You are on page 1of 5

Diabetes Mellitus 

Apakah Diabetes Mellitus?


• Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di
dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
• Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ
Pankreas.
• Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan
glukos dari darah ke dalam sel.
• Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel,
sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.

Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?


• Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
o Diabetes Mellitus jenis 1
o Diabetes Mellitus jenis 2
• Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia
meliputi > 90 % kes kencing manis.

Adakah penyakit ini sering berlaku?


• Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia
dianggarkan kurang dari 1 %.
• Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah
kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus
jenis ini.

Kanak-kanak obesiti
Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus?
• Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui
• Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
• Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1. Ia
adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang
tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
• Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak-kanak di
negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan.
• Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes
Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the
young: MODY)

Apakah gejala-gejala penyakit Diabetes Mellitus?


Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau
lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:

• kerapkali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam)


• rasa haus yang amat sangat
• berat badan menurun
• rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Perhatian: (Kencing malam ) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi
kencingnya di kenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah
ini, Diabetes Mellitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

• sakit perut dengan atau tiada muntah


• sakit kepala
• masalah tingkahlaku
• mudah mendapat jangkitan terutama di kulit

Sekiranya gejala-gejala ini tidak dikenalpasti awal, kemungkinan anak anda akan mengalami
"diabetic ketoacidosis" (DKA).

Apakah "Diabetic Ketoacidosis"?


• Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang
tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau
koma.
• Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera.
Anak anda perlu masuk ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.
Diabetes Mellitus Jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh.
Ibubapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang
jelas jika berbanding dengan Diabetes Mellitus jenis 1.

Masalah apakah yang ditimbulkan akibat Diabetes


Mellitus?
Permulaan komplikasi bergantung pada jangkamasa dan kawalan kencing manis. Komplikasi
ini hanya akan timbul di kemudian hari. Doktor anda akan memberitahu samada Diabetes
Mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan rawatan susulan.

Taraf glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya
komplikasi yang melibatkan:

• Ginjal : kegagalan ginjal


• Mata : kebutaan
• Jantung : serangan sakit jantung, serangan angin ahmar
• Salur darah : tekanan darah tinggi, peningkatan taraf lipid (lemak)
• Sistem saraf : masalah deria
• Organ reproduktif : mati pucuk (impotence)
• Kaki : diabetic foot (masalah kaki)
• Kulit : jangkitan kulit berulang seperti bisul,

Komplikasi ini boleh terjadi selepas akil baligh. Doktor anda akan memberi jadual lawatan
susulan untuk ujian darah dan air kencing untuk mengesan sebarang komplikasi.

Apakah hipoglisimia dan bagaimana anda mengenalinya?


Dalam masa anak anda menjalani rawatan, anda perlu tahu yang anak anda mungkin
menghadapi hipoglisemia (tahap glukos rendah dalam darah) di mana dia perlu mengambil
makanan atau minuman yang manis untuk memperbaiki keadaan.

Tanda dan gejala hipoglisemia

• Berpeluh sejuk / berpeluh banyak


• Menggeletar
• Letih dan lesu
• Perubahan tingkahlaku / tidak sedar diri
• Aras glukos rendah dalam pemantauan aras glukos di rumah
Bagaimana merawat Diabetes Mellitus di kalangan kanak-
kanak?
• Pada bila-bila masa, anak anda akan dilihat oleh ahli pasukan Diabetes Mellitus
hospital (hospital diabetes team) seperti para doktor, Pegawai Diatetik, ahli
fisioterapi, ahli terapi carakerja, Pakar Ortopedik, Pakar Psikologi, Pegawai
Pendidikan Diabetes dan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk nasihat dan rawatan
tertentu.
• Sekiranya anak anda mempunyai Diabetes Mellitus Jenis 1, dia memerlukan rawatan
insulin sepanjang hayat.
• Dalam Diabetes Mellitus jenis 2, ubatan secara oral (makan) dan insulin diberi untuk
menurunkan tahap glukos dalam darah.
• Untuk kedua-dua jenis Diabetes Mellitus, anak anda mesti mengambil makanan yang
disarankan mengikut sukatan dan melakukan senaman.
• Untuk mengetahui tahap kawalan glukos anak anda, ujian darah yang dipantau di
rumah (home blood glucose monitoring: HBGM) perlu dilakukan. Alat yang
digunakan ialah glukometer.
• Rekodkan keputusan ujian glukos darah, beserta haribulan dan masa ujian di dalam
buku harian (diary). Dos insulin boleh disesuaikan mengikut bacaan glukos jika perlu.
• Pegawai Pendidikan Diabetes akan mengajar anda dan anak anda mengenai Diabetes
Mellitus.
• Pegawai Dietetik akan kerapkali berjumpa anda dan anak anda untuk memberi nasihat
mengenai pemakanan yang sesuai supaya dapat mengawal aras glukos dalam darah.
• Anak anda dinasihati untuk melakukan senaman secara tetap, kerana ini boleh
membantu mengurangkan aras glukos dalam darah. Insulin bertindak dengan lebih
efisyen dan membantu mengawal berat badan. .
• Bergantung kepada masalah anak anda, dia perlu berjumpa dengan ahli pasukan
diabetes dari masa ke semasa.
• Kanak-kanak yang mengalami Diabetes Mellitus perlu datang untuk lawatan susulan
secara tetap dan dipantau oleh doktor.

Apakah yang perlu dilakukan untuk kanak-kanak yang


mengalami Diabetes Mellitus?
Anak anda mungkin mengalami masalah untuk memahami keadaannya dan menyesuaikan
dirinya. Kemungkinan dia juga akan mengalami masalah untuk menerima rawatan (terutama
rutin suntikan insulin). Kaunseling dan sokongan psikologi adalah penting untuk anak anda.
Dapatkan nasihat doktor dan pakar psikologi.

Bolehkah Diabetes Mellitus dicegah?


• Tiada cara yang jelas untuk mengelakkan diri daripada mendapat Diabetes Mellitus
jenis 1.
• Untuk Diabetes Mellitus jenis 2, adalah disarankan anda mengamalkan gaya hidup
sihat (bersambung di gaya hidup sihat).
Pemulihan
Kanak-kanak yang tidak mengawal Diabetes Mellitus akan mendapat komplikasi yang teruk
dalam jangka masa panjang. Kemungkinan besar mereka memerlukan satu program
pemulihan yang melibatkan fisioterapi dan terapi carakerja.

Kumpulan sokongan
Persatuan Diabetis Malaysia
No 2 Lorong 11/4 E
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel +603-79574062
Fax +603-79557740

Diabetes Resource Centre of respective hospitals

You might also like