISTEM ELEKTROD

OUTLET KE TANDAS & DLL

INJAP SEKAT HALA

METER BESAR

PAM

PAM PNEUMATIC

PAIP AWAM

SAMPLING POINT S
SISTEM PAM
(AIR MINUMAN BERASINGAN MENGGUNAKAN PAM ‘PNEUMATIC’)

You might also like