Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
5Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
peranan kaum muda

peranan kaum muda

Ratings: (0)|Views: 993|Likes:
Published by afixlampard
awek yg nak berkenalan.msg no 017 4746089
awek yg nak berkenalan.msg no 017 4746089

More info:

Categories:Types, Research, History
Published by: afixlampard on Mar 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/29/2013

pdf

text

original

 
Peranan dan Sumbangan Lulusan Mesir dalam Masyarakat Melayu
Kertas Kerja ini dibentangkan di Seminar Pemerkasaan Belia Islam Serantau di Malaysian Hall, Abasiah, Kaherah, Mesirpada 2 Disember 2004 Anjuran YADIM, YPEIM, MBM,INMIND, ABIM Mesir dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah.Oleh Dr Mohamad Redzuan Othman (UM)PENGENALANPenyebaran pengaruh Mesir dalam masyarakat Melayu dikaitkan dengan peranan yang dimainkan oleh Universiti al-Azhar sebagai pusat ilmu yang menjadi destinasi belia-belia Melayu sejak tahun 1920-an. Di samping sebuah pusat ilmu,Mesir juga merupakan pusat peradaban Islam yang agung yang perkembangannya turut mempengaruhi perkembanganumat Islam secara keseluruhannya. Menjelang awal abad ke-19, hampir kesemua wilayah yang didiami oleh umat Islam,termasuklah Tanah Melayu dan Mesir telah dijajah oleh Barat. Berbeza dengan Tanah Melayu, perkembangankesedaran Islam dan kesedaran kebangsaan di Mesir berlaku sebaik-baik sahaja penjajahan Barat mencengkamkukunya ke atas negara tersebut. Perkembangan yang berlaku di Mesir ini banyak dipengaruhi oleh faktor latar belakangpenghayatan Islam oleh penduduknya dan kewujudan institusi pengajian tinggi yang agung, iaitu Universiti al-Azhar.Universiti ini telah berjaya melahirkan ramai aktivis yang berusaha dan memainkan peranan membela nasib bangsanya.Di samping peranan yang dimainkan ole Univerisiti al-Azhar, kepesatan penyebaran kesedaraan ini di Mesir juga turutdibantu oleh perkembangan media persuratkhabaran yang berkembang pesat sejak akhir abad ke-19.Dalam sejarah perkembangan awal nasionalisme Melayu, peranan pengaruh dari Mesir telah memainkan perananpenting menyemai kesedaran tersebut kepada masyarakat Melayu. Penyaluran perkembangan kesedaran ini berlakumelalui peranan yang dimainkan oleh orang Melayu yang mendapat pendidikan di Mesir. Pelajar-pelajar ini yang telahditiupkan semangat kesedaran ketika menuntut dan melalui pembacaan akhbar terbitan negara tersebut telahmenyebarkan kesedaran ini melalui akhbar-akhbar yang mereka terbitkan di sini dan melalui penubuhan madrasah bagimenyebarkan kesedaran Islam atau pemikiran islah ke dalam masyarakat.PEMIKIRAN ISLAH DAN PERJUANGAN KAUM MUDAPerkembangan politik yang berlaku di Mesir telah menarik minat orang Melayu sejak awal abad ke-20 lagi. Pergolakanpolitik yang berlaku dalam negara tersebut sering mendapat perhatian orang Melayu dan dilaporkan oleh akhbar-akhbarMelayu. Pada tahun 1900 akhbar Chahaya Pulau Pinang telah menyiarkan secara berturut-turut dalam tiga keluarannyaucapan Mustafa Kamil, iaitu tokoh perjuangan kebangsaan Mesir untuk tatapan pembacanya. Sebagai seorang tokohyang memperjuangkan pembebasan Mesir daripada belenggu penjajah Inggeris sejarah perjuangan Mustafa Kamildiikuti dengan penuh minat, dan malahan ketokohannya turut menjadi sanjungan orang Melayu. Apabila beliaumeninggal dunia pada bulan Februari 1908, berita kematiannya yang tersebar di Singapura diterima dengan penuhkesangsian. Guru-guru di Madrasah al-Iqbal, iaitu madrasah pertama yang ditubuhkan di Singapura lebih cenderungmendapat pengesahan langsung dari negara tersebut tentang kematian ini terlebih dahulu sebelum mempercayai.Kesangsian ini timbul kerana pada waktu itu usia Mustafa Kamil masih muda. Kematian Mustafa Kamil telah dihebahkanoleh akhbar al-Imam dengan disertakan ucapan takziah. Akhbar ini berjanji bahawa ia akan menyiarkan sejarah hidupserta perjuangan Mustafa Kamil sebaik-baik sahaja menerimanya dari Mesir.Berikutan pertumbuhan pesat yang dialami oleh akhbar Melayu pada tahun 1920-an dan 1930-an, perkembangan yangsedang berlaku di Mesir, terutamanya perkembangan politik semakin menarik perhatian masyarakat Melayu. AkhbarIdaran Zaman yang diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1925 merupakan antara akhbar yang memberi perhatianmendalam terhadap perkembangan yang berlaku di negara tersebut. Akhbar ini sering menyiarkan berita yang dipetikdari akhbar terbitan parti-parti politik di Mesir untuk dimuatkan dalam akhbar tersebut. Selain akhbar Idaran Zaman,akhbar-akhbar Melayu yang lain yang turut melaporkan tentang perkembangan politik yang berlaku di Mesir ialah akhbarSuara Malayu, al-Ikhwan dan Saudara.Walaupun berita tentang gerakan kebangsaan rakyat Mesir hanya mendapat liputan di Tanah Melayu pada abad ke-20berikutan peranan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar Melayu, namun kesedaran yang bersumberkan dari negaratersebut telah menular sejak beberapa dekad sebelumnya. Perkembangan kesedaran ini mempunyai kaitan yang eratdengan gerakan islah dan gerakan Pan-Islamisme yang dipelopori oleh Jamal al-Din al-Afghani. Gerakan inilah yangtelah mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir. Semasa hayatnya, Jamal al-Din al-Afghani (1839-97) yang asal-usulnya masih dianggap tidak jelas dan menimbulkan kontroversi terpaksa hidup dalam buangan sepanjang tiga puluhterakhir hayatnya sebelum meninggal dunia. Antara negara yang pernah didiaminya sepanjang berada dalam buanganialah Mesir. Ketika berada di Mesir al-Afghani telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada generasi muda, danmalahan terdapat dikalangan pengikutnya muncul memainkan peranan penting dalam perkembangan sejarah Mesirmoden. Ketika dalam buangan pada tahun 1879, al-Afghani tinggal beberapa ketika di India dan kemudiannya pergi keParis pada tahun 1883. Di sini al-Afghani sekali lagi bertemu dengan anak didiknya Muhammad cAbduh dan kedua-duanya berganding bahu menerbitkan majalah al-cUrwah al-Wuthqa. Majalah ini mula diterbitkan pada 5 Jumada al-Ula1301 (13 Mac 1884) dan berjaya diedarkan sebanyak lapan belas keluaran. Al-cUrwah al-Wuthqa ternyata berjayamencetuskan kesedaran islah dikalangan umat Islam dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka.
Minda Madani Onlinehttp://www.mindamadani.myPowered by Joomla!Generated: 11 March, 2010, 01:36
 
Jamal al-Din al-Afghani juga dianggap sebagai pelopor idea Pan-Islamisme, iaitu pemikiran yang menyeru supaya umatIslam membebaskan diri daripada belenggu penjajah dan bersatu di bawah kepimpinan khalifah. Melalui idea Pan-Islamisme, al-Afghani berjaya mencetuskan kesedaran kebangsaan rakyat Mesir menentang penjajah Inggeris sehinggagagasan ini lebih berpengaruh pada waktu itu jika dibandingkan dengan pergerakan nasionalisme Arab atau Mesir.Walau bagaimanapun, pergerakan Pan-Islamisme yang diperjuangkan oleh al-Afghani ternyata tidak mendapat reaksiyang menggalakkan Tanah Melayu jika dibandingkan sokongan yang diberikan kepada pergerakan ini oleh umat Islam didunia Arab atau di Benua Kecil India.Walaupun gagasan Pan-Islamisme yang diperjuangkan oleh al-Afghani tidak mendapat sambutan yang sewajarnya diTanah Melayu, namun pemikiran islah yang juga diperjuangkannya memperlihatkan pengaruh yang lebih ketara dalammasyarakat Melayu. Pemikiran islah yang diperjuangkan oleh al-Afghani amat mempengaruhi dua orang tokoh pemikirArab, iaitu Muhammad cAbduh (1849-1905) dan Rashid Rida (1865-1935). Melalui mereka inilah pemikiran al-Afghaniyang menyeru supaya umat Islam melakukan pembaharuan dalaman bagi memperbaiki kelemahan mereka tersebar kedalam masyarakat Melayu. Pengaliran pengaruh ini ke Tanah Melayu dimainkan oleh mereka yang pernah mendapatpendidikan di Mesir atau terdedah kepada perkembangan yang berlaku di sana. Mereka ini secara tidak langsungmempunyai hubungan dengan kedua-dua tokoh ini.Usaha awal pendukung gerakan islah mengembangkan pemikiran mereka dilakukan melalui akhbar al-Imam. Al-Imamditerbitkan pada 23 Julai 1906 (1 Jamada al-Akhir, 1324AH) dalam tulisan Jawi dan berjaya diterbitkan sebanyak tigapuluh satu keluaran sebelum ia berhenti penerbitan pada bulan Disember 1908. Penggerak utama penerbitan al-Imamialah Shaykh Tahir dengan dibantu oleh Sayyid Shaykh al-Hadi dan Haji Abbas Mohd. Taha. Penerbitannya dibiayai olehShaykh Awad al-Sa’aidan. Melalui usaha Sayyid Shaykh al-Hadi, Sayyid Hassan bin Shahab dan SayyidMuhammad bin Aqil bin Yahya, iaitu seorang lagi pembiayai penerbitan al-Imam, sebuah syarikat berhad iaitu, Al-ImamPrinting Company telah ditubuhkan pada bulan Mac 1908. Ketika ditubuhkan syarikat ini memiliki modal sebanyak$20,000.Hampir kesemua mereka yang terlibat dalam penerbitan al-Imam merupakan mereka yang pernah terdedah kepadaperkembangan yang berlaku di Timur Tengah, mempunyai hubungan dengan Mesir dan terpengaruh dengan pemikiranakhbar al-Manar. Penerbitan al-Imam yang merupakan penyaluran pemikiran majalah al-Manar yang diterbitkan olehRashid Rida, dianggap sebagai pemindahan perbahasan yang sedang berlaku di Kaherah ke rantau ini. Penerbitannya juga dianggap sebagai manifestasi pekembangan pemikiran islah tokoh-tokoh islah Mesir ke dalam masyarakat Melayu.Pengaruh pemikiran islah yang sedang berkembang di Mesir mempengaruhi pemikiran penggerak al-Imam yang turutmerasakan perlunya mereka memainkan peranan yang sama merubah masyarakat Melayu. Ini dibuktikan sejakkeluarannya yang pertamanya lagi apabila al-Imam menyeru orang Melayu “bangun daripada tidur” danberusaha mencapai kemajuan dengan mengikuti jalan yang sebenar, sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran danSunnah. Dalam usaha memenuhi hasrat dan bagi mencapai aspirasi inilah akhbar tersebut dinamakan olehpenggeraknya sebagai al-Imam atau pemimpin dengan matlamatnya dijelaskan sebagai: "…mengingatkan manayang lalai dan menjagakan mereka yang tidur dan menunjukkan mana yang sesat…”.Di samping menjuarai peranan menyebarkan pemikiran islah, al-Imam juga memainkan peranan penting dalammengembangkan kesedaran sosio-politik orang Melayu. Akhbar ini merupakan akhbar Melayu yang pertamamengandungi pemikiran yang menyeru kepada perubahan sosial dalam masyarakat dengan memasukkan unsur-unsurpolitik dalam tulisan yang diterbitkan. Unsur ini dapat dilihat dengan terdapatnya tulisan yang mempunyia unsur demikianseperti memaklumkan kepada pembaca tentang berita dan pergolakan yang sedang berlaku di Timur Tengah. Walaupunal-Imam mengisytiharkan bahawa peranan yang cuba dimainkannya ialah untuk membawa perubahan kepadamasyarakat, namun penyiaran berita-berita ini ternyata bermotifkan politik kerana tujuannya ialah bagi mendedahkanpembacanya kepada perkembangan politik yang sedang berlaku yang mempunyai kaitan dengan kepentingan umatIslam.Di Tanah Melayu, mereka yang mendukung pemikiran al-Imam dan berjiwa islah dikenali sebagai Kaum Muda. Secarakebetulan mereka yang mendukung pemikiran ini terdiri daripada mereka yang usianya secara relatif masih muda.Namun begitu, panggilan ini bukan disebabkan oleh faktor tersebut semata-mata kerana dalam masyarakat Melayupanggilan ini sering bernada sinis. Panggilan ini selalunya diberikan oleh mereka yang tidak menyukai kumpulantersebut yang menghubungkan Kaum Muda dengan kumpulan Turki Muda yang dasar perjuangannya dianggapmenyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar. Menurut Sidek Haji Fadzil, secara jelasnya penggunaan label iniadalah bertujuan bagi merendah-rendahkan perjuangan Kaum Muda, walaupun matlamat perjuangan mereka adalahbagi mengembalikan umat Islam ke jalan yang benar. Pemikiran Kaum Muda ditentang oleh kumpulan yang berfikirankonservatif yang dikenali sebagai Kaum Tua. Sebagai kumpulan yang telah lebih awal mendapat kedudukan dalammasyarakat, Kaum Tua bersama-sama dengan pentadbiran agama di negeri-negeri Melayu dan disokong olehpentadbiran Inggeris apabila diperlukan, berjaya mengawal kegiatan yang dijalan oleh Kaum Muda.Disebabkan Kaum Muda dinafikan peluang untuk menyebarkan pemikiran mereka melalui institusi agama yang rasmi,aktivis gerakan ini menyebarkan pemikiran mereka dengan membuka madrasah dan menerbitkan akhbar. Melalui
Minda Madani Onlinehttp://www.mindamadani.myPowered by Joomla!Generated: 11 March, 2010, 01:36
 
saluran inilah mereka menyebarkan pemikiran islah yang diperjuangkan kepada umum dalam usaha menggerakkanperubahan sosial dalam masyarakat Melayu. Namun begitu, kegiatan Kaum Muda ini, khususnya dalam berkaitandengan penerbitan bukanlah bebas daripada sebarang halangan. Seksyen 19b Enakmen Undang-Undang Islam 1904,Pindaan Enakmen 1925 memperuntukkan bahawa sesiapa yang mencetak dan menerbitkan bahan bacaan berkaitandengan Islam tanpa kelulusan bertulis daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh dikenakan hukuman dendasebanyak $200 atau dihukum penjara. Peruntukan ini telah digunakan untuk menyekat penerbitan akhbar dan dalamsesetengah kes digunakan untuk mengharamkan sebarang penerbitan atau memaksa penarikan penyebarannya.Berhadapan dengan sekatan ini menyebabkan pendukung Kaum Muda terpaksa memindahkan sebahagian besarkegiatan penerbitan mereka ke Negeri-Negeri Selat yang tidak mempunyai Majlis Agama dan sultan. Walaupun kegiatanpenerbitan mereka berpusat di Negeri-Negeri Selat, namun masih terdapat percubaan menghalang penyebaran akhbaryang diterbitkan daripada diedarkan ke dalam negeri-negeri Melayu. Umpamanya dalam kes yang pernah berlaku diKelantan apabila terdapat percubaan menghalang penyebaran akhbar-akhbar islah seperti al-Ikhwan dan Saudaradaripada memasuki negeri tersebut.Penggerak Kaum Muda juga menggunakan pendekatan pendidikan madrasah yang mengikut model Mesir bagimenyebarkan pemikiran mereka. Sejarah pendidikan madrasah bermula dengan penubuhan Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura di bawah naungan Raja Ali Kelana Riau. Ketika ditubuhkan, bagi memastikan madrasah inimelaksanakan pendidikannya mengikut sistem madrasah sebagaimana yang diamalkan di Mesir, seorang Arab Mesirbernama cUthman Effendi Rafcat telah dilantik menjadi mudirnya. Sebagai sebuah institusi pengajian yangmengamalkan pendidikan moden di madrasah ini mata pelajaran yang diajar termasuklah geografi, matematik, bahasaMelayu dan bahasa Inggeris, di samping mata pelajaran agama dan bahasa Arab. Madrasah al-Iqbal yangmenggunakan pendekatan moden dalam pengajarannya kemudiannya telah menjadi ikutan madrasah yang ditubuhkandi seluruh Tanah Melayu. Antara madrasah yang ditubuhkan mengikut model Madrasah al-Iqbal ialah Madrasah al-Hadidi Melaka dan Madrasah al-Mashhor di Pulau Pinang. Madrasah-madrasah ini ditubuhkan oleh Sayyid Shaykh al-Hadiyang matlamat penubuhannya ialah untuk memberikan pendidikan agama secara moden kepada orang Melayu.Kepimpinan dan usaha Sayyid Shaykh al-Hadi menjadikan pendidikan madrasah sebagai pendidikan yang berkesankepada orang Melayu paling berjaya ketika beliau menerajui Madrasah al-Mashhor. Di bawah kepimpinannya, madrasahini berjaya menjadikan sebuah pusat pengajian Islam yang berkembang maju dan menjadi tapak semaian melahirkananak-anak orang Melayu yang ditanamkan dengan semangat kesedaran.Setelah Sayyid Shaykh meletakkan jawatan sebagai mudir Madrasah Mashhor jawatan tersebut diambil alih oleh ShaykhAbdullah al-Maghribi yang pemikirannya sealiran dengan beliau. Pada tahun 1923, jawatan mudir diisi oleh Shaykh AbuBakar al-Rafi'. Zaman ketika beliau menjadi mudir dianggap sebagai tempoh paling cemerlang dalam sejarahperkembangan madrasah tersebut. Pada waktu ini ramai lepasan madrasah ini telah dihantar ke Kaherah bagimeneruskan pengajian mereka. Ketika memegang jawatan, Shaykh Abu Bakar telah melakukan pelbagai pembaharuandengan menambah serta memperbaiki infrastruktur madrasah dan mengemaskinikan pengajaran yang diberikan.Sebagai seorang ulama progresif Shaykh Abu Bakar telah memainkan peranan penting dalam pembentukan pemikiranagama dan politik pelajar-pelajarnya. Pada waktu itu pemikiran islah amat berpengaruh dikalangan pelajar madrasahtersebut.Walau bagaimanapun, matlamat perjuangan kumpulan islah ini bagi menimbulkan kesedaran sosial dan politik dalammasyarakat Melayu berkembang agak perlahan dan mengambil beberapa dekad sebelum menunjukkan kesan yangdapat dirasakan. Malahan ketika meletusnya Perang Dunia I apabila keadaan tidak stabil wujud dibeberapa bahagiandunia, keadaan politik di Tanah Melayu secara relatifnya agak stabil. Sikap orang Melayu yang menunjukkan seolah-olahmereka tidak ambil peduli terhadap perkembangan yang berlaku di sekeliling mereka mungkin juga merupakan jawapankepada kegagalan gerakan islah dalam menterjemahkan gerakan yang terokai menjadi gerakan politik yang berkesan.Kaum Muda ternyata tidak berjaya melahirkan, baik melalui program atau organisasi politik kebangsaan, pergerakanmassa yang mampu merubah sikap orang Melayu ini ke arah perjuangan memperbaiki nasib bangsa. Kaum Mudaberhadapan dengan tugas yang berat mencetuskan perubahan yang mendadak dalam masyarakat Melayu yang pasif,walaupun dengan menggunakan pengaruh dari luar sebagai sumber inspirasi, terutamanya pengaruh dari Mesir yangsebelum ini telah mempengaruhi pemikiran mereka.REAKSI TERHADAP PERSIDANGAN KHALIFAH DI KAHERAHSelepas Perang Dunia I, perkembangan politik yang berlaku memperlihatkan potensi Mesir sebagai sumber yangmampu mencorakkan pemikiran politik umat Islam, termasuklah orang Melayu. Berikutan penamatan pemerintahanKhalifah di Turki oleh Kemal, ulama di Universiti al-Azhar telah mengadakan sidang dan meluluskan beberapa resolusipada 25 Mac 1924 berhubung dengan isu kepimpinan ummah. Sebagai usaha menangani permasalahan ini satupersidangan yang akan dihadiri oleh mereka yang mewakili umat Islam telah dirancang penganjurannya. Namun begitu,persidangan yang dicadangkan itu terpaksa ditangguhkan melalui surat yang diedarkan bertarikh 25 January 1925.Alasan yang diberikan oleh Jawatankuasa Penganjur Persidangan Khalifah berhubung penangguhannya ialah keadaandi Mesir yang tidak menentu kerana pilihan raya parlimen yang bakal diadakan. Sebab lain yang dinyatakan ialahimplikasi yang boleh dicetuskan berikutan peperangan yang sedang berlaku di Hijaz antara Ibn Saud dan Sharif Hussein jika persidangan ini diteruskan penganjurannya.
Minda Madani Onlinehttp://www.mindamadani.myPowered by Joomla!Generated: 11 March, 2010, 01:36

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->