Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
54Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Kesan Penggunaan Drama Dalam Pendidikan

Kesan Penggunaan Drama Dalam Pendidikan

Ratings: (0)|Views: 4,355|Likes:
Published by Akhi Muhammad Aiyas
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi Pengajian Melaui 2311 untuk PPISMP Kajian Sosial Semester 2/2010
Kerja Kursus Berasaskan Ilmu bagi Pengajian Melaui 2311 untuk PPISMP Kajian Sosial Semester 2/2010

More info:

Published by: Akhi Muhammad Aiyas on Mar 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/12/2013

pdf

text

original

 
4.0KESAN POSITIF PENGGUNAAN BAHAN DRAMA DALAM PENGAJARANBAHASA MELAYU4.1Pengenalan
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangpotensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkanwarganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dannegara.”-
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Meneliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) di atas, dapat kita perhatikan bahawa matlamat atau hasrat kerajaan dalamsektor pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insanyang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani.Bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab dipikul oleh mereka yangbergelar guru dalam menerapkan segala aspek dalam kalangan pelajar bagi melahirkanmodal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggung jawab ini, sudah pastilahpenekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksadilakukan.Hal ini dapat kita perhatikan dengan tergubalnya pelbagai sukatan dankurikulum pelajaran semenjak negara kita mencapai kemerdekaan. Antaranya ialahKurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkan pada tahun1988. Dalam KBSM ini, peranan mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai antara wadahmerealisasikan matlamat FPK memang tidak dapat dinafikan. Bersandarkan peranantersebutlah maka sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu digubaldengan menekankan pelbagai aspek yang diambil kira bagi mewujudkan modal insanyang tidak hanya unggul dalam aspek intelek malahan juga dalam aspek rohani, jasmani dan emosinya.Selaras dengan itu juga, Komponen Sastera (KOMSAS) telah diperkenalkanpada tahun 2000 dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu telah melengkapkan
 
program pendidikan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa pengantar dan matapelajaran wajib bagi semua peringkat pendidikan kebangsaan. Berdasarkan aspekkemahiran atau hasil pembelajaran yang harus diperoleh dalam pembelajaran BahasaMelayu iaitu aspek kemahiran maklumat, interpersonal dan estetik, bahan sasteradidapati sesuai digunakan untuk pengajaran aspek kemahiran bahasa yang meliputimendengar, bertutur, membaca dan menulis. Bahan sastera yang digunakan dalampendidikan Bahasa Melayu KBSM ini juga dapat mengayakan dan mengukuhkanbahasa pelajar, di samping menimbulkan kesedaran pelajar terhadap unsur nilaikemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan dan hasil kesusasteraan.Oleh yang demikian, dalam usaha menjadikan Bahasa Melayu sebagai antaramata pelajaran yang penting dalam mencapai matlamat FPK, pemilihan bahan yangsesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah perlu agar pelajar dapatdibentuk sempurna dalam semua segi dan mampu keluar sebagai seorang individuyang mampu menongkah arus globalisasi apabila berada dalam pasaran kerja kelak.
4.2Fungsi Bahan Drama Dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Menurut Napie Mat dan Noraini Abdullah (1988), penggunaan bahan sasterayang penuh dengan ilmu pengetahuan dan keindahan dari segi persembahan danbahasanya bukan sahaja dapat memperkaya para relajar dengan ilmu pengetahuantentang hal-hal kemasyarakatan dan kebudayaan, tetapi juga dapat menolongmengembangkan daya pemikiran pelajar ke tahap yang kritis dan analitis. Dalamkonteks perbincangan ini, penulis akan menyentuh berkenaan penggunaan bahansastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahan sastera yangditumpukan dalam perbincangan ini ialah drama.Perkataan drama berasal daripada perkataan ‘dran’ (bahasa Greek Kuno) yangbermaksud ‘melakukanatau ‘melakonkan’. Drama juga dapat didefinisikan sebagaikarangan yang berbentuk prosa dan puisi yang menampilkan persoalan kehidupandengan gerak. Selain itu, drama juga boleh dianggap sebagai seni yang mencerminkanrealiti kehidupan. Aristotle (ahli falsafah Greek) berpendapat bahawa drama ialahpeniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Menurut
The American
 
Colledge
 
Dictionary 
dalam kertas kerja seminar Bengkel PenggunaanBahan Rujukan Dalam Pengajaran & Pembelajaran Komsas dan Sastera elektif SPM,
 
drama merupakan karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog atau pantomimimatau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Sebagai satu cabangsastera, drama mengandungi komposisi pelbagai seni (seperti seni lakon, seni muzik,seni bina, seni busana dan seni tari).Berbanding dengan genre prosa yang lain, drama dihasilkan bukan hanya untukdibaca, tetapi sesebuah drama akan lebih bermakna dan dihayati apabila dipentaskan.Drama boleh dinikmati oleh individu sebagai bahan bacaan yang dipanggil skrip,dinikmati sendirian dan perlu digarap sebelum dipentaskan.Dalam sesebuah naskhahdrama, seorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum tentang sesuatusituasi atau latar di antara dialog-dialog yang disampaikan. Ini disebabkan sifatsesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog, pengarang menyampaikan pemikiranatau sesuatu gagasan melalui dialog pelaku-pelaku (watak-watak) yang berinteraksidalam sesebuah drama.Menurut Omar Mamat (1995), drama ditakrifkan sebagai cerita mengenaikehidupan dan sebagainya yang dilakonkan. Setiap drama melibatkan penyatuanaktiviti, iaitu antara gerak laku, pertuturan dengan pemikiran yang berlaku secaramenyeluruh. Menurut beliau lagi, gabungan segala kemahiran dalam kehidupan pelajar merupakan input yang baik untuk menghasilkan satu bentuk atau suasana pengajaranpelbagai ilmu terutamanya dalam pengajaran bahasa.Peranan drama itu sendiri selain merupakan gambaran peniruan kepadakehidupan yang sebenar ia juga dapat mengajar dan mendidik seseorang individumenjadi berani. Menurut Kalam Hamidi (2003), kanak-kanak sering diminta olehgurunya melakonkan watak haiwan seperti arnab, katak, ayam atau kucing. Merekamelakonkan cerita kanak-kanak yang digemari oleh kebanyakan kanak-kanak. Denganmelakonkan watak-watak tersebut selalu, lama kelamaan kanak-kanak akan menjadilebih berani, tidak malu, tidak gentar dan berasa biasa sahaja ketika berada di hadapanorang ramai.Menurut Omar Mamat (1995), pengajaran dan pembelajaran yang menggunakanteknik drama mampu menggunakan beberapa unsur yang sesuai dalam pengajaranbahasa, antaranya:

Activity (54)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Noralyati Yahya liked this
Ffarahh Paien liked this
Aliah Aliz liked this
Lina Lyna liked this
Annalia Medigo liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->