Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
50Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Latar Belakang Penduduk Di Sabah

Latar Belakang Penduduk Di Sabah

Ratings: (0)|Views: 3,533 |Likes:
Published by wonderfulceres

More info:

Published by: wonderfulceres on Mar 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/07/2013

pdf

text

original

 
LATAR BELAKANG PENDUDUK DI SABAHPENDAHULUAN
Sejarah negeri Sabah hingga ke tahun 1963 boleh dibahagikan kepada empat era, iaitu Sejarah ZamanKesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal hingga tahun 1840; Sejarah Zaman Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris danJepun) hingga tahun 1945; Sejarah Zaman Nasionalisme dan kemerdekaan daripada tahun 1946 hingga 1963,dan; Sejarah Zaman Selepas Merdeka (Dalam Malaysia) hingga kini. Kursus ini meliputi bahagian zaman awalhingga zaman kemerdekaan sahaja. Dalam meneliti perkembangan sejarah negeri Sabah , susur galur sejarahKesultanan Brunei Darussalam harus dirujuk kerana kedua-dua negeri tersebut merupakan sebahagian wilayahde facto Kesultanan Brunei sebelum kurun masehi Kesembilan belas. Sabah juga pernah menerima kuasa defacto daripada Kesultanan Sulu. Kejatuhan kerajaan Empayar Melayu Brunei, dan Sulu adalah implikasi daripadadasar perluasan kuasa penjajah Barat. Sejarah zaman penjajahan kuasa Barat bermula dalam masa yangberbeza di kedua-dua wilayah ini, iaitu pada tahun 1878 di North Borneo (Sabah). Dalam Meneliti sejarah wilayahtersebut, sejarah Kesultanan Brunei Darussalam wajib dirujuk terlebih dahulu sebagai asas kepadaperkembangan sejarah yang berlaku seterusnya di kedua-dua wilayah politik yang kini dikenali juga sebagaiMalaysia Timur. Hal ini diakui oleh sarjana Barat, seperti mana kata L.W. Jones (1966), bahawa;
Here [sic. merujuk kepada Brunei] lies the key to the island's early history. The whole island was subject to thedominion of the Sultanate of Brunei. Dalam pada itu, Jones juga menyokong fakta bahawa 'Borneo' and 'Brunei' are basically the same word, and indeed no more than 100 years ago Brunei was referred to as 'Borneo Proper'.
Namun, tinjauan secara khusus terhadap sejarah Kesultanan Brunei Darussalam hanya dilakukan sekadarsepintas lalu sahaja. Seterusnya, penelitian diberikan terhadap sejarah dasar pemerintahan kuasa-kuasapenjajah Barat, termasuk sejarah perang dan pemerintahan Jepun semasa Perang Dunia Kedua secara terperinci,termasuk meninjau implikasi pendudukan Jepun ke atas penduduk di rantau ini. Perkembangan sejarahselanjutnya memfokus kepada perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk, khususnya cabaranyang mereka hadapi dalam memperjuangkan gagasan Malaysia sehingga mencapai kemerdekaan pada tahun1963.
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Malaysia Timur terletak di bahagian utara pulau Borneo, iaitu merupakan pulau yang ketiga terbesar di duniaselepas New Guinea dan Greenland. BORNEO, atau panggilan aslinya, Pulo Kalamantan atau Kalimantan, dengankeluasan 740,000 kilometer persegi. Pengklasifikasian
'Borneo'
untuk pulau tersebut adalah timbul daripadasalah faham penulis-penulis Barat untuk perkataan asalnya, iaitu
Burni
. Sebelum kedatangan orang Barat kerantau ini, Burni atau Borneo telah pun dikenali oleh orang China berdasarkan rekod awal dinasti-dinasti yangmemerintah negara mereka. Ramai di kalangan sarjana percaya bahawa istilah Burni pada asalnya merupakansatu rujukan kepada sebuah kerajaan dan bandar yang terletak di sebelah pantai barat-laut pulau Borneo, iaitumerujuk kepada negara Brunei Darussalam pada hari ini. Istilah ini memang agak popular di kalangan pendudukTanah Melayu ketika penjajahan orang Portugis berlaku dalam tahun masehi 1511. Dalam hal ini Hugh Low(1988) sendiri mempercayai satu hakikat ketika itu, berkata …it being rarely the custom of the natives [peribumi
 
Tanah Melayu] to apply a distinguishing name to the whole as, and collectively, but to designate each part by thename of the most powerful kingdom situated in it. Misalnya istilah Tanah Melayu ada kaitannya dengankeagungan kerajaan Melayu-Jambi di Sumatra suatu ketika dahulu kala. Justeru itu, Tanah Burni atau the land of Burni lahir sebagai nama kerajaan yang terkuat di pulau Borneo dalam di antara kurun masehi Kelima belas danKeenam belas. Di samping itu, satu persamaan di sini boleh kaitkan dengan istilah Tanah Banjarmasin yangdigunakan oleh Jawa untuk wilayah kerajaan Banjarmasin di bahagian selatan pulau Borneo. Pendek kata,menurut kenyataan Hunt pada tahun 1812 bahawa Pulo Kalimantan [atau Burni] merupakan nama sebuah ibukota bagi tiga buah kerajaan (Brunei, Sambas dan Kutai) yang berasingan di pulau Borneo ketika itu.Borneo dibahagikan kepada tiga wilayah politik antarabangsa. Dua daripadanya adalah bekas tanah kolonial dansatu lagi berstatus protectorate (naungan). Wilayah terbesar dengan keluasan 340,000 kilometer persegi yangmeliputi sebahagian besar kawasan di timur, selatan dan barat pulau Borneo merupakan wilayah Kalimantan.Wilayah ini merupakan bekas jajahan Belanda dan memperolehi kemerdekaannya pada tahun 1949 dalamRepublik Indonesia. Ia dibahagikan kepada empat kawasan pentadbiran utama; Kalimantan Barat, KalimantanTengah, Kalimantan Selatan dan Kalimantan Timur. Lebih kurang satu pertiga keluasan pulau Borneo di bahagianbarat-laut dan utara meliputi wilayah Sarawak, Brunei dan Sabah. Wilayah Brunei yang terletak di antara Sabahdan Sarawak terpecah kepada dua wilayah oleh Bahagian Limbang, Sarawak.Wilayah Politik yang kedua besar dengan keluasan 200,000 kilometer persegi disebut sebagai Malaysia Timuryang merujuk kepada negeri Sabah dan negeri Sarawak. Kedua-dua negeri ini pada mulanya menjadi negerinaungan British sejak tahun 1888. Dalam tahun 1946 kedua negeri ini diletak dibawah pentadbiran KerajaanKolonial British. Dalam tahun 1957, kedua-duanya memperolehi kemerdekaan bersama-sama denganSemenanjung Tanah Melayu dan Singapura. Dalam tahun 1963 negeri Sabah dan Sarawak menyertai gabungannegeri-negeri Melayu yang lain kecuali Brunei dan Sngapura untuk penubuhan Persekutuan Malaysia.Wilayah politik yang ketiga dengan keluasan 5,765 kilometer persegi di sebelah barat-laut Borneo ialah negaraKesultanan Brunei Darussalam. Brunei juga merupakan bekas wilayah naungan British sejak tahun 1888bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Brunei mencapai kemerdekaannya pada 1 Janurari 1984.Negeri Sabah dikelilingi oleh tiga perairan laut yang menyimpan banyak sejarah ketamadunan manusia di masalampau, iaitu Laut China Selatan di sebelah barat, Laut Sulu di sebelah utara, dan Laut Sulawesi di sebelah timur.Terutamanya, Laut Sulu memberi laluan kepada kemasukan unsur-unsur dari Filipina, khusus ke Sabah. Disamping itu, Laut Sulawesi di sebelah timur dan Laut Jawa di sebelah selatan juga penting kepada pendudukBorneo amnya dari segi ekonomi perniagaan dengan saudagar-saudagar dari Pulau Jawa, dan Sumatra.
SABAH
terletak di bahagian utara Borneo, iaitu kira-kira pada garis lintang 30 42' ke utara dan garis bujur di antara1150 20' hingga 1190 15' ke timur. Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 73,620 kilometer persegi, bersempadan dengan Wilayah Kalimantan, Indonesia di sebelah selatan dan negeriSarawak di sebelah barat-daya. Negeri Sabah dalam zaman penjajahan dikenali sebagai North Borneo [Borneo
 
Utara].Pada asalnya, nama 'Sabah' itu merupakan nama asli penduduk peribumi di Sabah bagi bahagian tertentu dipantai barat laut, khususnya yang telah digunakan secara rasmi pada tahun 1877 sempena penganugerahangelaran Maharaja Sabah kepada Baron Gustave Von Overbeck (salah seorang pengarah syarikat British NorthBorneo Company) oleh Sultan Brunei, Abdul Momin (1852-85). Kawasan 'Sabah' ketika itu adalah merujukkepada semua wilayah, sungai, daratan dan daerah yang terletak di dalam kawasan antara Teluk Kimanis dipantai barat laut Borneo dengan Sungai Sibuko di pantai timur. Di antara 21 Jun 1877 dan 22 Januari 1878,kawasan-kawasan tersebut telah disewakan kepada Syarikat Berpiagam Borneo Utara oleh Sultan Abdul MominBrunei, Pengiran Temenggung Sahibul Bahar Brunei, dan Sultan Jamal Al-Alam Sulu. Istilah 'Sabah' ini secaraberansur-ansur digunakan untuk merujuk kepada wilayah Borneo Utara tetapi istilah ini mula digunakan secararasmi sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 melalui kemasukannya dalam Persekutuan Malaysia.Negeri Sabah terdiri daripada lima bahagan pentadbiran iaitu Tawau, Sandakan, Kudat, Pantai Barat danPedalaman.Bahagian-bahagian tersebut dibahagikan kepada daerah-daerah pentadbiran, iaitu sejumlah 23 buahdaerah keseluruhannya diu Sabah. Kinabatangan merupakan daerah yang terbesar dengan keluasan 17,594kilometer persegi. Manakala Kota Kinabalu adalah daerah yang terkecil sekali dengan keluasan 350 kilometerpersegi.
MASYARAKAT PENDUDUK: PERMASALAHAN ASAL-USUL
Sebelum penjajahan kuasa-kuasa Barat, tidak wujud sejarah bertulis di kalangan kumpulan-kumpulan etnik diBorneo. Kisah-kisah lalu mengenai pengalaman dan kehidupan mereka wujud dalam bentuk tradisi lisan yangdisampaikan turun temurun hingga ke hari ini.Tidak dapat dipastikan dengan tepat bila dan bagaimanakah kemunculan penduduk peribumi asli yang mulasekali menghuni pulau Borneo amnya. Nenek moyang peribumi asli di Borneo dipercayai telah melalui beberapasiri migrasi sejak lebih kurang 20 ribu tahun yang lalu. Kedatangan dan pendudukan awal mereka adalah berlakudi kawasan-kawasan pantai dan tanah rendah. Lambat laun kemudian penempatan mereka mula tersebar kekawasan-kawasan pedalaman. Andaian umum menyebut bahawa kumpulan yang terawal tersebar ke pedalamanadalah berlaku akibat daripada desakan daripada kemunculan kumpulan pendatang baru sejak lebih kurang padake-15. Justeru itu, wujud tanggapan bahawa ciri-ciri kemasyarakatan primitif yang masih wujud di kawasanpedalaman Borneo adalah ekoran daripada ketiadaan hubungan mereka dengan orang luar. Sungguhpundemikian, hakikat keadaan taburan penduduk di Borneo pada hari ini menafikan tanggapan seumpama. Misalnya,proses migrasi yang telah berlaku sejak beberapa zaman yang lampau telah menjadikan negeri Sabah sebuahmasyarakat yang berbilang keturunan, budaya, adat dan kepercayaan.Dalam bukunya bertajuk Borneo People, Malcolm MacDonald (1985) telah mengutarakan satu rumusan yang jelas sekali mengenai penduduk peribumi asli Borneo dalam beberapa dekad yang lalu, khususnya yang telahditemuinya di wilayah Sarawak, bahawa;
…natives in the deep jungle are 'uncivilized' pagans. They associate together in primitive tribal organization and 

Activity (50)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Thivia Tld liked this
Bibianah Rinah liked this
afiq9192 liked this
Tracy Loh liked this
Rose Lynn liked this
Uly Toga Torop liked this
Essby Suhairen liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->