Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
29Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Masalah Pendidikan, 31(1) Perancangan Dan Persediaan Guru

Masalah Pendidikan, 31(1) Perancangan Dan Persediaan Guru

Ratings: (0)|Views: 545 |Likes:
Published by rajsuman89

More info:

Published by: rajsuman89 on Mar 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/18/2013

pdf

text

original

 
Masalah Pendidikan, 31(1)
PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN GURU DALAM PELAKSANAANPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DISEKOLAH MENENGAH
PLANNING AND READINESS OF TEACHERS IN IMPLEMENTATION OF TEACHING AND LEARNING OF PHYSICAL EDUCATION IN SECONDARY SCHOOLS 
Syed Kamaruzaman Syed AllJulismah JaniShabeshan RengasamyZawawi Ismail
Universiti Malaya
Physical education is a core subject at secondary school level. Hencean obligation to perform an effective curriculum should be conveyed in a meaningful role for those involved in the field, especially the physical educators. This article discusses various aspects of  preparation and planning in relation to the teacher's role in dealing with physical education. Planning and readiness in handling thesmoothness of teaching physical education when implementing thesubject are also illustrated.
Perancangan adalah langkah awal proses pengajaran sebelum sesuatu programpengajaran dilaksanakan. Bagi memastikan perancangan dapat dibuat dengan lebihteliti, guru perlu mempunyai pengetahuan tentang kandungan program pengajaranterlebih dahulu. Begitu juga dalam merancang pengajaran Pendidikan Jasmani. GuruPendidikan Jasmani perlu terlebih dahulu mengenal pasti aspek-aspek tertentu yangakan digunakan dalam membuat persediaan untuk melaksanakan pengajaranPendidikan Jasmani. Dengan demikian guru Pendidikan Jasmani dapat membuat saturancangan kerja dengan teliti dan sempuma. Menurut Mok (2008), dengan adanyarancangan kerja ini, guru boleh melaksanakan program pengajaran danpembelajarannya berdasarkan sukatan pelajaran secara sistematik serta mengikutpemeringkatan yang sesuai. Oleh itu guru Pendidikan Jasmani perlu terlebih dahulumemahami tentang peranan mereka sebagai guru Pendidikan Jasmani dan seterusnyadiikuti proses perancangan dan penyediaan yang perlu dilakukan bagi memastikanpelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dapat berjalan denganlancar dan berkesan.
Peranan Guru Pendidikan Jasmani
Guru Pendidikan Jasmani sama ada yang opsyen ataupun bukan opsyen memainkanperanan yang penting dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan Jasmani di sekolahmenengah. Sebelum melaksana kurikulum Pendidikan Jasmani, mereka terlebih23
Masalah Pendidikan, 31(1)
dahulu perlu merujuk kepada aspek-aspek yang terkandung di dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan. Ini kerana, falsafah dapat membantu manusia berfikir secaracermat, teliti dan penuh dengan kejujuran (Abu Bakar Nordin & Ikhsan, 2003).Falsafah juga dianggap sebagai ilmu yang tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmuilmulain (Abu Bakar Nordin & Ikhsan, 2003).Stillwell dan Willgoose (1997) telah membuktikan bahawa dalam pembentukankurikulum Pendidikan Jasmani terdapat hubungan antara Falsafah Pendidikan dengan
 
Kurikulum seperti dalam Rajah 1. Berdasarkan kepada rajah tersebut, didapatiFalsafah Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Jasmani merupakan dua komponenutama yang perlu dirujuk sebelum membentuk matlamat dan objektif kurikulumPendidikan Jasmani. Selepas terbentuknya matlamat dan objektif kurikulumPendidikan Jasmani yang selaras dengan falsafah pendidikan atau falsafah pendidikanJasmani, barulah wujudnya kurikulum Pendidikan Jasmani. Ini menunjukkan bahawaaspek Falsafah merupakan aspek yang penting dalam pelaksanaan kurikulumPendidikan Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani yang ditugaskan untuk mengajar Pendidikan Jasmani perlu memastikan segala aktiviti pengajaran Pendidikan Jasmanidapat dijalankan selaras dengan elemen-elemen yang terkandung dalam FalsafahPendidikan Kebangsaan di negara ini. Oleh yang demikian adalah wajar bagi guruPendidikan Jasmani untuk merujuk dan memahami tentang elemen-elemen yangterkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan terlebih dahulu sebelummemasuki proses merancang dan menyediakan segala maklumat pengajaran dalamkurikulum Pendidikan Jasmani di sekolah menengah.FalsafahPendidikanFalsafah PendidikanJasmaniMatlamat/Objektif Pendidikan JasmaniKURIKULUMSumber-sumber pengajaranPenilaian
Rajah 1.
Hubungan antara falsafah pendidikan dengan kurikulum.Sumber. Stillwell, J. L., & Willgoose, C. E. (1997).
The Physical educationcurriculum
(5th ed.). Boston: Allyn & Bacon.24
Masalah Pendidikan, 31(1)
Di samping itu, guru Pendidikan Jasmani perlu juga mengenal pasti dan memahamitentang matlamat dan objektif dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Ini keranakedua-dua matlamat dan objektif tersebut perlu disesuaikan dengan situasi pengajarandi lapangan (Rink, 2002). Objektif yang hendak dicapai pula perlu ada kaitan denganpotensi yang ada pada pelajar (Stillwell & Willgoose, 1997). Dengan demikian iniakan dapat membantu guru Pendidikan Jasmani melaksanakan pengajaran PendidikanJasmani dengan lebih sistematik. Menurut Stillwell dan Willgoose (1997) juga, setiapguru perlu memikirkan tentang hubungan antara matlamat dengan aktiviti yanghendak dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.Misalnya, memastikan agar aktiviti yang akan dijalankan dapat mencapai matlamatyang telah ditetapkan dalam program Pendidikan Jasmani, iaitu menjadikan pelajar sihat dan cergas.Selain itu, guru Pendidikan Jasmani hendaklah menguasai kandungan yangterdapat di dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Menurut Rink (2002), kandunganadalah bahagian yang penting dalam kurikulum, iaitu apa yang akan dipelajari olehpelajar. Mengenal pasti dan menguasai sesuatu kandungan kurikulum akanmemudahkan guru Pendidikan Jasmani merancang pengajaran sesuai dengankumpulan pelajar tertentu. Dalam Kandungan Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah
 
Menengah tiga tunjang utama yang perlu didedahkan kepada pelajar ialah tunjangkecergasan, tunjang kemahiran, dan tunjang kesukanan (Kementerian PelajaranMalaysia, 1999). Seharusnya guru Pendidikan Jasmani sudah dapat mengenal pastidan memahami ketiga-tiga tunjang tersebut sebelum melaksanakan pengajaranPendidikan Jasmani secara teori mahupun amali.Setelah memahami dan mengenal pasti tentang elemen yang terkandung dalamFalsafah Pendidikan Kebangsaan, matlamat, objektif dan kandungan kurikulumPendidikan Jasmani, guru Pendidikan Jasmani juga perlu mengetahui tentang prosespenilaian dalam kurikulum Pendidikan Jasmani. Penilaian merupakan sebahagiandaripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan didalam kurikulum Pendidikan Jasmani (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999).Melalui pelaksanaan penilaian dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, guru PendidikanJasmani akan dapat mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaianmurid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999). Selain itu, penilaian juga digunakanuntuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaikipengajaran guru Pendidikan Jasmani (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999). Bagimelaksanakan penilaian dalam kurikulum Pendidikan Jasmani, guru PendidikanJasmani dikehendaki menjalankan ujian ataupun peperiksaan yang berbentuk amalidan teori. Kedua-dua bentuk jenis ujian atau peperiksaan itu dijalankan bagimenentukan pencapaian pelajar dalam domain psikomotor, kognitif, dan afekif.
Perancangan dan Persediaan untuk Pengajaran yang Berkesan
Pengajaran merupakan sesuatu proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmupengetahuan atau kemahiran supaya murid-murid dapat mempelajari danmenguasainya dengan berkesan (Mok, 2006). Proses pengajaran melibatkan tigaaspek, iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian (Mok, 2006). Perancanganmerupakan perkara utama sebelum melaksana dan menilai pengajaran. Oleh yangdemikian guru Pendidikan Jasmani perlu membuat perancangan yang lebih rapisebelum melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Ini25
Masalah Pendidikan, 31(1)
kerana perancangan adalah kunci kepada pembentukan pengajaran yang baik(Schempp, 2003). Terdapat beberapa perkara yang perlu dirancang sebelummelaksanakan pengajaran, antaranya ialah berkaitan dengan kandungan pelajaran,peruntukan waktu pengajaran, rancangan strategi pengajaran dan pembelajaran, bahandan sumber pengajaran, kemudahan dan peralatan, hasil pembelajaran dan objektif kandungan.
Kandungan Pelajaran
Kandungan merujuk kepada pengenalpastian terhadap pengetahuan, pemahaman, dankemahiran yang akan dikembangkan dalam pengajaran (Bailey & Macfadyen, 2000).Kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah dibahagikan kepadatunjang kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Bagi tunjang kecergasan is meliputitopik kecergasan berlandaskan kesihatan dan kecergasan berlandaskan kemahiran.Manakala tunjang kemahiran pula meliputi jenis-jenis permainan seperti bola sepak,bola tampar, hoki, bola baling, bola jaring, dan sebagainya. Seterusnya tunjangkesukanan. Melalui kandungan pelajaran itu, guru Pendidikan Jasmani botchmengenalpasti dan menyusun kandungan pengajaran pula untuk dilaksanakan didalam kelas mahupun di padang dengan lebih sistematik. Komponen kandunganpengajaran adalah idea utama merancang untuk mengajar (Jacobsen, Eggen, &

Activity (29)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Farah Elriani liked this
Muhammad Faiz liked this
ts0104 liked this
Karen Phin liked this
WiWie AiEmma liked this
tj_kon89 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->