Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword or section
Like this
47Activity
×
P. 1
Indianization

Indianization

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 9,385|Likes:
Published by enishinoda
analisakan hubungan india dengan kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara sebelum era 'Indianization'.
analisakan hubungan india dengan kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara sebelum era 'Indianization'.

More info:

categoriesTypes, Research, History
Published by: enishinoda on Mar 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/10/2013

pdf

text

original

 
1.0 PENGENALAN
Asia Tenggara merupakan pusat persinggahan dua kuasa besar yang dikenalisebagai Asia iaitu India dan China. Hal ini kerana Asia tenggara mempunyai geografi yangstrategik di mana Asia Tenggara menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Keadaaninilah yang telah menyebabkan Asia Tenggara terletak ditengah-tengah antara India danChina. Namun, pengaruh kuasa besar yang banyak memberi kesan terhadap kebudayaan dankepercayaan masyarakat tempatan di Asia Tenggara ialah pengaruh India. Merujuk kepada buku Pengajian Tamadun Asia yang ditulis oleh Afifah Abu Yazid, terdapat menyatakan bahawa India mula bertapak di Asia Tenggara bermula lebih awal daripada abad pertamaMasihi lagi iaitu melalui aktiviti perdagangan.
1
Melalui kegiatan perdagangan inilah secaratidak langsung telah membawa kepada perhubungan India dengan kerajaan-kerajaan awal diAsia Tenggara sebelum era indianisasi lagi. Perhubungan ini juga dikatakan berlaku sejak zaman prasejarah lagi secara dua hala, di mana bukan sahaja orang India menjelajah kawasanAsia Tenggara, bahkan orang di Asia Tenggara juga turut sampai ke India.
2
Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara ini wujudnya sejak zaman Neolitik lagi apabila terdapatnya sistem pengkhususan pekerjaan yang membawa kepada pengurusanorganisasi masyarakat pada zaman itu. Kerajaan-kerajaan awal atau dikenali sebagai politiawal ini bermaksud pengurusan masyarakat dan pentadbiran tetapi masih belum mencapaitaraf kerajaan iaitu pemimpinnya terdiri daripada ketua-ketua masyarakat di sesebuah politi.Kewujudan kerajaan awal ini dapat dibuktikan melalui sumber bertulis iaitu sumber India,China, Yunani, Arab, dan Parsi. Kerajaan awal ini juga tidak dapat ditentukan dengan sahih
1 Afifah Abu Yazid (Ed-2). (2003).
Pengajian Tamadun Asia
. Kuala Lumpur: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 223-224.2 Abdul Rahman Abdullah. (2003).
Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara.
Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 53.
1
 
akan kewujudan dan lokasinya yang sebenar. Selain itu, perkembangan kebudayaan kerajaanawal ini juga hasil daripada proses Indianisasi di Asia Tenggara.
3
2.0 DEFINISI ‘INDIANIZATION’
‘Indianization’ atau Indianisasi merupakan satu proses penyebaran agamaHindu yang meliputi konsep-konsep politik, kebudayaan Hindu dan penyebaran kesusasteraanHindu yang ada kaitan dengan agama serta amalan-amalan Hindu. Dari segi istilahnya,konsep ‘Indianization’ dipakai dengan pengertian yang luas iaitu pengaliran pengaruh agama, politik dan kebudayaan India.
4
Menurut Brian Harrison, sifat-sifat budaya Hindu yang meliputi unsur yangdidapati dari India melalui aspek politik, perundangan, agama, kesenian, bahasa dan sastera.Sementara itu, Coedes juga berpendapat bahawa Tanah Besar telah memainkan peranan yang penting dalam penyebaran agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara. Proses Indianisasiini berlaku di sebabkan perluasan India Sebelah Timur.
5
 Menurut George Coedes, memberitahu bahawa Sarjana pengajian epigrafi dan penulis subjek moden pertama, Indianisasi dikembangkan melalui cara tersendiri di Asiatenggara untuk menghasilkan karya seni yang sangat asli.
6
Menurut Quartrilh Wales, pula menyatakan bahawa proses Indinisasi tidak melibatkan sebarang penjajahan orang India keatas Asia Tenggara tetapi proses Indianization
3 Abdul Rahman Abdullah. (2003).
Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara
. Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 60.4 Abdul Rahman Abdullah. (2003).
Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara sebelum dansesudah Islam
. Selangor: Utusan Publication. hlm. 53.5 D.G.E.Hall. (1981).
Sejarah Asia Tenggara.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm. 53.6 Thieery Zephir. (1998).
Khmer Lost Empire of Cambodia
. London: Themes and Hudsonltd. hlm. 98.
2
 
yang berlaku di Asia Tenggara adalah satu proses kebudayaaan dan agama Hindu yang sesuaidengan keadaan tempatan telah diserap masuk kedalam kehidupan tempatan yang telahmenjadi saru bentuk tamadun yang baru.Selain itu, menurut Kulke ( 1990: 28), menyatakan bahawa hubungan sosialyang rapat di antara masyarakat di kedua-dua pihak Teluk Benggala berbanding dengan jarak sosial antara kuasa agung India dan orang Asia Tenggara telah menjadikan India sebagaimodel untuk menarik kepada Asia Tenggara. Manakala Casparis (1983: 18-19), pulamencadangkan prinsip awal Indianisasi untuk menggantikan corak perhubungan berkekalanantara benua kecil India dan Maritim Asia Tenggara atau mungkin pemahaman berkaitanIndianisasi digantikan oleh perhubungan yang rumit diantara pelbagai bahagian daripada 2 buah rantau.
7
NURSYAMIMI BT MAZELAND200910354113.0 PENGARUH INDIA DARI SEGI EKONOMI (PERDAGANGAN)
Bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara dibahagikan kepada dua iaitu KerajaanAgraria dan Kerajaan Maritim kerana ia berasaskan kedudukan geografi dan sosioekonomi.Kerajaan Agraria ialah kerajaan yang berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
8
Ianya terbentuk berhampiran lembah sungai yang subur seperti kerajaan Dvaravati di Sungai Menam, Thailand, kerajaan Sungai Merah, Vietnam, dan
7 Michel Jacq-Hergoualc’h. Translated by Victoria Hobson. (2002).
The Malay Peninsula:Crossroads of the Maritime Silk Road 
. (100 BC-130O AD). Boston: Brill. hlm. 74.8 Abdul Rahman Abdullah. (2003).
Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara Sebelum danSesudah Pengaruh Islam.
Kuala Lumpur: Pustaka Negara Malaysia. hlm. 20.
3

Activity (47)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
hidayah_hashim_5 liked this
Sutina Sukur liked this
peih_4 liked this
Cosmas Chelmas liked this
Mastura Murad liked this
Solehah Ashri liked this
Zamri Red liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->