You are on page 1of 14

SUTINA MUHAMMAD HANIP

830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

1.0 Pengenalan

Pertumbuhan dan perkembangan manusia melibatkan perubahan. Kanak-kanak


berubah dari segi rupa bentuk, kebolehan mental dan sahsiah. Terdapat dua jenis
perubahan yang boleh berlaku. Pertama, perubahan kuantitatif dan kedua perubahan
kualitatif. Perubahan kuantitatif adalah perubahan yang mudah diperhati, mudah diukur
dan mudah diramal. Contohnya, perubahan tinggi, berat badan dan penguasaan
perbendaharaan. Manakala perubahan kualitatif pula ialah perubahan yang berlaku secara
mendadak, sukar diukur dan sukar diramalkan. Sebagai contoh, perubahan dari segi
jasmani, emosi, sosial dan mental.

1.1 Perkembangan

Perkembangan pada manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat


perubahan ini tidak dapat diukur, tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat
yang lebih awal. Ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, bayi hanya tahu
menangis sekiranya dia lapar. Tetapi apabila bayi tersebut berusia 3 tahun, dia akan
pandai menggunakan perkataan untuk menyatakan bahawa dia lapar. Di sini jelas
menunjukkan bahawa kanak-kanak itu telah mengalami proses perkembangan.

Menurut ahli psikologi D.S Wright dan Ann Taylor, mereka mentakrifkan
perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan
organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait rapat serta
berhubung dengan pertambahan umur.

Manakala menurut Atan Long, perkembangan tidak dapat di ukur secara


kuantitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada
peringkat yang lebih awal. Tambahan lagi, perkembangan sentiasa berlaku secara
berterusan dari mula percambahan hingga ke akhir hayat sesuatu organisma.

1
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Crow dan Crow pula berkata, perkembangan merupakan perubahan secara


kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan
sosial. Perkembangan juga adalah hasil dari segala aspek manusia.

Manakala Karl Garrison pula berpendapat bahawa perkembangan manusia adalah


hasil daripada tindakan manusia yang saling berkait dengan perkembangan jasmani.
Semua perkembangan sama ada dari segi tingkah laku atau perkembangan sahsiah adalah
mengikut perkembangan semula jadi.

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa perkembangan ialah proses di


mana seseorang itu mencapai kematangan. Ia berbeza dengan pertumbuhan kerana ia
berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat sesuatu
organisma. Ini bermakna pekembangan berlaku secara berterusan.

1.2 Pertumbuhan

Pertumbuhan ialah perubahan yang boleh diukur dan dinilai dari satu peringkat ke
satu peringkat yang lain. Pertumbuhan melibatkan perubahan dari segi aspek mental dan
fizikal. Ia akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai kematangannya.
Contohnya, perubahan yang bersifat jasmani seperti saiz tinggi dan berat badan.

Menurut Atan Long, pertumbuhan adalah satu perubahan yang dapat diukur
secara dari satu peringkat ke peringkat yang lain. Kuantiti perubahan tersebut dapat
dilihat dengan jelas daripada pengukuran yang dibuat ke atas organisma hidup dari masa
ke semasa. Pertumbuhan biasanya berhenti mengikut umur tertentu. Sebagai contoh,
ketinggian seseorang itu akan terhenti apabila dia mencapai umur 21 tahun.

Menurut ahli psikologi Karl E. Garrison, beliau menyatakan bahawa pertumbuhan


merupakan perkembangan seseorang individu dalam bentuk saiz badan iaitu perubahan
otot, tulang, kulit, rambut dan kelenjar.

2
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Manakala D.S Wright dan Ann Taylor menyifatkan pertumbuhan sebagai


pertambahan dalam pelbagai sifat luaran seseorang. Contohnya, perubahan dari bersifat
jasmani dari segi saiz, tinggi dan berat badan.

Menurut Murugiah Velayutham (1996), pertumbuhan bermaksud perubahan yang


boleh diukur dan dinilai dari satu peringkat ke peringkat perkembangan yang lain seperti
perubahan fizikal, tinggi dan berat badan.

Maka jelas di sini bahawa proses pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku
adalah saling berkait. Kedua-duanya meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan
tingkah laku. Ia melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi
kualitatif.

1.3 Definisi Baka

Baka atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai heredity berasal dari perkataan
Latin iaitu heres. Ernest R. Hilgard mengatakan bahawa baka ialah ciri- ciri biologi yang
diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Definisi yang diberikan
oleh Derville (1979) hampir sama iaitu keseluruhan cirri-ciri mental dan emosi fizikal
yang telah diwariskan dari segi biologi daripada ibu bapa kepada anak- anaknya .

Gregor Mendel (1822-1889), mempelopori kajian pengaruh genetik terhadap


pertumbuhan dan perkembangan manusia di Austria. Beliau menjalankan kajian
pengaruh genetik terhadap perubahan warna bunga kacang hijau di kebunnya. Beliau
telah menemui faktor baka dalam sel gamet yang didapati memainkan peranan penting
penentu ciri-ciri anaknya. Faktor baka ini dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nucleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan.

Penjelasan dan huraian tentang baka menghasilkan beberapa ciri yang nyata
seperti berikut iaitu baka diturunkan melalui gen ibu bapa kepada anak- anaknya. Jika

3
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

dilihat dari segi ciri fizikal adalah sama dengan ibu bapa sebagai contoh warna anak mata
dan warna mata. Baka juga menetukan potensi seseorang individu contohnya bakat dan
kebolehan dan menentukan struktur organ individu itu. Setiap orang mewarisi sifat- sifat
tertentu melalui perwarisan gen atau baka daripada kedua- dua ibu bapanya. Sebahagian
besar daripadanya adalah paras rupa seperti warna mata, rambut, kulit, jenis rambut,
tahap kecerdasan, personaliti, sikap, minat dan sebagainya.

1.4 Definisi Persekitaran

Selain daripada baka, persekitaran juga besar pengaruhnya ke atas pertumbuhan


dan perkembangan manusia. Menurut Amram Schienfeld, persekitaran merujuk kepada
luaran seseorang individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat
persenyawaan. Manakala Norman L. Munn pula mentaktifkan persekitaran sebagai
segala benda yang terdapat disekeliling unit-unit kebakaan.

W.Edger pula menerangkan bahawa persekitaran ialah kuasa ekstrinsik rumit


yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu. Menurut Lee Shok Mee
(1994), beliau mengatakan persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling termasuk
keadaan fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi sesama manusia serta dengan
alam sekitarnya.

Dari aspek amalan kehidupan seperti pemakanan, ibu yang mengambil makanan
yang seimbang akan melahirkan anak yang sihat. Perkembangan fetus akan terjejas
sekiranya ibu mengalami malnutrisi. Perkembangan mental dan fizikal anak akan sihat
sekiranya diberi gizi yang seimbang selepas dilahirkan. Protein perlu untuk membina otot
dan mengelakkan penyakit kwasyiorkor; manakala kalsium membantu pertumbuhan gigi
dan tulang yang kuat. Di sini jelas menunjukkan bahawa persekitaran merujuk kepada
alam sekitar seseorang individu itu sama ada pada peringkat pralahir atau selepas lahir.

4
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

2.0 Faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan dan

pertumbuhan

Beberapa ahli psikologi telah menjalankan kajian berkaitan dengan perkembangan


individu dan mengemukakan pelbagai jenis teori. Diantara beberapa teori utama
mengenai peringkat perkembangan individu teori perkembangan sosio-budaya Robert
Havingshurst, teori perkembangan kognitif-jasmani Jean Piaget, teori perkembangan
Sigmund Freud, teori pembelajaran social Albert Bandura, teori perkembangan emosi
fizikal Erikson, teori ekologikal Bronfrenbrenner dan teori moral Lawrence Kohlberg.

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari segi


perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Ia dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Persekitaran yang dimaksudkan itu berubah ubah dan secara tidak langsung
boleh mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan seseorang sama ada sebelum dan
selepas kelahiran.

Terdapat dua kategori faktor persekitaran yang mempengaruhi perkembangan.


Kategori pertama ialah faktor pralahir dan kategori kedua ialah faktor selepas lahir.
Faktor-faktor pralahir ialah pemakanan bayi di dalam kandungan, kesihatan ibu sewaktu
mengandung, penyalahgunaan dadah oleh ibu sewaktu hamil, kesan x-ray terhadap ibu
mengandung, emosi ibu sewaktu hamil dan umur ibu ketika mengandung. Manakala
faktor- faktor persekitaran selepas lahir yang mempengaruhi perkembangan seseorang
ialah rakan sebaya, guru dan sekolah, pemakanan, tempat tinggal, sumber teknologi,
sosioekonomi keluarga, asuhan ibu bapa, masyarakat sekeliling, pusat ibadat, kebudayaan
dan kepercayaan masyarakat.

5
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

2.1 Faktor Rakan sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan dalam pertumbuhan dan perkembangan


sseorang individu itu. Rakan-rakan juga mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan
individu. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan intelek, sahsiah,
emosi dan sosial. Pergaulan dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong
kepada perkembangan intelek dan potensi ke tahap yang optimum. Kanak-kanak yang
bersosial dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni
yang positif daripada mereka. Sebaliknya seseorang yang terdedah kepada kumpulan
rakan sebaya yang kurang bertanggungjawab, tidak sopan serta tidak mementingkan
pelajaran akan menyebabkan nilai negatif dalam dirinya terbina.

Faktor rakan sebaya berkait dengan teori perkembangan Emosi-Fizikal Sigmund


Freud. Menurut Freud, perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan
perkembangan fizikalnya. Perkembangan manusia terbahagi kepada lima peringkat
mengikut peringkat pertambahan umur dan selari dengan perkembangan fizikal. Pada
peringkat Latency, kanak-kanak akan mula mengambil tahu tentang rakan sebaya, mula
mejauhkan diri sedikit daripada anggota keluarga dan mengalirkan perasaan sentimen
kepada orang lain. Pengaruh rakan sebaya yang akan mempengaruhi tahap perkembangan
dan pertumbuhan seseorang individu itu sama ada positif atau negatif.

2.2 Faktor Asuhan Keluarga

Ibu bapa bukan sahaja terikat oleh pertalian darah dengan seseorang individu
tetapi ia juga mempunyai pertalian sosial dan emosi. Sebagai contoh kanak- kanak
daripada keluarga yang kecil biasanya akan mendapat perhatian dan layanan yang lebih
sempurna daripada ibu bapanya. Kemungkinan segala permintaannya akan di penuhi.
Kesannya boleh menyebabkan kanak- kanak itu bersikap angkuh dan terlalu bergantung
kepada ibu bapanya.

6
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

Selain daripada itu, faktor asuhan keluarga juga banyak mempengaruhi


pertumbuhan dan perkembangan individu. Bentuk asuhan keluarga terbahagi kepada
empat iaitu bentuk authoritarian, authoritatif, abaikan dan ‘Indulgent’. Autoritarian ialah
bentuk asuhan yang menggunakan peraturan dan hukuman dalam mendidik anak. Ibu
bapa authotitatif pula sentiasa menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping
sedikait kawalan ke atas tingkah laku mereka. Manakala Ibu bapa yang abaikan anak-
anak pula tidak terlibat dengan kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa ‘indulgent’ pula
terlibat dengan anak-anak tetapi kurang mendisiplinkan anak-anak.

Faktor asuhan keluarga ini berkaitan dengan teori perkembangan Moral Lawrence
Kohlberg. Menurut teori Kohlberg, seseorang individu itu biasanya mengalami tiga tahap
perkembangan moral yang utama. Tahap yang pertama ialah awal kanak-kanak, tahap
kedua masa kanak-kanak dan tahap ketiga masa remaja. Ketiga-tiga tahap ini menyatakan
bahawa kanak-kanak dan remaja mematuhi sesuatu peraturan kerana untuk mendapatkan
ganjaran atau mengelakkan hukuman. Peraturan yang dibuat oleh ibu bapa mempengarui
tindakan seseorang kanak-kanak. Sebagai contoh, peraturan yang dibuat oleh ibu bapa
authoritarian terhadap anak-anaknya adalah supaya mereka mematuhi peraturan tersebut.
Anak-anak itu perlu mematuhi peraturan yang dibuat oleh ibu bapanya supaya mereka
tidak dikenakan sebarang hukuman. Ini bermakna faktor asuhan keluarga menyumbang
ke arah pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu.

2.3 Faktor Guru dan Sekolah

Persekitaran guru dan sekolah juga amat penting dalam mempengaruhi


pertumbuhan dan perkembangan individu dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya.
Pengaruh guru dan persekitaran sekolah adalah berterusan dalam membentuk perubahan
sikap dan tingkah laku pelajar melalui sikap guru, pegurusan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, dan budaya sekolah. Guru yang bersifat penyayang dan mempunyai nilai
yang baik akan melahirkan pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, bertanggungjawab dan turut serta membantu

7
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

memberi sumbangan kepada keharmonian terhadap keharmonian dan kemakmuran


negara. Iklim sekolah yang kondusif dengan dilengkapi kemudahan-kemudahan
pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor pelajar. Guru dan sekolah merupakan agen perubahan yang
bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu.

Faktor guru dan sekolah berkait rapat dengan teori Ekologikal Brofrenbrenner.
Teori ini menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan organisma. Beliau
melihat persekitaran ekologikal berdasarkan hubungannya dengan konteks dimana
individu itu berinteraksi. Ia terbahagi kepada 5 sistem iaitu sistem mikro, meso, ekso,
makro dan krono. Sistem mikro ialah persekitaran yang paling hampir dengan individu,
sistem pula ialah hubungan antara individu dengan individu yang lain dalam persekitaran
di mana individu itu berkembang. Sistem ekso pula ialah keadaan yang tidak melibatkan
individu tetapi peristiwa yang berlaku mempengaruhi sistem individu dan keluarga.
Manakala sistem makro pula ialah persekitaran abstrak yang mendokong sesuatu budaya.
Sistem yang terakhir ialah sistem krono. Sistem ini merujuk kepada pola peristiwa
individu sepanjang hayatnya. Sistem ini saling lengkap melengkapi dengan persekitaran
yang paling dalam atau dekat dengan tempat individu itu berkembang.

Sebagai contoh, berdasarkan teori Brofenbrenner ini, pertumbuhan dan


perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh persekitaran rumah dan bilik darjahnya. Ini
bermakna, tindakan dan perlakuan kanak-kanak dipengaruhi oleh sikap seseorang
terhadap dirinya. Iklim bilik darjah juga turut menjadi faktor penyumbang ke arah
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Ini jelas menunjukkan bahawa faktor guru
dan sekolah akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-
kanak itu.

8
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

2.4 Faktor Sumber Teknologi

Sumber teknologi dan pengaruh media massa boleh mempengaruhi pertumbuhan


dan perkembangan individu secara positif atau negatif bergantung kepada bagaimana
bentuk teknologi yang diterima oleh individu terbabit. Sumber teknologi tersebut adalah
merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan
seperti media cetak; suratkhabar, majalah, buku, iklan dan media elekronik seperti filem,
radio, televisyen, komputer dan internet. Adalah diketahui bahawa individu yang
terdedah kepada sumber teknologi yang sihat akan mempengaruhi perkembangan
kognitif, emosi dan sosial yang baik tetapi pengaruh sumber teknologi yang berunsur
keganasan, budaya kuning atau kezaliman akan membentuk sikap yang negatif dan
personaliti yang tidak diingini.

Pengaruh sumber teknologi terhadap pertumbuhan dan perkembangan seseorang


individu itu ada kaitan dengan teori pembelajaran sosial yang dipelopori oleh Albert
Bandura. Beliau menyatakan bahawa kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif,
kelakuan dan ejen penentu persekitaran. Ini bermakna kebanyakan kelakuan manusia
dipelajari melalui pemerhatian terhadap permodelan. Di dalam skop sumber teknologi,
individu yang terdedah kepada sumber teknologi seperti televisyen, radio, majalah dan
sebagainya akan memberi kesan terhadap perkembangan dan pertumbuhan dirinya.
Walau bagaimanapun, kesan baik atau buruk sesuatu perlakuan itu bergantung kepada
cara seseorang itu mentafsirkan maklumat yang diperolehi melalui sumber teknologi.

Berdasarkan artikal yang disiarkan oleh The Public Health Genetic Unit, mereka
membuat kajian bagaimana faktor persekitaran bolrh mempengaruhi perkembangan
kanak-kanak. Sebagai contoh, mereka akan meminta ibu bapa untuk membuat laporan
mengenai sekerap mana anak-anak mereka menonton televisyen, sama ada anak-anak
mereka dihantar ke pusat jagaan harian dan apakah jenis makanan yang anak mereka
makan. Melalui kajian ini, mereka boleh membuat kesimpulan sama ada pertumbuhan
dan perkembangan seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran.

9
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

2.5 Faktor Pemakanan

Faktor persekitaran selepas kelahiran yang mempengaruhi perkembanganya ialah


pemakanan. Pemakanan seorang bayi perlu dijaga sejak peringkat awal lagi. Ini penting
untuk menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat. Makanan yang berzat dan
seimbang amat diperlukan, ia bukan sekadar membantu pertumbuhan dan perkembangan
malahan dapat melindungi individu daripada sebarang penyakit.

Menurut jurnal The Pediatric clinic of North America yang ditulis oleh Birch
Leann Lipps dan Davidson Kirsten Krahnstoever pada muka surat 263, mereka
menyatakan bahawa faktor pemakanan ibu bapa boleh mempengaruhi corak pemakanan
anak-anak mereka. Sebagai contoh ibu bapa yang obesiti akan membahayakan anak-
anaknya melalui cara pemilihan makanan untuk mereka setiap hari. Cara pemakanan dan
corak pemakanan ibu bapa mereka juga akan menyebabkan anak-anak mereka terikut-
ikut dan kesannya akan menyebabkan mereka menjadi obesiti. Contoh ini jelas
menunjukkan bahawa faktor pemakanan sesebuah keluarga menyumbang ke arah
pertumbuhan dan perkembangan individu.

2.6 Faktor Kebudayaan dan Kepercayaan Masyarakat

Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi pertumbuhan dan


perkembangan individu dari aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Perbezaan nilsi
hidup membentuk falsafah hidup yang berbeza di kalangan individu. Begitu juga dengan
perbezaan agama dan kebudayaan akan melahirkan cara hisup serta tingkah laku yang
berbeza. Masyarakat yang suka mengamalkan gaya hidup yang sihat akan mempengaruhi
anggotanya membentuk sikap yang sihat seperti mengamalkan sikap yang
bertanggungjawab, rajin berusaha, bermoral, beretika, dan mengamalkan nilai kerohanian
yang sempurna. Manakala masyarakat yang menitikberatkan soal kebendaan akan
mempengaruhi sikap memntingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, abaikan nialai
kerohanian dan nilai kejiwaan. Amalan masyarakat yang pentingkan keagamaan akan

10
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

membentuk individu yang beriman dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam


kemasyarakatan.

Robert J. Havinghurst adalah ahli psikologi yang memperkenalkan teori


perkembangan yang bercorak sosio-budaya dan antropologi. Teori yang
diperkenalkannya berkaitan dengan faktor kebudayaan dan kepercayaan masyarakat.
Beliau menekankan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi
alam sekitarnya. Beliau juga menyatakan bahawa perkembangan personaliti seseorang
dipengaruhi oleh norma serta budaya masyarakatnya. Sebagai contoh, budaya masyarakat
melayu yang mengamalkan cara bersalaman ketika bertemu dengan seseorang. Manakala
budaya masyarakat cina pula yang percaya pada amalan feng shui. Masyarakat India pula
percaya pada amalan mandi minyak. Ini menunjukkan bahawa budaya sesetengah
masyarakat mempengaruhi pertumbuhandan perkembangan seseorang individu itu

3.0 Faktor Baka

Baka juga memainkan peranan dalam ke atas pertumbuhan dan perkembangan


seseorang itu. Antara faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan ialah
ciri fizikal, fisiologi, kecacatan mental, sahsiah dan kecerdasan. Contohnya ialah warna
kulit, bentuk mata dan jenis darah. Manakala ciri fisiologi pula bermaksud kanak-kanak
daripada ibu bapa yang sihat juga merupakan individu yang sihat. Sesetengah penyakit
seperti hemofilia, dan kekerdilan adalah disebabkan oleh faktor baka.

Kecacatan mental adalah disebabkan disebabkan oleh pewarisan gen yang resesif
daripada kedua-dua ibu dan bapa yang mempunyai tali persaudaraan yang rapat.
Manakala kecerdasan seseorang bergantung kepada ciri-ciri fizikal yang sihat. Jika
kesemua faktor adalah sihat, maka kecerdasan seseorang itu juga akan berkembang
dengan baik. Walaupun sahsiah seseorang itu banyak dipengaruhi oleh persekitaran, baka
juga memainkan peranan yang penting. Contohnya, seseorang yang cepat marah dan
bimbang banyak dipengaruhi oleh baka.

11
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

4.0 Kesimpulan /Penutup

Sebagai kesimpulannya, baka dan persekitaran mempunyai pengaruh yang


seimbang terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu. Kedua-dua faktor ini amat
penting dalam menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek
fizikal, sahsiah, intelek, emosi dan sosial. Baka mempengaruhi dalaman dan luaran
(fizikal, intelek dan emosi) individu sedangkan persekitaran mempengaruhi
perkembangan individu secara berterusan sejak sebelum dilahirkan (amalan hidup ibu)
sehinggalah individu lahir dan dewasa.

Menurut Glenn Myers Blair, R,Stewart Jones dan Ray H. Simpson, terjemahan
Noran Fauziah Yaakub (1991), berpendapat tingkah laku seorang anak adalah hasil
daripada faktor biologi dan persekitaran yang bertindak serentak. Anak berkelakuan
sedemikian kerana dia mempunyai keperluan dan dikelilingi oleh kuasa persekitaran dan
kebudayaan yang menentukan bagaimana keperluan ini dipenuhi.

Baka yang diturunkan kepada anak juga adalah berterusan dan seiringan dengan
pengaruh persekitaran tetapi pengaruh baka yang diwarisi individu akan berubah dengan
adanya persekitaran yang sesuai dan baik untuk perkembangan diri individu. Contohnya,
individu yang cacat masih boleh dididik dengan kaedah yang sesuai dengan dirinya
seperti pendidikan khas yang diberi oleh guru khas yang dilatih. Oleh yang demikian,
pengaruh baka dan persekitaran yang seimbang dapat membantu individu membentuk
perkembangan sosial yang sihat dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik.

Dengan ini, jelaslah kedua-dua faktor iaitu antara baka dan persekitaran
memainkan peranan utama dalam menentukan keupayaan mental, jasmani atau
sosioemosi seseorang individu.

12
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009
RUJUKAN

1. Abd Majid Mohd Isa, Rahil Mahyuddin (2000), Psikologi Pendidikan 1: Pertumbuhan
dan Perkembangan, Selangor: Longman Malaysia Sdn Bhd

2. Ee Ah Meng (1994), Psikologi dalam Bilik Darjah, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Bhd

3. Ee Ah Meng (2000), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan semester 1,


Selangor: Penerbit Fajar bakti Sdn Bhd

4. Mok Soon Sang (2004), Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Komponen 1 & 2 Sekolah
Rendah Psikologi Pendidikan dan Pedagogi, Subang Jaya: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.

5. Mok Soon Sang (2002), Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan
Semester, Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

6. Murugiah Velayutham (1996), Psikologi Pendidikan 1: Psikologi Perkembangan,


Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

JURNAL
7. Jay Belsky & Michael Pluess (2009), The Nature (and Nuture) of Plasticity in Early
Human Developmen, Perspective on Psychological Science,volume 4 (4) 345-351

http://education.calumet.perdue.edu/vorkell/EdPsyBook/EdPsy4/edpsy4_environment.htm

http://genome.wellcome.ac.uk/doc_WTD0208893.html

http://pediactrics.aappublication.org.cgi/content/abstract/26/2/210

http://cat.inist.fr/?aModels=efficheN&cpsidt=14111271

http://seab.envmd.rochester.edu/jeab/article/2003/jeab-79-01-0137.pdf

13
SUTINA MUHAMMAD HANIP
830706-05-5058
KDP 14M KPM-OUM JUN 2009

LAMPIRAN

14

You might also like